MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

13 Apr 2009

Polemik penceramah kafir membaca Al Quran



Oleh Korban Demokrasi

Lim Kit Siang dalam posting di Blog beliau bertarikh 5 April 2009 (klik) menjelaskan kesalahfahaman pihak-pihak tertentu sehubungan pembacaan ayat-ayat Al-Qur'an oleh salah seorang aktivis Partinya di Perak ketika berkempen untuk memancing-undi.

Petikan kenyataan Lim Kit Siang dalam Blog tersebut adalah seperti berikut, "I do not see anything wrong in a non-Muslim finding wisdom in Quranic verses; the message of Islam is universal. I do not see anything wrong in Muslims quoting from the Bible, the Torah, the Bhagavad Gita, the Ramayana and Mahabharatta, the I Ch’ng, the Analects of Kung Fu Tze, or even from Marx’s Das Kapital. No need for to lodge a police report on the DAP man who quoted the Quranic verses.It merely display our ignorance of the perspectives of others. We should be proud if we hear politicians finding wisdom from all religions and philosophical texts. Embrace multiculturalism and learn from the wisdom of all scriptures. Universal values and timeless wisdom in all these texts. We must grow up, read more, and grow old with timeless wisdom."


Terjemahannya: "Saya tidak nampak sebarang kesalahan bagi seorang bukan-Islam mencari hikmah dalam ayat-ayat Al-Qur'an; masej Islam adalah bersifat sejagat. Saya tidak nampak sebarang kesalahan bagi orang Islam memetik dari Perjanjian Baru, Perjanjian Lama, Bhagavad Gita, Ramayana dan Mahabhratta, I Ch'ng, Analek Kung Fu Tze, bahkan dari Das Kapital oleh Karl Marx. Tak perlu membuat lapuran polis keatas orang DAP yang memetik ayat-ayat Al-Qur'an. Ianya mempamerkan kejahilan kita terhadap perspektif orang lain. Kita sepatutnya merasa bangga jika kita mendengar ahli-ahli politik mencari kata-kata hikmat dalam kesemua agama-agama dan teks-teks falsafah. Anutilah pandangan kepelbagaian-budaya dan pelajarilah dari hikmah dari semua kitab-kitab. Nilai-nilai sejagat dan hikmah yang abadi dalam semua teks-teks ini. Kita mesti menjadi lebih dewasa, membaca dengan lebih lagi, dan menjadi matang dengan hikmah kebijaksanaan yang abadi."


Pemimpin Spiritual Parti yang berkerjasama berkempen memancing undi bersama-sama Parti Lim Kit Siang dalam Pilihanraya tersebut; Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat (Nik Abdul Aziz), telah menulis satu warkah pada 9hb April 2009 kepada aktivis Parti yang telah dikecam ramai itu dalam Blog Rasminya yang bertajuk Dari Sudut Perspektif.


Nik Abdul Aziz memiliki Sarjana Muda Bahasa Arab dan Sarjana Perundangan Islam dari Universiti Al-Azhar dan dipanggil Tok Guru oleh para pengikut Partinya.

Nik Abdul Aziz menyatakan, "Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.” Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas. Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih."


PEMERHATIAN DAN ULASAN

1. Lim Kit Siang telah menjelaskan bahawa Partinya tidak nampak sebarang kesalahan bagi seorang bukan-Islam mencari hikmah dalam ayat-ayat Al-Qur'an. Lim Kit Siang seterusnya berkata bahawa masej Islam adalah bersifat sejagat dan kitab-kitab Agama lain dan teks-teks falsafah juga adalah sedemikian. Masing-masing memiliki hikmah kebijaksanaan yang abadi. Malangnya, Lim Kit Siang bukanlah seorang yang bertauliah untuk berkata sedemikian memandangkan beliau adalah seorang yang kafir kepada Allah subhana-hu-wata’ala dan Nabi Muhammad sallAllahu-‘alaihi-wassalam.

2. Pandangan Lim Kit Siang tidak mencerminkan bahawa dia telah sujud menerima kebenaran Agama Islam dengan sebenar-benarnya, tetapi hanyalah memetik juzuk-juzuk ayat Al-Qur’an pegangan Agama Islam bagi menjustifikasi kebenaran nilai-nilai sejagat yang yang menjadi pegangan Parti Lim Kit Siang. Ini adalah untuk merelevankan Partinya terutamanya kepada pengundi-pengundi Islam yang selalu musykil terhadapnya. Parti Lim Kit Siang berpegang kepada falsafah ideologi Sosialis Demokratik yang berpayung di bawah faham Sosialis Antarabangsa Kedua (klik - Second International & Socialist International). Harus diambil perhatian bahawa sememangnya dalam mana-mana agama, falsafah atau ideologi, nilai-nilai sejagatnya sememangnya hampir-hampir sama. Perhatikan nilai-nilai sejagat sosialis, seperti; persamaan sosial, keadilan sosial, persamaan peluang dan sebagainya. Tidakkah ini merupakan keperluan setiap manusia ?.

3. Nilai-nilai ini adalah pencetus kepada pembawaan kepada sesuatu pandangan hidup atau carahidup dalam menangani zaman. Nilai-nilai sebegini sentiasa diperhatikan dalam kajian-kajian maqasid syari’ah yang merupakan sebahagian dari Kajian Fiqh. Jadi, Parti Lim Kit Siang tidak pernah merubah keimanannya kepada Falsafah Ideologi Sosialis Antarabangsa Keduanya. Ayat-ayat Al-Qur’an yang telah digunakan hanyalah untuk menjustifikasi kebenaran Falsafah Ideologi Sosialis Antarabangsa yang diimaninya. Bolehlah dengan itu dikatakan bahawa Lim Kit Siang dan Partinya tetap kufur kepada Allah subhana-hu-wata’ala dan Nubuwwahnya. Tiada perubahan dalam iman dan tauhidnya.

4. Jika dikaji dengan lebih mendalam, pandangan yang dibawa oleh Lim Kit Siang ini adalah bertitik-tolak dari pengaruh falsafah Theosofi yang telah menjajah minda pemikirannya. Ianya juga adalah merupakan asas pandangan dan pegangan hidup faham Pluralisma dan Sekularisma. Sebahagian besar dari mereka yang berpegang kepada pandangan hidup sebegini sememangnya merasakan keserasian beramal-jamaie dengan kumpulan-kumpulan manusia yang menghormati aliran pemikiran liberal sekularisme dan berkegiatan ala-freemasonri yang menolak penguasaan satu-satu agama ke atas agama-agama yang lain. Agama disamaratakannya. Pandangan Agama dan kebenaran Agama hanyalah urusan peribadi sesorang melainkan nilai-nilai agama yang sejagat sahaja yang selayaknya diimani dan dikongsikan dalam khalayak umum. Lim Kit Siang mungkin akan bertegas menafikan penjajahan terhadap mindanya oleh aliran kufur dan sesat ini, tetapi, itulah hakikatnya. Dari elemen-elemen Theosofi inilah lahirnya para pelupur-pelupur Dialog Antar-Agama (Interfaith Dialogue).



5. Cuba kita bandingkan kenyataan seorang tokoh Qadiani yang menganut Ajaran Falsafah Theosofi (klik) seperti berikut; “Theosophy, the universal ageless wisdom, is the spiritual heritage of all humanity -- past, present and future. It maintains that behind all the outer forms of religion there is an inner core, a hidden side. This common inner teaching consists of universal principles or truths which are timeless and which affirm the essential oneness of all existence, the intrinsic divinity of the human spirit and the unity of all humanity. It also points to the underlying intelligence manifested in Nature, revealing itself as order, rhythm, harmony and interdependence, having its source in the depths of the Ground of Being. Elements of this universal wisdom are also present in the Islamic tradition. There are several similarities between Theosophy and Islam. One of them is the notion that knowledge of the deeper aspects of life has been transmitted, from generation to generation, by a succession of prophets or teachers. The Quran says: "It is the duty of the prophets to transmit knowledge" (Al-Maida, Chapter 5, Verse 67). In another passage it clarifies the duty of the prophets: "We have sent you a prophet from among yourselves, who teaches you Our will and purifies you and teaches you knowledge and wisdom and teaches you what you did not know". (Al-Baqarah, Chapter 2, Verse 151).” Kita dapati bahawa tiada perbezaan lansung di antara pandangan oleh Lim Kit Siang dan Partinya dengan pandangan Falsafah Theosofi di atas.

6. Terjemahan dari pandangan Theosofi di atas, “Theosofi, hikmah abadi yang sejagat, adalah merupakan warisan spiritual untuk seluruh kemanusiaan – dahulu, kini dan di masadepan. Ia menegakkan faham bahawa di sebalik rupa luaran agama-agama itu memiliki teras dalaman, sudut yang tersembunyi. Pengajaran dalam teras dalaman ini mengandungi prinsip-prinsip sejagat atau kebenaran-kebenaran yang kekal abadi yang membenarkan peri-pentingnya kesatuan bagi semua yang wujud, ketuhanan yang tersurat dan terjalin dari ruh manusia dan kesatuan kemanusiaan itu….. sehingga akhirnya.

7. Sosok Nik Abdul Aziz, dari Blog beliau, melihat Aktivis dari Parti Lim Kit Siang pada perspektif yang berbeda. Kalimah-kalimah ayat-ayat Al-Qur’an Al-Hakim yang dibaca oleh Aktivis beragama Kristian itu telah melahirkan rasa simpati dan terharu Nik Abdul Aziz. Beliau gusar dengan persepsi kebanyakan Kaum Muslimin yang mempertikaikan keikhlasan dan meragui pemancing-pemancing undi dari Parti Lim Kit Siang yang sedang meraih undi untuk memenangkan Parti yang dipimpin oleh Nik Abdul Aziz itu. Nik Abdul Aziz beranggapan bahawa Parti Lim Kit Siang serius dalam usaha mereka untuk menerima Islam dan Kaum Muslimin sepatutnya mengambil peluang ini untuk membuka ruang dakwah Islamiyyah kepada Parti Lim Kit Siang.

8. Nik Abdul Aziz mentafsirkan hal ini sebagai kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat dan ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

9. Nik Abdul Aziz juga menyalahkan lawan politik kepartiannya yang dikira selama ini tidak mesra dalam menyambut kecenderungan terhadap Agama Islam. Beliau tidak bersetuju dengan protes sebahagian besar Kaum Muslimin yang mahu menghalang pembacaan ayat-ayat Al-Qur’an Al-Hakim oleh Parti Lim Kit Siang di pentas undi dan bersetuju dengan Aktivis Parti tersebut yang mengira peristiwa berkenaan sebagai halangan terhadap masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui Kitab berkenaan.

10. Sebagai perbandingan, Nik Abdul Aziz membayangkan impian beliau untuk melihat pengIslaman kaum-kaum kafir tersebut di Malaysia sebagaimana yang berlaku ketika kaum Mongol yang menindas, dan beliau yakin Islam akan kembali gemilang di Negara ini melalui insiden dan kaedah yang sama.




KESIMPULAN

1. Daripada respons-respons yang dibuat oleh Parti Lim Kit Siang bolehlah disimpulkan bahawa kemusykilan dan keraguan oleh sebahagian besar Kaum Muslimin terhadap keikhlasan Parti Lim Kit Siang dan Aktivisnya adalah berasas. Ini adalah kerana respons yang diberi tidak mencerminkan perakuan mereka untuk menerima Islam tetapi hanya untuk menerima nilai-nilai sejagat Islam yang secocok dengan agenda Falsafah Ideologi Sosialis Antarabangsa Kedua Parti Lim Kit Siang.

2. Pengambilan kaedah yang sama dengan cara-cara para Ahli Falsafah Theosofi, Sekular, Liberal dan Freemasonari dalam mendekati Ummat Islam oleh Parti Lim Kit Siang menambahkan lagi keraguan ini. Jika benar ada kecenderungan terhadap Agama maka tidakkah langkah pertama dan utama yang sepatutnya dimulakan ialah membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan keTauhidan Allah subhana-hu-wata’ala, kebenaran keNabian Nabi Muhammad sallAllahu-‘alaihi-wassalam dan kebenaran Al-Qur’an Al-Hakim. Inilah tahapan-tahapan yang sepatutnya dilalui oleh manusia-manusia yang cenderung kepada Islam. Nilai-nilai sejagat adalah perincian kepada keimanan kepada 3 asas di atas. Jika jalan lain diambil maka ianya pastilah menjadi sia-sia kerana nilai-nilai sejagat yang begitu umum itu sememangnya ada dalam mana-mana agama pun.

3. Pembacaan ayat-ayat Al-Qur’an Al-Hakim oleh orang-orang Kafir yang sedang mencuba untuk mengenali Islam dan Al-Quran melalui Kitab berkenaan di atas pentas-pentas parti politik kepartian juga adalah suatu yang meragukan. Maksud kepada perkataan Aktivis berkenaan iaitu, “masyarakat Tionghua yang sedang mencuba untuk mengenali Islam dan Al-Quran melalui Kitab berkenaan” menunjukkan bahawa beliau belum layak untuk membicarakan Al-Qur’an Al-Hakim kecuali untuk pembacaan peribadi beliau sahaja. Beliau yang mewakili masyarakat Tionghua perlu mengenali Islam dahulu sebelum membicarakan tentang Islam. Beliau tidak sepatutnya membicarakan tentang Islam sehingga selepas beliau benar-benar mengenali Islam dan Al-Quran melalui Kitab berkenaan. Alasan kekecewaan beliau akibat protes sebenarnya menambahkan lagi keraguan terhadap keikhlasan beliau yang menunjukkan bahawa beliau tidak ikhlas dan hanya ingin mengambil simpati atau melahirkan silap faham atas kelakuan beliau yang sumbang itu. Jika benar beliau ikhlas, Aktivis tersebut tidak akan mengeluarkan perkataan tersebut, kerana tidak akan ada sebarang usaha yang akan mampu menyekat seseorang kafir itu dari mencuba untuk mengenali Islam dan Al-Quran melalui Kitab berkenaan. Kenyataan ini adalah kenyataan bersensasi untuk mencari simpati. Jadi, perkataan Aktivis itu adalah satu pembohongan yang benar-benar nyata.

4. Nik Abdul Aziz gagal dalam memahami fakta-fakta di atas dan akibatnya beliau telah menggunakan asas yang menyeleweng dalam niat baik beliau untuk mengembangkan Dakwah Islamiyyah kepada kaum Tionghua dan India. Di waktu yang sama beliau telah mengambing-hitamkan sebahagian besar Kaum Muslimin yang meragui keikhlasan Parti lim Kit Siang itu. Tok Pakir dapat mengesan penggunaan emosi yang tidak kena pada tempatnya oleh Nik Abdul Aziz yang mengakibatkan pandangan beliau dalam hal ini menjadi begitu naif, lurus dan betul bendul. Walau bagaimanapun, berdasarkan kelayakan agama beliau, Tok Pakir juga merasakan bahawa ada suatu agenda yang lebih besar di sebalik kelurusan dan kenaifan yang betul bendul ini.

5. Nik Abdul Aziz pastinya lebih mengetahui tentang polemik-polemik yang berlaku di antara mahaguru-mahaguru utama beliau seperti Muhammad Abduh, Rasyid Ridha, Sayyid Sabiq dan sebagainya (klik) dalam hal-hal yang sama. Kisah orientalis dan missionaris khatolik kristian seperti Samuel M. Zwemer yang amat memahami Al-Qur’an Al-Hakim tetapi mati dalam kekafiran juga pasti diketahui oleh beliau. Zwemer sebagai contohnya adalah missionaris yang amat mahir dalam syari’ah Islam dan banyak memberi komentar terhadap undang-undang Murtad sebagaimana penulisan beliau yang mengambil rujukan dari berbagai-bagai sumber Agama Islam (sila rujuk gambar di bawah - boleh di download di http://www.archive.org/index.php - taip nama pengarang).


6. Kesimpulannya, pandangan Nik Abdul Aziz ini juga adalah selari dengan pandangan mahaguru-mahaguru utama beliau yang pada hakikatnya adalah penyumbang-penyumbang utama kepada kemusnahan tradisi keilmuan Islam dan perjuangan Khilafah selepas kejatuhan Khilafah Islamiyyah Othmaniyyah. Nik Abdul Aziz digesa untuk kembali semula ke dalam arus perdana wacana haq Ummat Islam dan tidak menjadi agen pemecah belah seperti yang telah dibuat oleh mahaguru-mahaguru utamanya yang lalu.

Wallahu a’lam bissawab.

“Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami [pengetahuan tentang isi Al Kitab], kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu lalu dia diikuti oleh syaitan [sampai dia tergoda], maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. (175) Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan [derajat]nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya [juga]. Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah [kepada mereka] kisah-kisah itu agar mereka berfikir. (176) Amat buruklah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat zalim. (177) Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang merugi. (178)
(Surah Al-A’raf)


SadaqAllahul Maulanal Adziiim

TokPakir


sumber - korban demokrasi

3 ulasan:

antus berkata...

semuga mereka itu telah tersedar akn kesilapan mereka dan kembali ke pangkal jalan.

rakyatjelata berkata...

Maksiat merata rata,takde dema nak tegur ya.Perkara asas fardhu ain pun tak berapa nak lepaih.Apa rupa ntoh lee..

Tanpa Nama berkata...

slogan parti pas dulu, kini dan selamanya "matlamat menghalalkan cara".