Oleh emang-psychotickiller, AIDCclub
1.Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain mengibaratkan Anwar sebagai ‘pemangsa’ yang akan terus menangkap mangsanya walau dengan apa cara sekalipun.Beliau berkata, walaupun cara yang dilakukan melampaui moral, Anwar tidak akan berhenti begitu sahaja malah Ketua Pembangkang itu menunjukkan beliau tidak mempunyai perasaan malu setelah rancangannya gagal.
“Betul atau tidak betul caranya, berjaya atau gagal, itu soal lain. Yang penting matlamat menghalalkan cara,” katanya.“Dia akan terus ketagih untuk berkuasa. Secara logiknya, dia kena tunggu sampai pilihan raya umum akan datang kalau
nak berkuasa... bukan dengan cara macam ini,’’ katanya.
2.Dr. Ahmad Nidzammuddin memberitahu,sikap Anwar selepas rancangan 16 September gagal menjadi kenyataan “membuatkan isu pembentukan kerajaan pakatan pembangkang menjadi bahan ketawa.”
3. Pensyarah Kanan Jabatan Politik Universiti Sains Malaysia, Dr. Sivamurugan Pandian berkata, "sejak dulu lagi Anwar merupakan seorang yang terburu-buru untuk mencapai matlamatnya. Beliau suka memperlecehkan lawan yang tidak pernah dianggap sehebat dirinya." “Dia akan lakukan apa saja, dalam apa cara sekalipun, untuk mencapai kepentingan dan matlamat peribadi."
3.Menurut Dr. Mohd. Mustapha Dekan Fakulti Kajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata "hanya orang bodoh akan melayan kerenah kegilaan politik dan kerakusan kuasa pemimpin seperti Anwar".
4.Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Ahmad Tajudin Abdul Rahman : “Dia penipu besar. Tawaran apa yang diberikan kepada 31 Ahli Parlimen BN sampai mereka nak membelot kepada pakatan pembangkang? Mana mungkin semuanya boleh menjadi menteri bila sertai Anwar nanti,”
sumber - emang-psychotickiller.blogspot.com
2 ulasan:
pandangan rakan-rakannya di mckk. dia berminat ke arah itu ( exos)
dia sanggup menikan kawan untuk cita-cita politik.
team wawasan di khianati.
Tun yang mengambilnya dari zero akhirnya dia ingin mematikan Tun sebagai PM dalam krisis ekonomi 1997/8
Anwar Ibrahim merupakan manusia yang hanya mementingkan dirinya sendiri. Dia tidak pernah memikirkan kepentingan rakyat seperti mana yang didakwanya. Tujuan utamanya adalah ingin menjadi perdana menteri setelah dikecewakan oleh Tun Dr. Mahathir yang telah mengutipnya dari kaki lima jalanan dan di masukkan ke dalam UMNO dan dinaikkan dengan begitu cepat sekali hingga sampai ke puncak. Sikapnya sekarang tidak ubah seperti seorang ibu yang gila meroyan kematian anak yang dilahirkan. Begitulah ibaratnya Anwar Ibrahim sekarang ini setelah kehilangan peluang yang telah banyak diberikan untuknya mengapai cita-cita untuk menjadi perdana menteri.
Anwar Ibrahim seorang yang tidak langsung mengenang budi. Tindakannya untuk menjatuhkan tun dr. mahathir semata2 untuk mempercepatkannya dapat menjadi perdana menteri bolehlah diumpamakan seperti dia memanjat tangga untuk sampai ke langit... sesudah sampai maka semua tangga yang membawanya ke puncak langit habis ditendangnya kerana tidak diperlukan lagi lantaran merasakan juga dia tidak perlu untuk turun ke bawah sampai bila2 menggunakan tangga berkenaan. Inilah manusia yg bakal menggantikan firaun sebenar setelah berkuasa kelak.
Syukur alhamdulillah... Allah maha berkuasa... dan melindungi Malaysia dari pengkhianat bangsa.
Catat Ulasan