Oleh : Gelagat Anwar
Dalam siri beberapa pilihanraya kecil, kita dapat sama-sama saksikan bagaimana Anwar benar-benar mahu mengekalkan momentum politik sedia. Menang di Bukit Gantang (walaupun atas kekuatan PAS) dan Bukit Selambau - Anwar percaya inilah jalan ke hadapan untuknya dan PKR. Anwar tidak ada jalan lain, kecuali untuk mengekalkan momentum ini.
Apa yang berlaku di Penanti, menyaksikan lagi betapa politik Anwar amat Machiavellian. Matlamat menghalalkan cara. Kalau mahu meletakkan Dr Mansor, Anwar mesti mencari jalan. Matlamat kena sampai. Dr Mansor mesti dinobatkan sebagai ‘Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang’ yang baru. Inilah sebabnya Anwar lambat memberikan jawapan kepada Guan Eng. Anwar mahukan orang lain, selain daripada yang ada di dalam ‘line up’ wakil rakyat PKR sedia ada. Justeru, pilihanraya adalah - WAJIB.
Dr Mansor sememangnya seorang ’strategist’ yang amat dipercayai oleh Anwar. Amat. Suksesnya PKR di dalam PRU12, bolehlah dikatakan sebagai strategi Dr Mansor yang tepat dan boleh diharap. Dalam banyak pertemuan dengan jentera pilihanraya PKR di bawah, Dr Mansor adalah ‘the guru’ yang menerangkan apa yang betul; dan apa yang tidak. Sistem nilaian prestasi jentera PKR dinilai oleh Dr Mansor.
Entah kenapa, Anwar mahukan Dr Mansor kembali ke dalam saf kepimpinan di Pulau Pinang. Dengan sendirinya, Zahrain telah dibuktikan oleh Anwar sebagai seorang yang tidak boleh diharap. Kalau Fairus rosak teruk dengan korupsi kuari, Zahrain tidak ada kurangnya. Yang jadi masalah, apabila Fairus dapat jauh lebih banyak daripada Zahrain. Zahrain pun dapat duit kuari? Katanya dapat juga - tapi kurang daripada Fairus. Ini yang jadi punca.
Strategi PKR dengan pilihanraya kecil ini perlu dikekalkan sampai ke pilihanraya Sarawak. Itu sahaja pilihan yang Anwar ada. Lepas ini, dikatakan Bukit Lanjan akan dikosongkan pula. Zulkifli Noordin diarahkan menjadi ‘devils advocate’ dan menyatakan ketidaksetujuan dengan kembalinya Eli kembali sebagai Exco. Eli kembali sahaja - ada gambar baru yang dikeluarkan. Oleh siapa. Sebenarnya ini semua kerja orang dalam PKR.
Anwar mahu rakyat jemu dengan ‘gutter politics’. Lebih ramai kalangan pimpinan PKR yang dibusukkan dengan cerita gambar bogel, seks luar tabii, korupsi kuari dan sebagainya - maka akan lebih marahlah rakyat kepada kerajaan. Ini politik yang sangat halus dan jahat. Eli diangkat pula sebagai hero. Benar, Fairus itu korup. Tetapi apalah sangat berbanding dengan komisen itu dan ini, yang dibuat oleh orang UMNO. Semua ini positif kepada politik PKR.
Reverse psychology - yang dimainkan oleh Anwar, walaupun nyatanya sangat ‘Machiavellian’, adalah way forward kepada PKR. Anwar gemarkan cerita-cerita begini, bagi menentukan PKR masih mampu bertahan dengan suasana politik semasa. Anwar tidak mahu ada kesan negatif di sebalik semua cerita ‘manis’ ini.
Bukit Lanjan akan menjadi medan seterusnya kepada Anwar. Bukan kerana mahu ‘membersihkan’ imej PKR, tetapi lebih kepada usaha meneruskan ‘propaganda’ bahawa PKR senantiasa tampil sebagai ‘pilihan’. Anwar mahu mewujudkan ’sense of dependency’ rakyat kepada PKR. Cerita rasuah Fairus tak penting - yang penting adalah penerusan agenda ‘pilihanraya kecil’ Anwar.
sumber - gelagat anwar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan