Email abu muslim, kelana jaya
6 Muharam 1403 Hijrah, bersamaan 23 Oktober 1982, di Balai Seminar. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur telah menyaksikan gelombang besar didalam PAS apabila gelombang Iran telah menyaksikan PAS mengalami perubahan dasar dan halatuju perjuangan.
Gelombang yang dicetuskan saat sesudah berlakunya Revolusi di Iran telah menjalar ke segenap pemikiran Pemuda PAS dan akhirnya hingga mempengaruhi pendokong PAS untuk menolak kepimpinan Dato Ahmad Asri sebagai Yang Di Pertua PAS.
Akhirnya Dato Asri terpaksa menyerahkan kembali mandat dan kepercayaan muktamar ke- 27 yang melantiknya sebagai Pimpinan PAS.
Jawatan kosong yang ditinggalkan oleh Dato’ Asri membuatkan Timbalannya Haji Yusuf Rawa yang ketika itu merupakan Timbalan Yang Di pertua terpaksa memangku jawatan Yang di Pertua PAS, dan Ustaz Fadzil Noor yang pada masa itu merupakan Naib Presiden terkanan terpaksa memangku Timbalan Yang Di Pertua.
Pada Muktamar ke 28 kedua-dua pemimpin ini telah diangkat sebagai Pemimpin PAS tanpa ditandingi oleh mana-mana piahk lain. Ketika itu Pemuda PAS telah mengemukakan usul supaya mempelopori Konsep kepimpinan ulama di dalam PAS.
Dan ia akhirnya diluluskan oleh muktamar dan bermula saat itu Majlis Syura Ulama diperkenalkan dan dipimpin oleh Mursyidul AM dan jawatan ini lebih kanan dari jawatan Yang Dipertua. Pada masa tersebut Haji Yusuf Rawa telah dilantik sebagai Musyidul Am pertama.
Sejak itu bermulalah era kepimpinan ulama didalam PAS, sebenarnya idea ini banyak digerakkan oleh kepimpinan pemuda pada masa tersebut iaitu Mustapha Ali yang bertindak berani memohon diadakan muktamar berasingan untuk Pemuda di Bukit Mertajam dan ia dirasmikan oleh Ustaz Fadhil Noor dengan meluluskan resolusi mempelopori Kepimpinan ulama.
Selepas keuzuran Haji Yusuf Rawa kepimpinan PAS diambil alih oleh Ustaz Fadil Noor dan dipilih tanpa bertanding menjadi Presiden PAS pada Muktamar PAS ke 35 dan Haji Yusuf Rawa bertindak sebagai Mursyidul Am .
Melalui kepimpinan ulama PAS, Parti PAS telah berkembang dengan begitu pesat sehingga pada tahun 1999 PAS memenangi 27 kerusi Parlimen dan menjadi ketua pembangkang di Parlimen, malah dibawah kepimpinan ulama juga PaS mampu memerintah Kelantan dan akhirnya pada pilihanraya 2008 PAS mampu memenangi 23 kerusi didalam Parlimen.
Namun itu cerita dulu, pada hari ini kepimpinan ulama sudah dianggap tidak relevan lagi kerana pewakilan PAS sekarang lebih selesa dengan golongan profesional pimpinan Husam Musa (kem Erdorgan) yang mula masuk berbondong-bondong selepas peristiwa pemecatan Anwar.
Pada hari ini kumpulan ini begitu berani mengkritik kepimpinan ulama yang dianggap lesu dan tidak bermaya untuk mempimpin parti.
Malah Ir Izham bin Hashim yang memenangi jawatan Yang di Pertua PAS Kelana Jaya mengalahkan orang kuat Tok Guru Hadi Awang dengan mengatakan
“Jika ada ulama dunia dan ulama bisu di dalam UMNO tidak mustahil ada ulama gila jawatan atau ulama oportunis di dalam PAS”(http://anakbapa.blogspot.com)
Sampai begitu sekali tuduhan beliau terhadap ulama yang berada didalam PAS, kalau itu kata Izham, tidak mustahil juga yang sebaliknya telah berlaku didalam PAS sekarang
Kerana kalau didalam UMNO wujud orang yang gila kuasa, tidak mustahil didalam PAS juga wujud kelompok yang terlampau inginkan kuasa sehingga sanggup mengadaikan maruah dan prinsip parti.
Timbul persoalan kenapa kempulan-kumpulan Erdorgan ini begitu berusaha bersungguh sungguh cuba menjatuhkan imej kumpulan Ulama, tetapi pada masa yang sama menafikan diri cuba terlibat.
Dituduhnya ulama adalah pro Muqabalah UMNO dan ulama tidak relevan dalam konteks semasa, dan pelbagai cercaan lagi. Adakah mereka tidak sedar PAS wujud hingga ke hari ini adalah disebabkan kepimpinan ulama. Malah ada suara lagi dikalangan bloggers2 muda PAS mengatakan Hadi Awang sepatutnya berada di kelompok Syura sahaja dan tidak layak memimpin Parti kerana dianggap lembap.
Adakah ini ilmu sahsiah yang diperolehi oleh Husam Musa dari Tok Gurunya Anwar Ibrahim, sehingga saat ini Husam Musa mendiamkan diri seolah dia bukan orang yang merancangkan perkara ini.
Caturan permainan ini menyebabkan terfikir adakah Husam Musa sudah ingin kembali membawa PAS ke zaman Dato Asri dahulu, sekiranya begitu ini membawa maksud akan berakhirlah era kepimpinan Ulama PAS didalam jamah islam.
Sekiranya Haji Yusuf Rawa masih hidup tentu sukar digambarkan perasaan beliau melihat partinya bergolak sebegitu rupa, kerana hanya inginkan kuasa pemerintahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan