MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

17 Apr 2009

Report Card Anwar ‘Merah’: Failed !!!

Oleh Gelagat Anwar

Sebagai Ketua Umum sebuah parti yang dicanangkan sebagai ’supra telus’, supra hebat, rentas kaum dan rentas ideologi, beberapa hari kebelakangan ini merupakan ‘litmus test’ kepada kemampuan dan wibawa politik Anwar. Mahunya tidak, banyak perkara yang berlaku memberikan imej buruk kepada PKR. Anwar sendiri, dirasakan cukup pening kepala dan tidak mampu untuk menyusun mekanisme damage control yang terbaik.

Pertamanya, isu TKM 1 Pulau Pinang berlalu tanpa sebarang ‘kesimpulan’. Anwar dibayangi oleh budaya politik ‘warlordism’ yang kecamuk dalam PKR Pulau Pinang. Zero sum game. Pilih orang ini, orang itu merajuk. Pilih orang itu, orang ini merajuk. Sudahnya Anwar kena mencari ‘carrot’ yang bersesuaian bagi menyejukkan hati calon yang ada. Pengerusi Perhubungan Pulau Pinang nampaknya boleh ‘dictate’ keputusan Anwar. Tidak memeranjatkan, Fairus ini sebenarnya kes ‘kawan makan kawan’.

Anwar sememangnya tidak gemar dan tidak gembira dengan keadaan ini. Nasihat ini pernah diberikannya sebelum PRU12 yang lalu, bertempat di Hotel Dynasty. Dalam konvensyen PKR tersebut, Anwar mengingatkan bahawa ahli parti mesti ada disiplin tinggi. Sanggup menerima apa sahaja keputusan kepimpinan - dan tidak dibelenggu dengan idea ‘warlordism’. Sayang, nasihat tersebut terbuang entah ke mana.

Dalam isu perlantikan ’semula’ ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong - PKR sekali lagi main silap mata. Apa yang ‘tidak’ kepada orang lain; boleh menjadi ‘ya’ kepada mereka. Kalau skandal sedemikian pun masih boleh dimaafkan oleh PKR atas dasar ‘performance’ - patutlah PKR kacau bilau.

Kenyataan Khalid Ibrahim menyalahkan pihak polis kerana GAGAL mengemukakan fakta kes kepada Eli adalah suatu strategi biasa. Diversion - memang sudah jadi strategi wajib PKR sejak dari dahulu. Apa yang boleh dijadikan sebagai ‘diversion’ akan dilakukan tanpa ada rasa bersalah sedikitpun.

Eli - bukan sahaja ‘di install’ semula sebagai ADUN Bukit Lanjan; tetapi juga anggota Exco Kerajaan Negeri. Apakah tidak ada masalah ‘imej’ di sini? Apakah Eli sudah ‘disucikan’ selama bercuti selama dua bulan. Eli - bertapa di mana? Dengan siapa?

Tidak banyak yang mampu kita harapkan daripada parti yang sekecamuk PKR ini. Ya, mungkin rakyat masih percaya dengan gelombang ’suci, bersih, telus, tanpa was-was’ PKR; hakikatnya mereka rendah moral dan korup integriti. Mereka melaungkan sesuatu yang tidak mereka amalkan.

Selamat kembali Eli ke pentas utama kepimpinan di Selangor. Apakah anda sudah suci sepenuhnya? Mungkin setelah melalui proses ‘tarbiyyah’ Anwar; anda layak semula mengambil tempat anda.

p/s: tahniah di atas keterbukaan yang ‘double-standard’…

sumber - gelagat anwar


1 ulasan:

Pewaris Melayu berkata...

BN dan umno selalu salah,
BN dan Umno selalu korap, dan semua perkara buruk ditujukan kepada BN dan UMNO..

maksum sangat ke PKR-Pas-DAP?
dlm PKR takda rasuah ke?
tu fairus tu ha, apa cerita?
kantoi2 letak jawatan terus!

Najib dituduh bunuh Altantuya, dan dihukum "pembunuh" oleh mahkamah Pakatan Rapuh. Anwar ibrahim dituduh oleh Saiful yang bersumpah cara Islam dinafikan haknya. Tok Garu Nik Ajis pertikaikan cara sumpah itu seperti sumpah Kristian. APa cerita??

cakap tak serupa bikin. gajah depan mata tak nampak, semut seberang laut nampak sangat!

cukup- cukuplah melayu PKR dan PAS
Hampa semua SAMPAH! Hampa semua peliwat bangsa agama dan negara!

Sampai kiamat aku malu mengaku hampa semua ni bangsa aku, hampa MELAYU YAHUDI (PKR dan PAS)