DUA hari selepas mengumumkan perletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin iaitu pada 19 Mac dikatakan turut menyerahkan surat tidak lagi menjadi Adun N 12 Penanti.
Namun rupa-rupanya Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim menyimpan surat itu dan hanya mendedahkannya pada 14 April, menyebabkan Ketua Menteri Lim Guan Eng terkilan kerana tidak diberitahu lebih awal isu ini.
Tunggulah Guan Eng, ada banyak lagi tindak-tanduk Anwar yang pasti akan mengklentong kamu kelak. Jika sudah puas mencapai matlamatnya, Anwar mungkin juga mengatur strategi lebih licik bagi menghumban DAP sebagaimana orang yang pernah menjadi konconya seperti Ezam Mohd Nor dan Ghani Haroon – dipinggirkan walaupun mereka ini sanggup masuk penjara kerana DSAI.
Lebih menarik lagi, akhbar kerdil Buletin Rakyat di muka depan berkata Anwar akan mengumumkan satu kejutan April ini.
Pembaca tentunya akan membuat pelbagai ramalan lantas menghidupkan perbincangan berkisar pada Anwar dan PKR.
Satu kemungkinan ialah calon bakal bertanding di Penanti adalah Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR yang sudah tentu mengisi kekosongan jawatan TKM1 Pulau Pinang.
Walaupun sudah ada nama-nama diuar-uarkan sebagai TKM1 yang baru, namun kedua-duanya ditolak dan dipenyapkan Anwar.
Itupun, laporan berkata pengundi Penanti akan pasti memangkah siapa saja calon PKR biarpun ia kucing atau pokok pisang lawan calon BN.
Kita kena tunggulah drama di Penanti ini dengan 15,421 pengundi membuat keputusan mereka mungkin pada Mei atau paling lewat Jun.
Sebenarnya kemelut dan skandal rasuah sekitar Fairus, PKR Pulau Pinang dan perebutan kuasa dalaman dicanai oleh Anwar sendiri sudah lama berbunga hingga akhirnya melimpah ke dada akhbar beberapa bulan lalu.
Menurut laporan sesetengah blog sejak 11 bulan lalu tercetus perebutan berkaitan kontrak untuk mencetak Majalah Rakyat, diikuti dengan penggunaan kad minyak milik kerajaan untuk kenderaan peribadi.
Babak selanjutnya melibatkan pelantikan abang Fairus sebagai Penasihat Khas TKM 1, lantas terdedah pula kes rasuah membabitkan kuari dan pembelian kereta BMW dan Mercedes Benz.
Percakaran dalaman PKR Pulau Pinang berterusan dengan terbentuknya dua kumpulan mewakili dengan Kem Selatan dan Kem Pulau. Kedua-duanya Abdul Malik Abul Kassim (Batu Maung) atau Makahtar Shapee (Sungai Bakap) walaupun dijangka terpilih sebagai TKM1, ditolak oleh Anwar.
Berdasarkan inilah besar kemungkinan jika Wan Azizah dipilih bertanding di Penanti, maka jelaslah Anwar berangan-angan membina satu dinasti dengan isterinya menjadi TKM 1 Pulau Pinang pula.
Itupun jika aktivis Umno-BN khususnya Abdul Jalil Majid yang tewas di Penanti pada pilih raya umum ke-12 terus berpeluk tubuh (jika beliau terus tidak dipilih lagi kali ini seperti di Permatang Pauh pada Ogos , 2008), maka akan tercapailah impian DSAI itu.
Bagaimanapun, Fairus mengugut akan membongkar lebih banyak lagi skandal dalaman PKR dan juga pakatan pembangkang. Mungkin semua itu lebih memeranjatkan.
sumber - malaysiaaktif
3 ulasan:
wan azizah comfirm tak boleh bertanding,kan dia dah letak jawatan ahli parlimen pmtg pauh,tempoh edah blum tamat lagi tu
kemungkinan besar Dr mansoor,calon spare semasa penamaan calon anwar semasa prk pmtg pauh baru baru ni
Betul cakap ko megat, wan ajijah tak blh bertanding semula di mana2 ADUN atau Parlimen. Tak mungkin AnuWar Berahi nk suruh isteri dia yang hanya pandai pegang kipas logo Keadilan tu jadi TKM1 kut. Bukan tahu tentang hal2 pentadbiran ni.
Soal calon lain aku tak tau pulak. Tapi mgkn yang sesuai diletakkan calon di situ ialah AnuWar sendiri. Bukankah dia sendiri tak percaya pada orang lain untuk memegang jawatan TKM1. Baginya hanya dia yang hebat dan bijak, takde org lain sehebat atau sebijak dia.
Lepas ni boleh la Guan Eng berguru dengan AnuWar cmne nk bawak masuk pelaburan menerusi sekutu2 rapat AnuWar dari Amerika (yang pro-Zionis).
Mgkn juga AnuWar boleh ajar Guan Eng surah2 Al-Quran atau bagi salam seperti Nga Kor Ming penah lakukan sebelum ini. Kan ke AnuWar tu pejuang Islam Tulen (kata pengikut dia la).
Oppss... ade satu lagi, si Fairus nk bongkarkan skandal dalaman PKR? tak payah ambik pusing la, suma tu mainan politik AnuWar saje. Kalau selama ni si Fairus hanya ikut telunjuk AnuWar saje, takkan la dia berani nak dedahkan masalah orang. Masalah dia sendiri pun dah banyak. Lagipun dia memang terkenal dalam bab2 bohong ni. Tengok la sape 'Mentor Idola' dia. Haha, betul tak?
Catat Ulasan