MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

25 Apr 2009

Bila Tingkat 1 beri maklumat salah kepada Nik Aziz..

Adakah keberanian Ustaz Nik Abduh (anak Nik Aziz) mampu menyelamatkan PAS dari terlena dengan mainan pendokong liberalis di dalam Parti?

Oleh Tomyampoktek, AIDCclub

Siapa sangka yang menghuru hara politik PAS sekarang ini adalah para wazir tingkat 1 Kompleks Pejabat Menteri Besar di Kota Darul Naim, iaitu pusat Pemerintahan Negeri Serambi Mekah, Kelantan Darul Naim.


Suara tingkat 1 nampaknya begitu berani mengadu-dumba Tok guru Nik Aziz dan Tok guru Hadi Awang, hingga dilihat PAS mempunyai dua nakhoda dan satu kapal.

Soalnya tentu ada tangan yang mempengaruhi suara tingkat 1 ini, semua maklum suara tingkat 1 ini kemungkinan besar adalah adalah setiausaha sulit, setiausaha politik, pegawai akhbar dan pegawai khas serta kumpulannya, kelompok inilah yang selalu mendampingi Menteri besar.

Menurut Nik Abduh dalam blognya golongan inilah yang telah memberikan maklumat yang tidak tepat kepada Ayahndanya Menteri Besar Kelantan sehingga wujud perbezaan pendapat mengenai unity goverment dikalangan kedua tokoh PAS tersebut.

Wujud tanda tanya siapa yang mengarahkan suara tingkat 1 ini, adakah ada Tok Dalang disebalik perkara tersebut?

Mengikut logik tidak mungkin pegawai2 ini berani bertindak demikian jika tidak ada Tok Dalang yang memainkan peranan. Adakah mungkin ia melibatkan si baju kotak merah?


Semua tau si baju kotak merah itu merupakan antara orang yang paling lantang menolak muqabalah dengan UMNO dahulu hingga sanggup mengimaginasi PAS akan berpecah dua jika PAS bersama UMNO mewujudkan kerajaan campuran. Jika begitu bolehkah kita katakan suara tingkat 1 itu adalah suara si baju kotak merah ini yang sentiasa berkiblatkan Anwar ibrahim sebagai Tok gurunya.


Yang menarik Nik Abduh memberitahu:


"Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar PAS nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat."

Umum tahu saat ini kelompok ulamak didalam PAS seolah dikriktik dan dihentam hebat oleh golongan Profesional pimpinan si baju kotak Merah dan menjadikan kelompok ulamak sebagai kambing hitam untuk mendapat kedudukan.

Dalam keadaan ini kumpulan ini sanggup mengunakan kedudukan Menteri Besar Kelantan untuk meraih kepetingan peribadi dan melaga-lagakan dengan Presiden PAS pimpinan Hadi Awang.

Satu persoalan menarik juga menarik untuk di baca apabila Nik Abduh mengatakan:

"Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut."

Apakah maksud Nik Abduh tersebut, adakah ini bererti beliau ingin menjelaskan Pakatan politik sedia ada tidak pun meletakkan Islam sebagai tunjang atau dasar pemerintahan. Ini sekaligus menafikan cakap-cakap orang-orang PAS yang mendakwa pakatan rakyat lebih Islamik berbanding pihak lain.


Jika begitu maknanya orang awam sudah tertipu dengan adu dumba si kelompok Si baju kotak Merah yang selalu mengatakan bahawa mereka ingin mendaulatkan islam tetapi sebenarnya mereka lebih liberalis sama dengan parti yang dinaungi oleh mentornya Anwar Ibrahim.

sumber - tomyampoktek

2 ulasan:

Suara minda berkata...

ini adalah fitnah semata-mata, nik abduh tidak paham masih mentah politik sebenarnya...mungkin tingkat satu itu hanya imaginasi penulis sahaja... kerana ia tidak wujud dalam ertikata sebenar

anaklangkawi berkata...

saudara lempeng..
sila lawat blog Nik Abduh..
jgn pertikai keikhlasana beliau utk menegur.. adakah PAS tidak lagi boleh ditegur & maksum disisi allah?
Imiginasi..hahah.. lawatlah blog beliau & komenlah..