MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Apr 2009

Perebutan Naib Presiden PAS


Oleh MSO

PEREBUTAN Naib Presiden Pas dikira paling meriah. Sehingga kini beberapa nama telah disebut-sebut akan mencuba nasib untuk berada di lantai ketiga dalam hirerki kepimpinan Pas itu. Tiga penyandang sebelum ini ialah, Ahmad Awang, Muhammad Sabu dan Husam Musa.


Husam sudah pasti akan meninggalkan kerusi itu dan akan mencabar Nasaruddin Mat Isa sebagai timbalan presiden. Kumpulan Profesional Liberal (Prolib) meletakkan harapan yang tinggi kepada Husam ini bagi meranapkan Nasaruddin yang mewakili golongan “Ustaz – Ulamak” (Ustaz Mat). Bolehah dianggap Husam adalah ketua prolib.

Muhammad Sabu dan Ahmad Awang pasti akan mempertahankan kedudukannya itu. Ada terdengar khbar Mat Sabu juga berminat untuk mencuba nasib di kerusi timbalan presdien. Mat Sabu dikatakan menetaskan harapan itu kerana kurang senang dengan Nasaruddin yang dianggap tidak menyerlah dalam Pas selaku timbalan presiden.

Mat Sabu sedia mencabar Nasaruddin sekiranya tidak ada calon lain berani berbuat demikian. Kenapa begitu sekali duhai Mat?

Bagaimana pun maju atau mundur Mat Sabu bergantung kepada pencalonan yang akan diterimanya kelak. Kalau beliau mendapat pencalonan kurang berbanding si baju petak-petak merah itu dia akan mengalah. Pengunduran Mat itu akan memberi advantage kepada Husam.

Katanya sudah ada kompromi antara kedua mereka. Kesediaan Mat Sabu untuk berkompromi dengan Husam ini satu sikap bagus. Jika hendak dikira Mat Sabu tidak sepatutnya berkompromi dengan Husam jika diingatkan sejarah peribadi mereka berdua di masa lampau.

Pergeseran politik antara mereka pernah sampai ke tahap hendak bertumbuk. Puncanya kerana Mat Sabu dikatakan menuduh Husam adalah orang Umno. Mungkin andaian Mat itu berpandukan kepada keluarga Husam di mana kebanyakan pemuka Umno. Setengahnya berjaya ditarik ke dalam Pas, setengah masih kekal bersama Umno.

Gara-gara itu Husam jadi panas dan pernah bersemuka dengan Mat Sabu. Ketika inilah beliau memegang ibu jari Mat Sabu dan cuba dipatahkan. Apakah kompromi itu disbabkan Mat Sabu teringat akan peristiwa itu betapa gedebenya Husam?

Yang pastinya Ahmad Awang akan mempertahankan kedudukan itu. Tidak ada pilihan lain bagi Ahmad Awang untuk berbuat begitu. Walaupun sebelum ini ada ura-ura beliau akan dicadangkan agar mencabar Nasaruddin untuk jawatan timbalan presiden. Mungkin setelah mengukur badan sendiri ura-ura itu tidak menjadi.

Maslaah yang berlaku di Perak sehingga kerajaan Pakatan Rakyat yang berketuakan Adun Pas (Mohammad Nizar Jamaluddin) sebagai MB hilang dirampas UBN, sedikit sebanyak kegagalan itu tersangkut di atas bahu Ahmad Awang sebagai Pesuruhjaya Pas Perak. Beliau harus bertanggungjawab kerana gagal mengemudikan parti dan kerajaan agar selamat.

Mungkin kerana ‘kesalahan’ itu maka ura-ura untuk menghantar Ahmad Awang untuk cabar Nasaruddin tidak menjadi!

Kedudukan Ahmad Awang hari ini agar sukar sedikit. Populariti Mohamad Nizar yang kini juga turut dicalonkan sebagai calon naib presiden sudah menenggelamkan nama Ahamd Awang. Walaupun Nizar baru dipersada politik namun pergolakan di Perak sehingga hilang kerajaan beliau dilihat sebagai hero. Keberaniannya menghadap Sultan dan mempertahankan kerajaan dilihat sebagai satu keberanian.

Kemenangan Nizar pada pilihan raya kecil menambahkan lagi minat ahli Pas kepadanya. Kerana keberanian berdepan dengan Sultan Perak itu menyebabkan kegagalan Nizar selaku MB untuk mempertahankan kerajaan Perak seakan terlupa begitu saja!

Populariti sudah menjadi fenomena dalam Pas. Mungkin masih ingat apa yang berlaku ke atas penyanyi bernama Mawi satu waktu dulu. Disebabkan Mawi popular Pas Kelantan tergamak mengheretnya membuat persembahan di negeri itu.

Begitu juga kalau Siti Nurhaliza atau Maya Karin sudi menyertai Pas kemungkinan dia juga akan dicalon sebagai ketua Muslimah Pas tidak payah lama-lama berjuang dalam Pas!

Lain-lain tokoh yang hendak bertanding dijawatan ini ialah Ketua Dewan Pemuda Pas, Sallahuddin Ayub. Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Mohd Amar Abdullah, Pensuruhjaya Pas Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man. Ahli jawatankuasa agung Pas, Mujahid Yusuf Rawa juga disebut-sebut untuk merebut jawatan itu.

Tetapi Mujahid ini katanya lebih dinasihatkan agar merebut jawatan Ketua Dewan Pemuda dengan tujuan untuk memecahkan dewan itu daripada dikuasai oleh golongan "Ustaz Mat".
Mujahid yang temasuk dalam golongan Prolib katanya diarahkan supaya merebut jawatan ketua Pemuda bakal ditanding Naib Ketua, Nasaruddin Tantawi yang lebih mirip kepada golongan Ustaz Mat.

Bagaimana pun belum kedengaran dari Mujahidi sendiri apakah beliau akan mengikut arahan itu ataupun sebaliknya.

Mujahid mungkin masih memikirkan baik dan buruknya serta sejauh mana peluangnya jika beliau mencuba untuk jawatan ketua Pemuda. Sekiranya Pemuda mahu mengekalkan kerabatnya dalam dewan itu sudah tentu Nasaruddin akan memenangi jawatan berkenaan, melainkan ada gerakan meluas yang melibatkan percaturan Prolib.

Setakat ini ada enanm nama bakal merebut jawatan Naib Presiden, dua penyandang, Muhammad Sabu dan Ahma Awang. Empat pencabar ialah Sallahuddin, Tuan Ibrahim Tuan Man, Nizar Jamaluddin dan Mujahid Yusuf Rawa.

Walaupun ada beberapa nama lagi yang juga mahu merebut jawatan itu tetapi mereka dilihat tidak bersungguh serta tidak ada kekuatan tersendiri melainkan kena tumpang pengaruh dan wibawa orang lain. Apa lagi setengahnya ada yang sudah kalah dalam percubaan lebih daripada dua kali.

Mereka yang kalah berkali-kali eloklah tidak bertanding dan sesuai dicalonkan sebagai pemeriksa kira-kira sahaja bagi tidak menyibukkan keadaan.

sumber - mso

4 ulasan:

mohammad azren fooldog PH yg bahalol berkata...

Ini hal dalaman PAS, aku tak mau komen byk2. Tapi yang pasti "SAFKAN HADI AWANG SATU KEPIMPINAN PAS YANG TIDAK MENGIKUT TELUNJUK ANUWAR", jangan nanti jadi menang sorak, kampung tergadai cukup la.

Kita Melayu sama Melayu tak elok gaduh2. Peace...

Malaysia berkata...

apsal takleh campur shonzu?...seeoloknya campur la, saling menasihati bukan menghentam tapi memberi pandangan...dalaman UMNO orang PAS dan PKR boleh komen dan ulas, takkan dalaman PAS tak boleh sentuh, pemimpin yang bijak ialah pemimpin yang boleh menerima kritikan bukan mengentam tidak tentu hala...rasanya hadi awang boleh terima kritikan, Anwar je takleh terima...

padi jantan berkata...

video respon utk PAS "Sequence 037 PAS Menyesatkan (Kisah 9 Wali)"
http://www.youtube.com/watch?v=G6s0rEVdQOI

mohammad azren fooldog PH yg bahalol berkata...

Tu masing2 punye pendapat la Tom yam Pok Tek. Kita bagi pandangan pun bukan orang PAS nak dengar atau nak ambik peduli pandangan kita. Bagi diaorg suma pemimpin mereka bagus. Sumanya maksum, jadi biarkan mereka pikir sape yang diaorg nak lantik jadi pemimpin mereka.

Tapi bagi aku biar pemimpin yang bakal ahLiPas pilih yang takkan mengikut telunjuk AnuWar. Kalu boleh biar mereka yang tak mahu bersekongkol dengan AnuWar. Itu lebih baik.

Pasal dalaman UMNO diaorang nak komen ke nak kritik ke, memang dah keje diaorg macam tu. Kalau tak sibuk, tak sah. Yang itu kita tetap lawan kalau ada unsur fitnah atau komen yang tak kena tempatnya.