Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
rencana@utusan.com.my
AGAK melucukan apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan keputusan mengekalkan Exco beliau, Elizabeth Wong setelah mengambil kira pandangan semua pihak serta kepentingan rakyat.
Di samping itu, Elizabeth juga dikekalkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan melihat kepada perkembangan mutakhir siasatan polis berhubung isu gambar separuh bogel beliau.
Tidak pasti kelompok 'pihak dan rakyat' mana yang dimaksudkan oleh Abdul Khalid di sini. Kerana jika mengikut logik akal, tidak ada sesiapa pun di kalangan kita yang mahu diwakili oleh seorang pemimpin yang terbabit dalam isu moral.
Bagi rakyat, seorang pemimpin perlu bersih dan bermaruah supaya boleh dijadikan contoh serta teladan. Justeru jika benar ada kalangan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu Elizabeth terus memegang jawatan yang disandang, maka mereka juga seolah-olah bersetuju dengan kesalahan moral yang dilakukan.
Penilaian sebegitu sangat menghairankan kerana PKR sebelum ini tidak pernah berkompromi dalam perkara integriti - sekurang-kurangnya itulah yang sering dilaungkan.
Kita pastinya masih ingat ketika bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang dihentam hebat ekoran skandal video seks sedikit masa lalu. Pakatan pembangkang menjadi jaguh moral dalam isu itu dan berbangga apabila Soi Lek akhirnya meletakkan jawatan.
Benar keterlanjuran Elizabeth tidak sampai ke tahap aksi berani sedemikian. Tetapi persoalannya kesalahan yang dilakukan tetap membabitkan isu moral, justeru apa bezanya? Kenapa Elizabeth dalam skandal beliau seolah-olah mendapat pengecualian daripada kesalahan yang dilakukan?
Kerana itu juga keputusan Abdul Khalid tidak keterlaluan dinilai lebih kepada menjaga kepentingan parti atau kedudukan politik negeri tersebut. Perkara ini turut menjadi perhatian pensyarah di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Ahmad Nidzammuddin Sulaiman.
Menurut beliau, PKR mungkin menghitung risiko yang lebih buruk sekiranya Elizabeth melepaskan kedua-dua jawatan beliau. Ironinya, dari satu sudut, parti itu lantang bercakap tentang moral dan integriti.
Tetapi dalam kes Elizabeth seperti ada pengecualian dan keistimewaan pula. Di situ tambah Ahmad Nidzammuddin, isu Elizabeth seolah-olah cuba diketepikan dan tidak menjadi kudis kepada parti berkenaan.
"Inilah yang dinamakan politik berunsurkan Machiavalin atau matlamat menghalalkan cara yang lebih banyak digunakan untuk kepentingan," katanya.
Seperkara yang boleh dinilai daripada keputusan Elizabeth ialah soal dalam berprinsip. Sebelum ini beliau bersungguh-sungguh mahu meletakkan jawatan atas rasa bertanggungjawab terhadap insiden itu.
Barangkali mungkin kerana tekanan daripada parti, beliau menarik semula hasrat tersebut. Seharusnya sebagai seorang pemimpin yang berprinsip, Elizabeth perlu berpegang kepada kata-katanya. Soal prinsip ini tidak memerlukan orang luar untuk memberikan pandangan.
Di kalangan pemimpin PKR sendiri iaitu Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, turut membangkitkan perkara yang sama. Kerana itu juga Zulkifli memilih untuk memufaraqah atau tidak bersama-sama dalam keputusan kerajaan negeri tersebut.
Perkiraan Zulkifli barangkali sama dengan apa yang menjadi pertimbangan kebanyakan masyarakat umum dalam isu yang sedang dihadapi oleh Elizabeth ini.
Bagaimana Elizabeth mahu mencerminkan dasar kerajaan negeri yang mementingkan soal integriti, maruah dan kepimpinan, sedangkan pada masa yang sama, nilai-nilai tersebut pada dirinya boleh dipersoalkan? Kerana itu juga kesediaan beliau untuk kekal dengan jawatan yang disandang beliau adalah satu keberanian yang luar biasa.
Elizabeth tidak hanya mendedahkan dirinya untuk dijadikan isu, malah turut menjebakkan partinya ke dalam ruang kritikan yang hebat.
Barisan Nasional (BN) pastinya mempunyai modal serangan baru di samping beberapa polemik politik yang membelenggu PKR sebelum ini. Antaranya isu perletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 yang kemudiannya dikaitkan dengan rasuah.
Begitu juga isu lompat parti tiga orang ADUN sehingga meruntuhkan kerajaan campuran di Perak baru-baru ini. Keadaan itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa parti tersebut berdepan dengan masalah dalaman terutamanya isu kepimpinan dan integriti.
Namun, isu murahan sebegitu sebenarnya tidak menguntungkan sesiapa, sebaliknya hanya merugikan rakyat. Rakyat yang telah memberikan kepercayaan dalam pilihan raya umum ke-12 lalu seolah-olah berasa berterusan ditipu.
Sepatutnya soal kepimpinan dibincangkan sebelum berlangsungnya pilihan raya, supaya wakil rakyat yang dipilih boleh menabur jasa dengan sempurna kemudiannya.
Keadaan ini memberikan satu gambaran yang merunsingkan rakyat, bahawa negara sebenarnya ketandusan tokoh kepimpinan yang hebat. Persoalannya, sampai bila rakyat akan dibelenggu dengan permainan politik emosi dan tidak matang seperti ini?
Mungkinkah rakyat masih berpeluang melihat pemimpin yang mementingkan orang ramai melebihi kepentingan peribadi dan parti semata-mata?
sumber - utusan
2 ulasan:
SYARAT MENJADI WAKIL RAKYAT PKR
(selepas perletakan jawatan oleh Fairus)
1. Kalau perempuan, syaratnya sertakan gambar BOGEL dengan dua kaki terkangkang.
Kalau lelaki, syaratnya GAGAP. Gambar tidak diperlukan bagi lelaki.
2. Tak bersunat tak apa, janji pandai putar belit al-Quran.
3. Pelbagai bangsa dan pelbagai agama. Boleh berceramah di Gereja, Masjid dan Kuil -asalkan pakar mengutuk BN dan kerajaan Malaysia.
4. Penjenayah dan bekas banduan diutamakan.
Keturunan dari pembunuh dan perogol dipertimbangkan.
5. Memiliki SPM dan lesen memandu lori.
6. Tahu kelentong bos. Khusus dan latihan diberikan selepas pengesahan jawatan selama setahun seperti Fairus.
7. Pintar - dalam pembahagian tanah dan projek untuk kaum kerabat. Lulusan dalam bidang ekonomi dipertimbangkan terutamanya major dalam sains rumahtangga.
8. Memiliki sifat penderhaka dan tidak suka kesultanan Melayu.
Exam khas akan diberikan terutamanya mengenai persoalan bagaimana hendak menjadikan Malaysia sebuah negara Republikan.
9. Berpengalaman dalam menyentuh buntut bagi lelaki, atau pernah memegang anu lelaki bagi perempuan.
Bekas peliwat yang berpengalaman amat dialukan. Kaki raba dipertimbangkan.
10. Pernah pergi UMRAH bersama-sama dengan Nik Aziz atau tidak, ia Bukan keutamaan tetapi akan dipertimbangkan.
SESIAPA YANG BERMINAT DAN MEMILIKI KELAYAKAN DI ATAS, SILA DAFTARKAN DIRI SECEPAT MUNGKIN DI MANA-MANA BAHAGIAN PKR MALAYSIA.
CALON INI DIKHASKAN KEPADA PKR. YANG TIDAK MEMPUNYAI PENGALAMAN MELIWAT, PERNAH BERKHALWAT PUN AKAN DIBERI PERTIMBANGAN.

Catat Ulasan