Oleh : Gelagat Anwar
Satu kegagalan dan kelemahan ketara Anwar adalah menjaga ‘halaman PKR’ dengan sebaiknya. Dengan sebuah gandingan kerjasama politik asal boleh dan longgar di dalam Pakatan Rakyat, kekacauan politik di dalam PKR adalah sesuatu yang amat merosakkan imej bersih dan ‘reformer unggul’ yang ada pada Anwar. Imejnya rosak, kerana GAGAL menjaga dan memelihara PKR dengan sebaiknya. Maaf, mungkin bukan salah Anwar - tetapi ‘jiwa PKR’ itu sendiri sudah bernanah dan busuk.
Ini bukan kata kita sahaja. Ramai yang dah meninggalkan PKR kerana ‘hilang percaya’ dengan niat dan hasrat PKR sekarang. Anwar sudah lepas dan berada di dalam arus perdana politik. Perjuangan PKR sekarang untuk apa? Mengaut untung atau benar-benar memperjuangkan rakyat? Kalau ikut kes Fairus dan Zahrain, nampaknya sudah tersasar jauh.
Anwar sekarang ada dua masalah baru yang bukan kecil. Masalah baru Anwar - adalah Aminah Abdullah (bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang) dan Waythamoorthy (HINDRAF). Dua ini. Jangan lupa nama ini, Aminah dan Waythamoorthy.
Aminah, dalah suatu kenyataan yang ditulis di dalam The Star, memaklumkan bahawa dia tidak akan membenarkan PKR menang ‘free’ di Penanti. Sanggup bertanding di atas tiket bebas, Aminah dikatakan mempunyai banyak cerita ‘dalaman’ PKR yang boleh dilambak kepada pengundi di Penanti. Aminah sudah tidak nampak keikhlasan di dalam perjuangan Anwar dan PKR. Ini cakap bekas orang kanan. Ezam mungkin ada kepentingan, tapi Aminah?
Aminah adalah sebahagian daripada banyak cerita ketidakpuasan hati di kalangan warga PKR sendiri. Orang PKR sudah mula sangsi dengan halatuju politik sebenar Anwar. Mereka sendiri khuatir. Mereka sendiri sangsi. Mereka sendiri musykil.
Aminah adalah ‘arus kecil’ di dalam PKR yang tidak mahu terus ‘diperkudakan’ oleh kepentingan politik Anwar Ibrahim. Selepas pembebasan Anwar, tegas Aminah - ‘PKR sudah sesat jalan dan hanya tahu mencari kepentingan diri’. Aduhai, rosak PKR ini sebenarnya!
Masalah kedua kepada Anwar adalah - Waythamoorthy (adik kepada P Uthayakumar). Sekarang ini berada di luar negara. Dalam temuramah dalam The Malaysian Insider, dia memperkatakan bagaimana HINDRAF sebenarnya tidak berpuas hati dengan kaedah Pakatan Rakyat menyelesaikan masalah kaum India. Dengan kuasa yang ada di dalam tangan, HINDRAF mengharapkan PR dapat menjanjikan sesuatu yang lebih baik kepada masyarakat India. Hakikatnya, tidak berlaku.
HINDRAF sudah mula mengesan bahawa mereka juga ‘diperkudakan’ oleh Anwar sebelum pilihanraya lalu. Anwar tidak ikhlas, kata HINDRAF. Anwar tidak bersungguh memperjuangkan kepentingan kaum India. Walaupun mungkin, Anwar ‘visible’ dalam kes Kugan - tapi mereka mahukan ‘tindakan’, bukan janji kosong.
Ketidakpercayaan atau hilang percaya, HINDRAF, Aminah dan ramai lagi ahli PKR di akar umbi terhadap Anwar adalah real dan sangat perlu diambil perhatian. Fokus Anwar sudah tersasar jauh. Prestasi kerajaan PR merosot. Prestasi pimpinan PR (khususnya PKR) merudum teruk. Bagaimana mahu pulihkan?
Hakikatnya, Anwar sudah makin banyak masalah. PKR ini ada masalah ‘managing success’ - terutamanya bila dikelilingi kaki ‘korup’ dan makan suap. Masalah besar kepada Anwar.
p/s: PKR ini kena ‘ber-istinjak’ nampaknya….bersihkan dari najis korupsi dan penting diri.
sumber - gelagat anwar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan