MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

15 Apr 2009

Kenapa Anwar dengan keras menolak Khalifah Islam Uthamaniyah Turki ?




Oleh : Pochongmenulis, AIDCclub

Anwar sewaktu berucap di forum “Masa depan demokrasi Muslim" yang di anjurkan oleh "National Endowment For Democracy " (NED) pada 1 Disember 2005 seolah-olah menyokong pemikiran Abdul Rahman Al-Kawakiby dan turut mengatakan pemerintahan Sultan Abdul adalah diktator. Lihat sini

Siapa sebenarnya Abdul Rahman Al-Kawakibi yang diagung-agungkan Anwar sehingga begitu bangga beliau menyebut tokoh tersebut di depan puak yang ingin memecahbelahkan Islam?

Menurut Dr. Eaman Mohames Abbas dalam buku Sultan Abdul Hamid dan kejatuhan Khilafah Islamiyah, terbitan Pustaka Salam 2002, Abdul Rahman Al-Kawakibi ini merupakan pelopor kepada gerakan nasionalis dan patriotisme Arab sewaktu Sultan Abdul Hamid sedang memerintah sebahagian besar dunia umat islam di Timur Tengah.


Seruan yang bermula di Syam Syira ini seolah-olah menghasut penduduk Arab supaya meragui kepimpinan Sultan Abdul Hamid kerana bukan di kalangan bangsa Arab. Beliau juga menjaja idea bahawa setiap kaum atau bangsa yang menjadi warganegara di Daulah Uthmaniyah hendaklah memperolehi kemerdekaan kaum dan pentadbiran yang sesuai dengan adat istiadat dan keadaan semulajadi negara mereka.

Melalui idea ini beliau mula mengatur langkah melakukan reformasi yang selepas itu dianggap sebagai faktor pencetus kepada gerakan nasionalisme arab dan pembentukan Negara sekular sebagai ganti Negara Islam.

Abdul Rahman Al-Kawakibi juga amat cenderung kepada model umum sistem pemerintahan demokrasi di Eropah. Beliau berpendapat bahawa masalah membentuk kerajaan merupakan masalah asasi kepada manusia dan beliau menyeru agar Negara-negara di Timur agar menuruti jalan Demokrasi yang telah didahului oleh Barat.

Di dapati juga tokoh ini banyak menceduk pemikirannya dengan pemikiran seorang penulis Itali iaitu Alfieri Vittoria.

Melalui pemikiran Alfieri beliau telah menyesuaikan denagn citarasa dan kebudayaan Timur. Lanjutan bagi mengembangkan idea pemikirannya beliau pernah mengadakan Persidangan kebangkitan Islam pada tahun 1898, dengan menyeru dilakukan reformasi hal ehwal orang-orang Islam, selain menyeru kepada pembebasan kekuatan Ijtihad.

Al-Kawakiby juga sebenarnya tidak menyukai Sultan Abdul Hamid hingga belia mengangap Sultan tersebut seorang diktator dan beliau sering ingin melakukan revolusi ke arah menjatuhkan pemerintahan Sultan Abdul Hamid.

Beliau juga berpendapat bahawa Islamnya seseorang pemerintah tidak memberikan hak yang sah sebagai pemerintah, yang penting tertegaknya keadilan, walaupun ia dilakukan oleh seorang pemerintah bukan Islam.

Ketika Al-Kawakiby mengemukakan program politik versinya “ Kesatuan Islam” beliau dikatakan sebenarnya telah terkeluar daripada konsep asasi sistem politik Islam yang tidak mengiktiraf kewujudan dua kekuasaan kepada ketua kerajaan Islam iaitu kuasa agama dan kuasa politik (sivil). Jelas di sini bahawa Al-kawakiby telah terpengaruh dengan konsep yang dibawa oleh gereja barat .

Tokoh kelahiran Aleppo, Azerbaijan ini juga berkeyakinan bahawa Agama hendaklah dipisahkan daripada Negara.

Selain itu, beliau juga menolak dengan keras campurtangan ulama dalam hal ehwal politik, kecuali mempunyai kepentingan dengan kewajipan mereka.

Idea-idea Al-kawakiby ini kemudiannya telah diikuti oelh sekularis Arab, golongan Tawraniyyin, al-iittihad dan Kamalis (Mustafa Kamal Artatuk).

Apabila runtuhnya pemerintahan Utmaniyah konsep yang digagaskan oleh Al-Kawakiby telah mula dipraktikkan oleh Mustapa Kamal Atarturk.

Sebenarnya konsep memisahkan agama daripada negara semasa waktu itu dianggap ramai orang dan kelompok pemikir sebagai keberanian yang luar biasa yang dimiliki oleh al -Kawakibi.

Al-Kawakiby juga berpendapat bahawa agama adalah apa yang dianuti oleh seseorang secara peribadi, bukannya apa yang dianuti oleh semua orang. Selain itu beliau juga mengatakan agama hanya bersangkut paut dengan akhirat dan tidak mempunyai kaitan dengan dunia yang boleh disusun oleh manusia melalui ijtihad dan undang-undang keduniaan mereka sendiri.

Pemikiran ini sebenarnya bertentangan dengan tabiat agama Islam yang menangani bersama urusan-urusan dunia dan akhirat.

Abdul Rahman Al-Kawakiby juga pernah berkata ;

“marilah kita sendiri menguruskan kehidupan dunia kita dan membiarkan agama memerintah di akhirat sahaja”

Jika begini tokoh yang dikagumi oleh Anwar Ibrahim, apa sebenarnya yang boleh kita katakan pada Anwar sendiri. Adakah Anwar ingin menjadi tokoh pembaharuan agama juga?

Adakah benar Anwar ingin mendaulatkan Islam? Jika ini yang difikirkan oleh Anwar maknanya jangan terkejut satu hari nanti sejarah yang berlaku di bumi Turki suatu ketika dahulu akan datang Malaysia.

Tepuk Dada Tanya Akal


sumber - pochongmenulis

Artikel lain berkaitan :

. Tumbangnya Khalifah Uthamaniah, bangkit lah sekular, kebebasan dan pluralisme di Turki

. Anwar tiru gerakan Al-ittihad wa-Taraqi di Turki untuk jatuhkan Najib ?

. Parti Keadilan hamba Amerika ? - Faisal Tehrani

1 ulasan:

Unknown berkata...

Saya bersetuju dengan apa yang ditulis oleh saudara pochong.

Tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku di Malaysia jika pengaruh Anwar Ibrahim tidak 'dikekang'.

Inilah yang akan dilakukan oleh saudara Anwar Ibrahim terhadap Kerajaan Pemerintah sekarang.

Jika silap langkah & percaturan, Kerajaan Pemerintah yang sedia ada akan berkubur seperti Empayar Uthamaniyah & berakhirlah pemimpin dari kalangan Melayu Islam seperti contoh Sultan Abdul Hamid yang sanggup mempertahankan negara & agama Islam daripada 'dibeli' oleh Yahudi.