MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

17 Apr 2009

Berjayakah Anwar 'ambilalih' kepimpinan PAS ?


Email Nazrul Fahmi

Seakan akan ada tangan yang sedang mengatur barisan kepimpinan Parti Islam sekarang, itulah realiti yang berlaku dan membingungkan ahli parti lewat kebelakangan ini.

Dengan menjadikan Musyidul Am sebagai tonggak untuk bergantung kumpulan ini seolah-olah sudah merangka strategi jangka panjang untuk mengambil alih kepimpinan dari tangan Ulama, pada golongan ini strategi dan slogan Bersama Kepimpinan Ulama yang dicetuskan sebelum ini harus digantikan dengan kepimpinan yang segar dengan idea dan nampak tuntas dari seri gerak kerja serta pemikiran.


Selepas sekian lama menyusun dan menghimpun jentera sambil merancang strategi, tiba-tiba ia memunculkan diri dan pewakilan sudah terkeliru untuk menentukan pilihan hati. Dengan imej yang digalap hebat mereka telah dapat menarik sebahagian besar pewakilan untuk menyokong agenda mereka.

Mangsa terbesar yang menjadi habuan kumpulan ini ialah Taib Azamudin yang juga ahli Parlimen Baling, gara-gara bekas Imam Besar Masjid Negara ini mempertahankan kebenaran dengan melarang penggunaan nama Allah dikalangan penganut agama lain di Parlimen, beliau telah dianggap cuba menentang kumpulan yang dipimpin oleh seorang Naib Presiden Parti ini. Hasilnya dalam pemilihan terbaru beliau tersingkir dari kepimpinan PAS kawasan dan pewakilan lebih sanggup memilih calon yang Pro kepada kumpulan lain dan lebih rendah ilmu berbanding Taib Azamudin.

Walaupun disaat ini dikhabarkan beliau telah mendapat beberapa pencalonan bagi jawatan timnbalan Presiden namun realitinya itu bukan perancangan dan impian beliau.
Sebenarnya wujud desas desus kencang mengatakan impian besar tokoh ini adalah untuk bertanding Jawatan Presiden, dengan alasan untuk menyelamatkan Parti dan gerak kerja telah dilakukan dengan tersusun untuk mencemarkan nama baik kepimpinan yang ada sekarang dengan mengatakan Presiden sekarang lebih berpihak kepada fraksi UMNO dengan menjadikan Mustafa Ali sebagai mangsa ketua kumpulan itu.

Tidak semena-mena cadangan muqabalah oleh Presiden Parti (Tok Guru Hadi Awang) dan Timbalan Presiden (ustaz Nasharudin) dikritik hebat oleh kumpulan ini hingga terkeluarnya pelbagai kenyataan yang tidak melambangkan mereka dari kepimpinan Parti Islam.

Kunjungan tokoh ini ke Dubai bersama Anwar Ibrahim sejurus pilihanraya 2008 dikatakan titik tolak yang membawa impian tokoh ini ingin bertanding jawatan Presiden, sewaktu pertemuan di Dubai tokoh ini dikatakan telah dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Dari situ beliau dibantu Anwar Ibrahim telah mula merangka untuk mengusai kepimpinan parti. Walaupun beliau menafikan pertemuan tersebut dirancang, namun sebenarnya ia memang telah diaturkan oleh Khalid Ibrahim di luar negara bagi mengelakkan ia dihidu oleh dalaman parti.

Namun kuasa Allah melebihi segala-galanya apabila segala hasil pertemuan terbongkar juga.

Bagi memastikan sumber kewangan tokoh ini mempunyai kecairan, tokoh yang memiliki syarikat penerbitan Tv Internet ini juga telah diberi ruang dan dibantu oleh Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dana-dana kewangan sebagai persiapan menghadapi pemilihan.

Bagi menguatkan team ini, kepimpinan lain yang cuba diangkat oleh kumpulan ini untuk menguasai parti ialah mereka cuba mengangkat seboleh mungkin imej Nizar Jamaludin, sebab itu sewaktu ceramah di Bukit Gantang tempoh hari Anwar berkata beliau sanggup memberi ruang kepada Nizar sebagai Perdana Menteri Malaysia jika Pakatan Rakyat berkuasa. Dalam pemilihan parti ini dikatakan Nizar cuba diangkat dan ditonjolkan untuk menjadi Timbalan Presiden Parti, namun saat ini beliau sudah dicalonkan sebagai naib Presiden oleh beberapa kawasan.

Bagi jawatan naib Presiden tokoh yang cuba diangkat ialah Mahfuz Omar, Khalid Samad dan juga Dr Mariah (pernah dilobi olah Tuan Guru Nik Aziz bagi pertandingan Naib Presiden parti pada muktamar lepas) bagi menunjukkan mereka mengangkat martabat wanita.

Sementara kepimpinan atasan lain yang bersatu dalam kumpulan ini ialah Dr. Lolo Ghazali, Dr. Dzulkifli Ahmad, Dr Mohamad Hatta, Mujahid Yusuf Rawa dan juga Setiausaha Agung Parti Kamarudin Jaafar.

Disebabkan peristiwa bantahan terhadap forum memeluk Islam anjuran bar council oleh Sallehudin Ayub, ketua pemuda PAS ini dikatakan mula terpinggir dari kumpulan ini untuk diberikan jawatan naib Presiden Parti.

Antara modus operandi kumpulan ini ialah bergerak melalui medium internet dengan cuba memburukkan imej kepimpinan ulama melalui artikel dan tulisan oleh jentera internet yang dilantik.

Imej Ulama’ telah digambarkan dengan kalut, tidak relevan dengan pemikiran semasa dan sentiasa membuat strategi salah untuk parti. Sebab itu dapat dilihat bergitu ramai penyokong PAS di Internet menjadikan Anwar Ibrahim dan pimpinan muda sebagai ikon parti dan mereka ini begitu berani mengkritik ulama-ulama Parti.

Walhal menurut Allahyarham Ustaz Fazdil Noor ulama sebenar bukan menentang kemajian tetapi mereka menentang budaya barat yang bercanggah dengan islam.

Dinasmisne kepimpinan ulama harus dijadikan contoh dan perbandingan namun kumpulan ini telah mengelirukan pewakilan PAS dengan melekaukan serangan yang sistematik kepada golongan ulamak.

Adakah kumpulan ini sudah lupa kata-kata Uztaz fadil Noor sewaktu ucapan dasar muktamar PAS ke 40 di Terengganu, supaya jangan membiarkan diri diperalatkan oleh golongan nasionalis sekular bagi menghalalkan tindakan-tindakan mereka.

Umum sedar siapa tokoh Naib Presiden tersebut, suara persisnya tak ubah suara idolanya Anwar Ibrahim, bukan hanya sekarang sahaja dia rakan Anwar Ibrahim malah sejak di alam kampus lagi telah dipergunakan oleh Anwar ibrahim.

Tidak bijakkah ulama atau burukkan ulama sehingga Naib Presiden PAS itu begitu teruja dengan Anwar Ibrahim samapi sangup mempergunakan Mursyidul Am untuk kepentingan dirinya?

Selepas hampir memporakperandakan PAS Kelantan adakah sanggup pewakilan PAS menerima orang seperti ini untuk menerajui gerakan islam di Malaysia. Tidak dapat dibanyangkan apabila PAS akan menjadi seperti AKP parti di Turki suatu hari nanti.

Nauzubillah min zalik.

Tiada ulasan: