MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

18 Mei 2009

Adakah Anwar Telefon Sekadar Untuk Bertanya Hello? - Anifah

Oleh: Malaysia - Instinct

Menteri Luar, Datuk Anifah Aman menyifatkan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu memfailkan saman fitnah ke atasnya sebagai satu perkara yang remeh dan tidak perlu dilayan.

Menurutnya, sebagai anggota Kabinet, beliau mempunyai banyak tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan bagi mengatasi krisis ekonomi global kini.

''Saya tidak ada masalah untuk menghadapinya (tindakan saman fitnah), tetapi saya ingat itu perkara remeh kerana saya ada banyak perkara lain lebih penting.

''Sebagai Menteri Luar, saya ada perkara yang perlu dilihat dan diatasi, dan Anwar itu bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan," katanya pada sidang akhbar sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Amerika Syarikat hari ini.

Beliau mengadakan lawatan kerja ke Washington atas jemputan Setiausaha Negara, Hillary Rodham Clinton selama dua hari bermula 14 Mei lalu.

Memetik laporan Bernama semalam, Anwar menafikan kenyataan Anifah di Washington bahawa beliau menawarkan kepada Anifah jawatan Timbalan Perdana Menteri sebagai 'umpan' untuk melompat parti selepas pilihan raya umum 2008.

Peguam S. N. Nair yang mewakili Anwar berkata, anak guamnya itu mahu Anifah menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf dalam tempoh 24 jam berhubung tuduhan itu.

Kata Nair, Anwar memintanya memfailkan saman fitnah terhadap Anifah sekiranya Menteri Luar itu tidak menarik balik kenyataannya dan mengemukakan permohonan maaf dalam tempoh ditetapkan.

Pada sidang akhbar bersama Hillary di Washington Khamis lalu, Anifah berkata, beliau secara peribadi telah dipelawa menyertai pembangkang dan ditawarkan jawatan amat tinggi oleh Anwar.

Bagaimanapun, Anifah berkata, beliau mempertahankan kenyataan yang dibuatnya di Washington itu.

''Anwar sendiri mengakui ada menghubungi saya sekali dan fikir-fikir sahajalah apa sebab dia menghubungi saya dalam telefon.

''Adakah beliau telefon saya sekadar untuk bertanya hello," katanya.

Anwar Pernah bertemu Anifah di Australia


Saya sangat terperanjat bila membaca Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menyaman malu Menteri Luar, Datuk Anifah Aman kerana membuat kenyataan bahawa Anwar pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada beliau.

Anifah adalah salah seorang daripada lima atau enam pemimpin yang dijanjikan menjadi Timbalan Perdana Menteri selain Lim Kit Siang, Gobala Krishnan dan beberapa lagi.

Tawaran itu dibuat oleh Anwar bagi menarik Anifah dan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai kerajaan pintu belakang beliau yang dirancang untuk diwujudkan pada 16 September tahun lalu.

Anifah membuat kenyataan atau pendedahan itu dalam satu sidang media bersama dengan Setiuausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton di Washington Jumaat lalu.

Jadi apa besarnya sangat isu ini sekarang sehingga Anwar mengarahkan peguamnya Sankara Nair menyaman Anifah jika beliau gagal meminta maaf dalam tempoh 24 jam.

Dan 24 jam itu dijangka berakhir hari ini.

Sekali lagi, apa yang hendak dikecohkan sangat oleh Anwar Ibrahim ini sampai hendak suruh peguamnya menyaman malu Anifah?

Satu rahsia terbuka - Semua orang tahu Anwar pernah mendekati Anifah untuk membincangkan agar beliau berpaling tadah kepada PKR dan menyertai Pakatan Rakyat (PR) untuk membentuk kerajaan pada 16 September tahun lalu.

Semua orang tahu Anifah telah mengepalai usaha untuk membawa sekumpulan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak menyertai Anwar Ibrahim dalam percubaan terdesak beliau menjadi Perdana Menteri.

Anwar pula berani membuat tawaran kerana beliau tahu Anifah ketika itu sedang frust atau kecewa kerana tidak dilantik sebagai Menteri penuh Persekutuan dalam Kabinet baru Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Anifah hanya diberikan jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan sahaja ketika itu dan ia ditolak beliau.

Anwar menyedari pengaruh Anifah terutama di Sabah dan seperti biasa, dengan akal yang ligan seperti Yahudi, cuba mempengaruhi beliau agar menyertai PR.

Anwar yakin jika Anifah bersetuju, maka akan ada beberapa lagi Ahli Parlimen BN yang boleh berpaling tadah dengan mudah selepas itu.

Pemimpin Yahudi berwajah Melayu ini cuba mengambil kesempatan sepenuhnya daripada kekecewaan Anifah ketika itu.

Memang normal akan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan daripada pihak yang frust dalam politik.

Okay, ini pulak mungkin satu perkara yang ramai tidak tahu - Anifah telah berlepas ke Australia pada hari yang sama beliau menolak jawatan Timbalan Menteri.

Kalau tidak silap dalam bulan Mac tahun lalu juga perkara ini terjadi.

Anifah ke Australia bertemu Anwar bagi membincangkan tawaran yang hendak Penasihat PKR itu berikan kepada beliau.

Dan apa yang ditawarkan Anwar itu terdedah di Washington Jumaat lalu.

Anwar menawarkan jawatan Timalan Perdana Menteri ke Anifah, dengan syarat beliau membantunya membentuk kerajaan pintu belakang 16 September.

Jadi kenapa yang Anwar beriya-iya hendak menafikan perkara ini sekarang hingga menggunakan khidmat peguam untuk mengugut Anifah?

Mungkinkah ada hubung kait dengan isu Perak agaknya.

Pendedahan Anifah itu hanya membuktikan tembelang Anwar dan PR bahawa tidak salah bila mereka mahu membentuk kerajaan kaedah lompat parti, tetapi bila BN mendapat sokongan ADUN bebas dan layak membentuk kerajaan, perkara itu dilihat tidak betul pula.

Mungkin Anwar tidak selesa perkara-perkara yang boleh merencatkan usahanya di Perak itu tersebar.

Ini kerana, poin-poin atau idea yang cuba Anwar sebarkan di Perak bagi memburukkan imej BN sebenarnya pernah beliau lakukan dalam konteks yang lebih teruk lagi semasa ingin membentuk kerajaan 16 September.

Atau mungkin Anwar tidak selesa kerana kaedah politik jahatnya disebutkan di hadapan salah seorang pemimpin berpengaruh Amerika Syarikat (Hillary).

Apa pun, berbalik kepada soal janji Anwar kepada Anifah di Australia yang cuba beliau nafikan sekarang, saya yakin ia bukannya terlalu susah untuk dibuktikan.

Ini kerana, pertemuan itu bukan pertemuan antara Anwar dan Anifah semata-mata, tetapi beberapa orang lain turut hadir.

Dipercayai ada Ahli Parlimen lain juga menyertai pertemuan itu.

Jika ada saksi atas pertemuan itu, maka tidaklah susah untuk tawaran itu disahkan.

Anwar mungkin sedar perkara ini dan berusaha sebaik mungkin untuk menampakkan dia tidak terbabit dalam membuat sebarang tawaran kepada Anifah atau mana-mana pihak.

Bila sanggup menggunakan peguam maka nampak real sikit penafian itu nanti.

Apa pun, yang pasti Anwar dan Anifah memang pernah bertemu di Australia untuk berbincang prospek jawatan....itu satu yang sukar untuk Anwar menafikannya.

sumber: Malaysia-Instinct



Tiada ulasan: