MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

26 Apr 2009

Nasharudin pertahan jawatan Timbalan Presiden

BACHOK 25 April - Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu Jun ini.

Beliau berkata, langkah itu akan diteruskannya walaupun ada cubaan untuk menolak pencalonannya terutama dari negeri ini atas alasan gagal membawa sebarang perubahan serta mengadakan perbincangan dengan UMNO.

Katanya, pelbagai dakwaan timbul ke atasnya disebabkan kekeliruan ahli di peringkat akar umbi tentang tugas yang diamanahkan kepadanya pada muktamar agung parti itu tahun lepas.

"Insya-Allah saya akan mempertahankan jawatan ini dan saya telah dimaklumkan oleh kawasan yang telah mencalonkan saya.

"Saya hanya menjalankan tugas seperti yang diputuskan pada muktamar tahun lepas serta keputusannya ialah untuk memperkukuhkan pakatan pembangkang.

''Pada masa yang sama, beliau mengadakan perbincangan dengan semua pihak sama ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau parti politik, tetapi ini tidak diumumkan oleh media," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Muktamar Tahunan Pas Kawasan Bachok di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Semalam, Pas Rantau Panjang mencalonkan Naib Presiden parti itu, Datuk Husam Musa untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu, Jun depan.

Yang Dipertuanya, Abdul Fatah Haron berkata, penolakan pencalonan Nasharudin Mat Isa oleh Pas kawasan tersebut untuk dicalonkan semula sebagai Timbalan Presiden parti itu dibuat kerana orang nombor dua itu gagal membawa pembaharuan yang sepatutnya.

Abdul Fatah mendakwa ramai ahli Pas tidak berpuas hati dengan cadangan Abdul Hadi sebelum ini mengenai kerajaan perpaduan, tetapi ia mungkin disebabkan beliau terpengaruh dengan nasihat yang tidak wajar.

Nasharudin berkata, ahli parti itu bebas untuk mencalonkan sesiapa sahaja sebagai pemimpin mereka kerana Pas mengamalkan dasar demokrasi.

Ketika ditanya adakah penolakan beliau sebagai Timbalan Presiden Pas kerana gagal melaksanakan tugasnya, Ahli Parlimen Bachok itu berkata:

"Ahli berhak untuk mencalonkan sesiapa saja, seperti kita lihat dalam proses pencalonan untuk bertanding jawatan ini sesiapa saja boleh dicalonkan.

''Sebagaimana kita tengok untuk jawatan Presiden pun ada yang mencalonkan orang lain, jadi adakah Presiden gagal melaksanakan tugas, beliau berhak laksanakan tugasnya.''

Katanya lagi, dalam Pas tidak ada keputusan individu segalanya diputuskan dalam muktamar dan sebagai contoh, beliau mengadakan perbincangan di luar dan dalam negeri.

''Saya baru balik dari Australia dan akan mengadakan beberapa lagi perbincangan dalam dan luar negara sebelum muktamar ini,'' katanya.

Beliau tetap menaruh keyakinan tinggi untuk mempertahankan jawatannya walaupun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak.

sumber - Utusan Malaysia


2 ulasan:

amiT berkata...

Hi please change the code for views counter to work again

Replace the earlier code with this one

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<div id='hit-counter'>
&lt;a href=&#39;http://csharpdotnetfreak.blogspot.com&#39; rel=&#39;follow&#39;&gt;
<script src='http://blogspot.100webspace.net/pageviews.php' type='text/javascript'/> &lt;/a&gt;
</div></b:if>

Read this for more info
Page views counter for blogspot bloggersregards

amiT

amiT berkata...

Hi please change your code for page views counter to work again

read this for more info

http://amitjainonline.blogspot.com/2009/02/post-hit-page-views-counter-blogger.html

amiT