MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Apr 2009

Pemikiran sebenar Anwar : Komen Khalid Jaafar kepada Ustaz Nasrudin Tantawi, Naib Ketua Pemuda PAS



Email MolePKR

Ramai orang terkeliru mengenai pemikiran Anwar mengenai 'demokrasi Islam'. Apakah maksud 'demokrasi Islam' sebenarnya. Adakah Anwar menyokong PAS melalui perjuangan 'demokrasi Islam' atau Anwar menentang PAS dengan yang dianggap tidak demokrasi ?

Ketika dalam ceramah di pentas PAS, Anwar menggambarkan 'demokrasi Islam' berkaitan dengan 'kebebasan pilihanraya', 'kebebasan media' dan 'kebebasan menyuarakan pendapat'. Penyokong bertakbir Allahuakbar.

Ketika di Amerika, dalam program NED, Anwar menerangkan maksud 'demokrasi Islam'. Maksudnya 'demokrasi' bukan dinilai setakat menyertai pilihanraya dan kebebasan media, kerana jika demokrasi dinilai berdasarkan pilihanraya, bukan sekutu Amerika yang menang, sebaliknya dimenangi oleh golongan Islamik yang anti- Amerika. Anwar beri contoh, kes ini pernah berlaku di Palestin, ketika demokrasi diberikan, kumpulan sekutu Amerika (Fatah) telah tewas dimenangi oleh kumpulan anti Amerika iaitu Hamas. Begitu juga di Algeria, kumpulan anti-Amerika telah menguasai pilihanraya melalui FIS.

Bermakna, kebebasan pilihanraya bukan pengukur 'demokrasi Islam'. Bahkan pilihanraya merupakan perkara biasa yang merupakan syarat paling basic dalam demokrasi. Parti Baat, di Iraq di bawah Sadam Hussein pun terdapat pilihanraya dan kebebasan bersuara, tetapi Parti Baat dan Sadam Husein tidak menepati ciri-ciri 'demokrasi Islam' kata Anwar.

Persoalannya apakah ciri-ciri 'demokrasi Islam' mengikut Anwar ?



Untuk menjawab persoalan ini, saya teringat satu komen dari Khalid Jaafar, mewakili badan pemikir Anwar - IKD) kepada Ustaz Nasrudin Tantawi, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS yang diposting di blog ustaz Nasrudin Tantawi.

Khalid Jaafar yang lebih memahami pemikiran Anwar berusaha untuk 'mentarbiyah' Naib Ketua Dewan Pemuda PAS supaya lebih memahami pemikiran Anwar. Lihat komen Khalid klik di sini


KhalidJaafar said...

Aliran pemikiran Anwar Ibrahim adalah;

1. Anwar Ibrahim percaya bahawa Program Pendemokrasian adalah merupakan jalan terbaik bagi melahirkan Kebebasan yang sebaik-baiknya di Dunia Islam.

2. Program Pembaharuan Islam yang dipelupur oleh Anwar Ibrahim ini diyakini oleh beliau sebagai satu kesinambungan kepada gerakan-gerakan pembaharuan yang telah lama berlaku di Dunia Islam sejak dari Abad ke 19 lagi.

3. Anwar Ibrahim meminta sokongan Barat; Amerika dan sekutu-sekutunya, agar 'memberi bantuan' kepada Pertumbuhan Demokrasi dan keterbukaan agar ianya berkembang-biak dengan sebaik-baiknya di Dunia Islam.

4. Anwar Ibrahim mengiktiraf dan mengagumi pembangun-pembangun serta pendiri-pendiri idea-idea Demokrasi Islam, Reformasi Islam, Feminis dan Kebebasan iaitu Abdul Rahman Al-Kawakibi [reformis yang meruntuh sistem khalifah uthmaniyah di Turki], Riffat At-Tahtawi [tokoh awal Islam Liberal], Taha Hussein [tokoh rujukan Islam Liberal] serta Radin Ayu Kartini [tokoh awal Islam Liberal yang memperjuangkan hak wanita seperti Sister In Islam di Malaysia].

5. Anwar Ibrahim berpendirian bahawa Khilafah Islamiyyah Othmaniyyah adalah merupakan sebuah Regim Despotik yang bermaharaja lela kezalimannya serta penindas.

6. Anwar Ibrahim percaya bahawa orang-orang Islam dan Amerika adalah rakan sekutu secara tabii dan persekutuan ini wajib diteruskan bagi menjadikan Dunia Islam kembali selamat untuk demokrasi.

7. Anwar Ibrahim menanggap bahawa mereka-mereka dari kalangan Ummat Islam yang memiliki pendirian seperti Sheikh Usamah Bin-Ladin hafidzahuLlah dan sahabat-sahabat beliau sebagai insan yang menjadi pengganas disebabkan ketiadaan kebebasan yang diberikan kepada mereka.

8. Anwar Ibrahim menuduh Sheikh Usamah Bin-Ladin hafidzahuLlah dan sahabat-sahabat beliau sebagai pembiaya keganasan dan pembunuhan serta pembawa kemusnahan.

9. Anwar Ibrahim amat kagum dengan gagasan-gagasan ‘ilmiah, sains, falsafah dan sastera dengan mengambil Ibn Sina sebagai contoh ahli falsafah yang dikira oleh beliau sebagai antara produk terbaik yang patut diteladani oleh Ummat Islam.



Berdasarkan sembilan ciri pemikran Anwar ini adakah sama dengan pemikiran yang dianuti oleh PAS ? Sudah tentu tidak sama.

Jadi kalau tidak sama, apakah aliran 'demokrasi Islam' yang cuba dibawa oleh Anwar sebenarnya ?


Tiada ulasan: