MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Apr 2009

Islam Liberal serang parti politik Malaysia - Faisal Tehrani



Oleh Faisal Tehrani

Saya ingin memetik beberapa perenggan dari sebuah artikel tulisan Profesor Madya Dr Haji Fadhlullah Jamil, pensyarah Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia berjudul Islam-Liberal: Perkembangannya di Malaysia. Artikel beliau ini yang diperolehi dari Persatuan Ulama Malaysia adalah agak panjang, dan blog bukanlah medan untuk menghamburkan makalah ilmiah sepanjang itu.

Justeru, saya muatkan beberapa perenggan sahaja yang mungkin elok untuk dinilai, dihayati, difahami dan direnungi oleh ahli majlis syura 'parti kapal'. Ini kerana, menurut hemat saya, nakhoda berumur untuk kapal agam dan canggih kadang-kadang dapat melanggar beting pasir atau terumbu ais. Ya, seperti tragedi malang yang menimpa Titanic. Inilah perenggan dari artikel tersebut:



"Selain dua organisasi tadi, terdapat juga aktiviti-aktiviti bercorak Islam Liberal yang digerakkan oleh Institut Kajian Dasar (IKD) sebuah badan NGO yang berpangkalan di Kuala Lumpur. IKD pada peringkat awalnya merupakan sebuah NGO yang rapat dengan Abim dan menumpukan perhatiannya ke arah latihan pendidikan dan persoalan politik serta kemajuan sosio-ekonomi. Ia sememangnya menjunjung tinggi proses reformasi masyarakat. Tetapi malangnya, sejak 1990an, ia telah bertukar menjadi institusi yang mendokong perjuangan Islam Liberal dan terputus daripada perjuangan Abim sejak ia dikuasai golongan liberal, termasuk yang pernah belajar di Asia Barat, yang kebetulannya rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sehingga kini, ia telah menganjurkan program-program reformasi dan mengedarkan buku-buku kecil yang kontroversi mengenai Islam dengan bantuan KAF.

Selain itu juga, terdapat beberapa individu tertentu yang terlibat dalam parti pemerintah UMNO, misalnya Datuk Nazri Abdul Aziz dan bekas ahli UMNO, Zaid Ibrahim, Datuk Azalina Othman juga mendokong pemikiran dan kegiatan Islam Liberal. Dalam PKR sendiri terdapat golongan Islam Liberal seperti Khalid Jaafar dan Yusmadi Yusuf (wakil rakyat Balik Pulau) yang kita ketahui telah menyebarkan buku kontroversi Al Islam wa Usul al Hukum, karangan Sheikh Ali Abdul Raziq yang diharamkan di Mesir.

(Langkau beberapa perenggan...)

Dalam program ini (nota saya: merujuk kepada seminar Musawah anjuran SIS pada 13-18 Februari lalu), SIS menjemput tokoh-tokoh kontroversial dunia seperti Amina Wadud, Siti Musdah Mulia dan sebagainya. Bukan sekadar itu, SIS juga telah mendampingi anak-anak perempuan pemimpin negara seperti Marina Mahathir, Nori Abdullah Badawi, dan anak bekas perdana Menteri Malaysia, Tun Hussein Onn.

(Dilangkau beberapa perenggan dan saya turunkan kesimpulan akhir ustaz Fadhlullah:)

Segala strategi perlu diatur untuk memperjelaskan kepada masyarakat tentang bahaya Islam Liberal kepada aqidah dan politik masa hadapan umat Muslim amnya. Segala penipuan dan penyelewengan para pendokong kumpulan ini perlulah didedah dan dihalang. Latihan kepada para pendakwah perlu diperkemas dan dilengkapkan agar mereka yang muda masih dapat menguasai bidang ilmu yang lebih luas meliputi bukan saja ilmu-ilmu agama, malah juga falsafah-falsafah dari Barat dan ideologi-ideologi moden yang mengancam pemikiran umat Muslim amnya."

Catatan akhir saya: Maklumat ini bukanlah baharu untuk mereka yang gemar meneliti. Kita tidak nafikan sesetengah budak di TKO akan melatah dan terpijat-pijat kerana tidak reti. Apabila kita mencadangkan beberapa formula dan strategi baharu yang diaplikasikan oleh mazhab lain dalam mengekang Islam Liberal mereka akan dilanda kejumudan yang luar biasa. Segelintir ahli PAS akan dilanda strok fanatisme dan taasub kepada nakhoda dan mereka akan segera memaksumkan ulama yang tidak boleh maksum. Perhatikan ingatan Ustaz Fadhlullah bahawa pendakwah sudah tidak boleh pemalas menurunkan sahaja ilmu tok nenek moyang mereka, sebaliknya mesti mengkaji dan rajin menelaah untuk menyedarkan umat.

Cengkaman pengaruh parasit Islam Liberal dalam parti PAS dan UMNO ini telah saya ulas dalam entri berjudul 'Siapa Musuh UMNO' (klik sini untuk membacanya), tapi biasalah kebanyakan orang masih dalam 'state of denial'. Musuh UMNO dan PAS adalah sama: Islam Liberal.

Kedua-dua barisan pimpinan parti mesti, mesti, mesti mengekang kebangkitan dan kemaraan kumpulan ini dalam lingkungan masing-masing supaya umat Islam khususnya bangsa Melayu-Islam dilindungi.

Untuk mereka yang bingung memikirkan apakah pendirian politik saya, terjawab: inilah antara puncanya saya menolak semua 'front' politik yang ada di negara kita; dan mahu berdiri bebas memerhati kemaraan musuh ini dari luar. Ya, kami berusaha berhempas pulas mengingatkan, kerana nakhoda ego boleh sahaja alpa dipengaruhi mengemudi; lalu membawa kapal menonong melanggar beting pasir setelah dipukau. Sekiranya tidak dikejutkan dengan ayat-ayat pendinding, tidak mustahil PAS akan beroleh 'seorang Gus Dur' tidak lama lagi. Oh tidak, Tuhan peliharai kami!

Rumusannya, kekanglah Islam Liberal sebelum ia menjangkiti kita semua.

Wallahu'alam.

sumber - faisal tehrani


Tiada ulasan: