MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Apr 2009

Husam belum pasti cabar Nasha

Apr 22, 09 3:35pm
Datuk Husam Musa masih belum memutuskan sama ada mahu mencabar Nasharuddin Mat Isa untuk jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti, Jun ini.

Naib presiden PAS itu berkata masih terlalu awal untuk memberikan sebarang kata putus walaupun namanya dilaporkan telah dicalonkan untuk jawatan itu, lapor Bernama.

"Saya rasa masih terlalu awal untuk buat sebarang keputusan dan biarlah saya tunggu masa yang sesuai untuk putuskan.

"Secara rasminya saya tidak tahu nama saya telah dicalonkan atau tidak pada mesyuarat PAS kawasan dan saya tahu pun melalui akhbar," beliau dipetik berkata selepas mesyuarat exco Kelantan hari
ini.

Malaysiakini baru-baru ini melaporkan Husam menjadi pilihan pada
mesyuarat PAS di banyak kawasan di Kelantan dan negeri-negeri lain, khususnya penyokong aliran yang digelar "kumpulan Erdogan."

Nasharuddin pula dikatakan mewakili aliran pro-muzakarah dengan Umno yang dianggap bertentangan dengan kumpulan tersebut.

Agensi berita itu melaporkan, Husam bagaimanapun meminta semua pihak agar tidak mudah membuat andaian kononnya wujud amalan berpuak-puak dalam parti itu.

"Saya sendiri tidak meletak sasaran untuk memegang mana-mana jawatan sejak menjadi anggota PAS dan laporan mengatakan wujud puak tertentu dalam PAS adalah tidak benar," katanya.

Beliau berkata anggota PAS bebas untuk memilih mana-mana pemimpin yang mereka rasakan jujur dan tidak mempunyai agenda "belakang tabir" sebagai pemimpin mereka pada muktamar nanti.

Parti itu merancang mengadakan perhimpunan agung di Stadium Malawati, Shah Alam pada awal Jun ini.

sumber - malaysiakini

Tiada ulasan: