Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang mengingatkan Penasihat Umum Parti KeAdilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mula memikirkan status pengaruhnya di kalangan rakyat di kawasan Batang Ai mulai sekarang.
Menurut beliau, pemimpin De Facto parti pembangkang berkenaan sebelum ini tidak diterima oleh penghuni Rumah Panjang Pudai dan Lubok Subong ketika berkempen di Batang Ai pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.29 Batang Ai.
Malahan kata Jabu tidak sampai 10 orang penduduk berhimpun bersama-sama dengan beliau untuk menunaikan sembahyang di Masjid Lubok Antu sebelum ini yang secara tidak langsung menunjukkan bahawa pemimpin pembangkang terbabit tidak popular di kalangan penduduk dalam kawasan Batang Ai.
“Penduduk di kawasan Batang Ai berasa benci apabila mendengar nama beliau (Anwar),” kata beliau ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sijil Kelahiran bertempat di Rumah Johnson anak Tampa, Kaong Ili, Batang Ai di sini hari ini.
Beliau yang juga merupakan Menteri Pembangunan Luar Bandar mahu semua rakyat di kawasan DUN Batang Ai untuk menolak pihak pembangkang menjelang pilihan raya kecil kawasan itu kelak pada 7 April nanti.
Ini kerana pihak pembangkang menurut Jabu telah membuktikan bahawa mereka tidak sehaluan selama ini berdasarkan peristiwa pertelagahan parti berkenaan terhadap salah satu komponen parti Pakaran Rakyat iaitu Parti Tindakan Demokratik (DAP) di Perak sebelumnya.
“Pihak pembangkang tidak akan dapat meneraju hidup rakyat sekiranya mereka sering bertelingkah sesama sendiri selama ini. Lagipun kita juga tidak akan memilih parti yang sebelum ini pernah mengadakan mesyuarat di bawah pokok,”katanya.
Majlis Penyerahan Sijil Kelahiran bertempat di Rumah Johnson anak Tampa, Kaong Ili, Batang Ai di sini hari ini telah dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato Sri Syed Hamid Albar.
sumber - sarawakupdate
2 ulasan:
Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Negara Bersama 9 Ulama dari Seluruh Dunia
Tarikh: 15 Rabiulakhir 1430H/ 11 April 2009
Tempat: Masjid Negara, Kuala Lumpur
Majlis bermula: 4.30 petang – 9.30 malam
Antara jemputan khas:
•Prof. Dr. Rafi’ al-Ani (Mufti Negara Iraq)
•Al-Habib Umar Hamid al-Gailani (Ulama Makkah)
•Sayyid Abbas bin Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani (Ulama Makkah) - membacakan Qasidah Burdah
•Dr. Ahmad Omar Hashem (Mantan Rektor Universiti al-Azhar, Mesir)
•Shohibus Samahah Prof. Dr. Ali Juma’ah Mohamad Abdul Wahab (Mufti Besar Mesir)
•Al-Habib Hassan bin Muhammed bin Salim al-Athtas (Masjid Ba’alawi, Singapura)
•Maulana Afeefuddin al-Gailani (Syaikh Tariqah Qadiriah)
•Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady (ISTAC)
•Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki al-Rembawi
Aturcara Majlis
4.30pm -- Sholat ‘Ashar Berjemaah
4.45pm -- Persembahan Audio Visual Sirah Nabi صلى الله عليه وآله وسلم
5.15pm -- Pembukaan Pengaraca Majlis
5.30pm -- Ceramah 1 - Prof. Dr. Rafi' al-Ani (Mufti Iraq)
6.00pm -- Ceramah 2 – al-Habib Umar Hamid al-Gailani (Makkah)
6.30pm -- Qasidah Burdah - Sayyid Abbas bin Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani (Makkah)
6.50pm -- Syair - Dr. Ahmad Omar Hashem (Mantan Rektor Universiti Al-Azhar, Mesir)
7.05pm -- Ceramah 3 - Dr. Muhammad El-Muhammady (Pensyarah ISTAC)
7.25pm -- Azan dan Sholat Maghrib
7.45pm -- Ceramah 4 - Prof. Dr. Ali Juma’ah Mohamad Abdul Wahab (Mufti Mesir)
8.31pm -- Azan dan Sholat ‘Isyak
8.40pm -- Ceramah 5 - Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki (Pengasas Yayasan SOFA)
8.50pm -- Bacaan Maulud ad-Daiba'ie – al-Habib Hassan bin Mohammad bin Salim al-Atthas (Masjid Ba’alawi, Singapura)
9.20pm -- Doa Penutup - Syaikh Maulana Afeefuddin Abdul Qadir al-Gaylani (Pengerusi Amanah Al-Wariseen)
9.30pm -- Jamuan & bersurai
Semua dijemput hadir.
http://pondokhabib.wordpress.com
Suruh itu AnWar balik jaga tempat dialah. Kacau saja.
Catat Ulasan