MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Apr 2009

Ramlang Porigi cadang saman JAKIM



SHAH ALAM – Bekas Iman Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi bercadang akan mengenakan tindakan saman ke atas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sekiranya rayuan kedua berhubung pemecatannya ditolak.

Menurutnya, beliau kini masih lagi menunggu keputusan tersebut memandangkan tempoh rayuan itu akan berakhir pada Mei depan.

“Saya tunggu keputusan itu, dan berharap tindakan pemecatan jawatan terhadap saya sebagai Imam Masjid Wilayah Persekutuan pada 20 Januari lalu tidak sah.

“Sekiranya saya masih dipecat setelah rayuan itu ditolak, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman bagi mencabar pemecatan saya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, pemecatan jawatan imam masjid terhadap dirinya dianggap telah mencemarkan nama perkhidmatan awam apabila terlibat dalam kempen pilihan raya kecil di Permatang Pauh 28 Ogos lalu.

“Tujuan saya naik ke pentas bukan kerana politik tetapi untuk membersihkan nama dan Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Menurutnya, sepanjang proses rayuan ini, beliau tidak memperoleh sebarang sumber pendapatan dan hanya mendapat upah menerusi kelas-kelas agama di beberapa tempat.

“Selepas tempoh rayuan saya akan buat keputusan sama ada untuk meneruskan kerjaya atau terima tawaran dari mana-mana negeri Pakatan Rakyat terutama Selangor,” katanya.

sumber - sinar harian


1 ulasan:

beruang berkata...

Salam dan silamat sejahtela sumua.

Haiyyaaa ini mamat manyaak kecoh maa. apa lia mau lagi. lia kena pecat sebab talak datang kelija lama. apa bikin mau saman kelajaan. lalam setiap pejabat ala undang-undang. mana-mana pigi ala undang-undang. mau kelija mesti ikut itu undang-undang ma. Kalau bapak lu punya company talak undang-undang, satu minggu bole bungkus maa. Ini olang mau cali publisiti juga wang lebih. Talak pellu layan. buang masa. Jangan ikut cala Pakatan Lakyat cuma buang masa bikin issue tapi talak masa mau buat kelija.

Kelajaan baya gaji bukan untuk kempen politik. suluh jadi imam bagus, talak mau..sibuk sibuk saja maw politik jadi itu najis Anwar.

Haiyyaaaaaa