MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

18 Apr 2009

Hadi sedia dicabar jawatan Presiden PAS

18/04/2009 11:09am

KOTA BAHARU, 18 April — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia menghadapi cabaran bagi pertandingan merebut jawatan nombor satu parti pada Muktamar PAS Jun ini berikutan desas-desus berlakunya pergolakan kuasa sehingga wujud dua pasukan di dalam parti itu.


Malahan beliau menyerahkan kepada ahli parti untuk memilih sama ada dirinya atau pemimpin yang lain sebagai presiden kelak.

“(Bagi) saya biasa saja, melihat sejauh mana kepercayaan ahli kepada saya.

Saya tak akan buang pakaian (jawatan) kerana ia adalah amanah yang diberikan pengikut kepada saya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah maghrib perdana di Masjid Kota, di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada bersedia menghadapi pertandingan jika dicabar dalam pemilihan parti pada Muktamar PAS yang dijangka diadakan di Shah Alam, Selangor Jun ini.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dalam kenyataannya sebelum ini berkata beliau menyerahkan kepada ahli untuk menentukan pemimpin yang akan dipilih dalam muktamar agung itu.

Nik Abdul Aziz juga menolak dakwaan wujud pergolakan kuasa peringkat kepimpinan sehingga terdapat dua pasukan dalam PAS iaitu Pasukan Tok Guru dan Pasukan Presiden.

Beliau berkata dakwaan yang mengatakan terdapat pasukan Tok Guru atau pasukan Presiden dalam PAS adalah tidak benar dan apa yang penting ialah mengukuhkan parti bagi menghadapi pemilihan Jun nanti dan mencari pemimpin yang benar-benar layak menerajui parti itu.

Abdul Hadi berkata beliau tetap bersama PAS sama ada dipilih atau tidak untuk menerajui kepimpinan parti.

“Terpulang kepada pengikut sama ada nak tukar ke pakaian atau baju (pemimpin) kita. Namun saya terus bersama PAS, yang penting ialah pemimpin Islam. Siapa jadi pemimpin saya tak kisah,” katanya.

sumber - utusan malaysia

Tiada ulasan: