Jimadie Shah Othman | Apr 5, 09 7:43pm
Satu laporan polis dibuat terhadap setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming kerana didakwa mempersendakan Islam dalam ceramah politiknya dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.
Laporan tersebut dibuat oleh presiden Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar, di ibupejabat polis Taiping pada jam 5.45 petang ini.
Nga juga merupakan Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remas.
Dia juga mendakwa Nga meuat ucapan dalam satu ceramah di Changkat Jering dua hari lepas dan turut disiarkan dalam blog anwaribrahimdotcom.blogspot.com.
Dalam laporannya itu, Osman mendakwa Nga mempersendakan Islam dengan menyebut ayat al-Quran daripada Surah Al-A' raf untuk tujuan kempen dan menyebutkan secara tidak betul.
Beliau mendakwa Nga - yang juga ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis - menyebut Surah Al-A'raf sebagai Al-Aurah dalam satu ceramah dua hari lalu.
Disiar dalam blog
Menurutnya, ceramah tersebut juga turut disiarkan dalam blog anwaribrahimdotcom.blogspot.com.
Oleh itu, Osman berkata, beliau merasa terpanggil untuk membuat laporan polis selaku presiden badan tersebut.
Beliau hadir bersama kira-kira 15 penyokongnya yang sebahagiannya memakai baju BN dan baju yang dengan lambang Umno.
Sementara itu, Setiausaha kehormat badan tersebut, Hassan Hamzah meminta Nga memohon maaf kepada seluruh umat Islam berhubung perkara itu.
Beliau berkata, pihaknya sedia memaafkan Nga jika beliau berbuat demikian. "kerana Islam merupakan agama yang menggalakkan perpaduan".
Hassan juga turut menggesa badan agama Islam - antaranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan - supaya memberi penjelasan mengenai fatwa penggunaan ayat al-Quran oleh bukan Islam.
sumber - Malaysiakini
6 ulasan:
Cina ni kena ajar sket,jangan dok sesuka hati nak persendakan Islam.Yang tak tahannya, orang Melayu Islam bersongkok dok dengar ceramah si apek ni boleh bangga sambil tepuk tangan.Mendidih aku tengok.Boleh depa gelak-gelak.Bangga sangatlah rakan sekutu boleh baca Quran walaupun berterabur.Rasa nak lempang jer lelaki Melayu Islam tu!!
Pelik aku tengok korang ni..
nama je islam...
biar le cina tu nak baca ayat2 Allah..
Ayat2 allah itu bukannya untuk org islam jer tapi untuk seluruh umat manusia..
kalau dia salah sebut memang patut pun dan kita selaku org islam tak perlulah nak marah kat dia sebab dia baru nak belajar tentang ayat2 Allah..sebaiknya kita tolong perbetulkan..
Kalau korang maki hamun dia..
Macam mana pulak dengan anak2 kecik korang yang baru mula nak belajar mangaji al-quran dan sebutannya pelat malah kadang tak betul langsung.. adakah korang akan maki hamun juga anak2 korang yg baru nak belajar al-quran tu..
Rasionallah sikit.. jgn macam org tak berakal bila membuat sebarang tindakan..
cuba renung sejenak knp dulu kerajaan syaratkan kursus perkahwinan.. sebabnya adalah kerana satu peristiwa yg berlaku kat negeri johor dulu.. bila ramai remaja melayu yg nak berkahwin tak tahu nak baca al-fatihah dan surah2 lazim dalam sembahyang.. buat malu umat islam jerr nama je islam tapi ayat2 allah pun tak tahu..
Sagi satu bukanya dia menyelewengkan ayat2 al-quran yg dia baca sebab terjemahan dalam bahasa melayunya betul..
yang korang takut sgt cina tu belajar ayat2 al-quran tu kenapa sepatutnya korang takut bila ramai remaja melayu islam yg tak ada minat dgn al-quran dan memahami al-quran..
btl 2 sokong cik kiah
Saudara Milik Bumiputera Islam sepenuhnya>>>
Tidak dinafikan ada betulnya apa yang diperkatakan oleh saudara.Tetapi saudara, masalahnya kalau Cina apek tu baca Quran untuk mendalami ajaran Islam...alhamdulillah.Ini hafal ayat Quran semata-mata untuk dijadikan bahan kempen politik. Elok ke tak elok tu saudara?
Bukankah sesuatu tindakan kita bermula dengan niat? kalau niat kita baik maka jadinya baiklah,tapi kalau sebaliknya...
Dalam kes Cina apek ni, kita tak tahu niatnya.Hati manusia siapa yang tahu.Ini salah satu cara orang kafir nak merosakkan & memecahbelahkan umat Islam.Contohnya lihatlah sekarang,kita berdebat pasal Cina apek, dia pula bertepuk sorak gembira kerana berjaya memecahbelahkan orang Islam.Apa yang saudara dapat jika saudara benar2 katakan diri saudara Islam sepenuhnya?
satu lagu kemusykilan...
ade ke surah aura dlm al-quran?
nmpak sgt die dah hina al-quran!
Betul tu Cik Kiah, ajak sikit ah Pek ni. Ss pun cina, tapi yang sorang ni tak hormat orang.
Catat Ulasan