MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Apr 2009

PAS setuju Elizabeth 'bersekedudukan' dengan pemuda Islam ?

Entah kenapa Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub yang berjanji nak hubungi balik Agendadaily petang Khamis ketika diminta mengulas mengenai keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan Elizabeth Wong ‘masuk kerja’ balik... terus mendiam diri.

Soalan Agendadaily kepadanya ialah apakah pendirian PAS mengenai hal ini.

Pendirian PAS sebagai rakan pakatan pembangkang dikira penting memandangkan isu Elizabeth bukan saja melibatkan soal gambar bogelnya yang tersebar tetapi andaian tentang beliau bersekedudukan dengan seorang lelaki Islam,Hilmi Malek yang masih menghilangkan diri di luar negara sampai saat ini.

Isu di sini ialah isu moral walaupun Elizabeth bukan beragama Islam tetapi lelaki yang dipercayai terlibat dalam skandal itu ialah seorang yang beragama Islam.

Ini kerana gambar separuh bogel Elizazbeth tidak mungkin dapat diambil kalau lelaki itu tidak berada dalam rumah ADUN itu di Bukit Gasing dekat Petaling Jaya.

Soalnya bagaimana lelaki itu boleh berada dalam rumah Elizabeth ketika beliau sedang tidor apa lagi dalam keadaan ‘ terdedah’ begitu.

Andaian yang dapat dibuat ialah lelaki itu ‘sudah biasa’ berada dalam rumah wanita bujang itu.

Sebagai parti yang berlandaskan Islam apakah PAS dapat berkompromi dengan hal ini selagi isu dakwaan bersekedudukan itu tidak beres.

Pada pertengahan bulan Februari lalu Ahli Parlimen Titiwangsa yang juga ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo' Lo' Ghazali yang diminta mengulas isu berkenaan oleh Agendadaily berkata sekiranya benar bekas teman lelaki Elizabeth itu seorang pemuda Melayu beragama Islam dan dibuktikan bersekedudukan, lelaki itu bukan sahaja mesti dihadapkan di makhkamah sivil, tetapi juga di mahkamah syariah.

"Kita tidak boleh menerima hubungan tanpa ikatan sah," katanya.


Sementara itu dari perkembangan terbaru ekoran Elizabeth masuk kerja balik Khamis bukan sahaja PAS Selangor dikatakan tidak setuju keputusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengekalkannya sebagai Exco tetapi pemimpin PKR juga mempersoalnya.


Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin membidas Khalid dan kerajaan negeri Selangor apabila memutuskan isu ini dengan menyalahkan polis.

“Kita semua tahu dan sedar bahawa siasatan polis dilengahkan kerana tiada kerjasama orang yang disyaki yang memilih untuk tidak bekerjasama sehingga ke hari ini,” ujar beliau dalam satu kenyataan Khamis.


Zulkifli berkata, beliau mengambil pendirian tidak bersetuju dengan keputusan itu selain memufaraqah dan memisahkan dirinya daripada keputusan tersebut.

“Saya mengambil pendirian ini kerana saya menghormati keputusan Eli (Elizabeth ) yang telah pun membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai Ahli Exco dan ADUN Bukit Lanjan.Surat perletakkan kedua-dua jawatan tersebut telahpun beliau kemukakan,”.


“Eli telah memilih untuk meletak jawatan dan telah pun meletakkan jawatan. Itu adalah hak peribadi beliau,” katanya.


Beliau cukup yakin ADUN Bukit Lanjan itu telah menimbang keadaan sekeliling dan pebagai faktor lain sebelum membuat keputusan tersebut.


Katanya, keputusan Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Selangor memaksa wakil rakyat itu terus mengekalkan kedudukan sebagai Exco dan ADUN memberi gambaran seolah-olah pihak berkenaan tidak menghormati keputusan Elizabeth untuk meletak jawatan.


Menurut Zulkifli, apa lagi bukti kukuh yang dikehendaki Khalid dan Exco Kerajaan Negeri Selangor apabila Elizabeth sendiri membuat keputusan meletakkan kedua-dua jawatan.


Beliau mahu Menteri Besar mengkaji semula keputusan itu dan menghormati keputusan Elizabeth yang telah memilih untuk meletakkan jawatan sebagai Exco dan ADUN Bukit Lanjan.

Dalam pada itu dengar ceritanya, PAS Selangor tidak begitu menyenangi keputusan kerajaan negeri menerima balik Elizabeth.

Malah ketika mesyuarat Exco yang membuat keputusan menawarkan semula jawatan Exco kepada Elizabeth, pada Rabu, Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga ahli Exco, Datuk Dr Hassan Ali dikatakan membantah dan mempertikai tawaran tersebut.

Menurut sumber, Dr. Hassan khuatir isu gambar separuh bogel Ketua Penerangan Wanita PKR itu panas semula jika hasil siasatan polis mendapati ada kes tertentu dalam penyebaran gambar-gambar tersebut.

Selain itu, PAS juga khuatir kemungkinan ada pihak akan menyebarkan semula gambar-gambar tersebut atau video lain yang mungkin lebih mengemparkan.

Bagaimanapun, Dr. Hassan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, terpaksa akur dengan suara exco-exco lain dari PKR dan DAP yang menyokong cadangan menawarkan semula jawatan exco kepada Elizabeth.

Sumber itu berkata, adalah tidak benar PAS bersetuju dengan keputusan tersebut kerana Dr Hassan sebelum ini berkali-kali menegaskan parti itu konsisten dalam mementingkan soal moral, imej, keutuhan serta integriti.

Elizabeth kembali bertugas pagi Rabu selepas dua bulan bercuti sejak kes penyebaran gambar separuh bogelnya.

Walaupun sudah bertegas mahu melepaskan jawatan Adun dan Exco tetapi Khalid membenarkannya bercuti sementara menunggu kes itu disiasat polis.

Sehingga kini kes itu masih belum selesai malah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata bekas teman lelaki Elizabeth, Helmi Malek, yang dikaitkan dengan penyebaran gambar tersebut belum dapat dikesan.

Waran tangkap sudah dikeluarkan oleh mahkamah pada 25 Mac lalu terhadap Helmi yang menghilangkan diri sejak 9 Februari lalu apabila dikaitkan dengan penyebaran gambar ADUN itu di internet.

Ekoran penyebaran gambar itu, Elizabeth membuat laporan polis pada 15 Februari dan menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai ADUN dan anggota Exco Selangor.

Bagaimanapun, Rabu Khalid memutuskan untuk menawarkan semula kedua-dua jawatan tersebut kepada wakil rakyat PKR itu.-16/4/2009


sumber - agendadaily


Tiada ulasan: