MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

14 Apr 2009

Fairus ugut ‘huru-hara’ keADILan ?

PERMATANG PAUH : Mohammad Fairus Khairuddin mengugut akan ‘menghuru-harakan’ keADILan sekiranya parti itu mencadangkan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng agar memecatnya daripada jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

“Saya akan membongkar dan mendedahkan kepada umum (kononnya) segala penyelewengan parti, jika saya dipecat,” Fairus dipetik berkata.

Perkara itu dimaklumkan ADUN Penanti berkenaan pada pertemuan tertutup dengan beberapa Ahli Jawatankuasa Wanita keADILan Permatang Pauh pada 4 Disember lalu.

Pertemuan di rumah wakil peribadi Presiden Keadilan Hajah Che Wa Harun, di Tanah Liat di sini, turut dihadiri Ketua Wanita Permatang Pauh, Khatijah Yahya.

Menurut sumber pertemuaan bermula kira-kira 8.00 malam dan berakhir 12.00 malam.

Difahamkan pertemuan itu diadakan sebagai strategi Fairus untuk meraih sokongan akar umbi sekiranya dia dipecat berikutan desakan pelbagai pihak yang mahukan dia meletak jawatan.

Selain mengungkit pengorbanannya kepada parti selama ini, Fairus turut melahirkan rasa kecewa dengan beberapa tindakan Anwar Ibrahim terhadapnya.

Fairus jelas sumber itu turut mengula-gula wanita bahagian dengan beberapa janji manis untuk membantu mereka.

Menurut sumber Fairus juga mendakwa Angkatan Muda Negeri (AMK) bersedia pertahankannya sekiranya parti itu mengambil tindakan ke atasnya.

Bagaimanapun seorang ahli jawatankuasa AMK yang dihubungi menafikan perkara itu.

“AMK negeri dalam proses akhir untuk menghantar memorandum kepada TKM 1 berupa amaran keras agar beliau meningkatkan prestasi kerjanya. Kami memberi tempoh kepada beliau sehingga 31 Disember depan,” jelasnya.

Tambah AJK berkenaan sekiranya Fairus tidak mengendahkan amaran keras itu, pihaknya akan menyusul dengan memorandum mendesaknya meletak jawatan.

Salah seorang bekas pegawainya ketika diminta komennya berkata, sekiranya Fairus bertindak demikian para bekas pegawainya akan bertindak balas.

"Kami dalam cadangan menubuhkan 'team bekas pegawai TKM 1' yang akan membantu pimpinan parti menjelaskan kepada rakyat kedudukan sebenar sekiranya Fairus ditukar," ujarnya.

Seorang penganalisis politik berpendapat pemecatan Fairus tidak akan menganggu gugat kestabilan dan kekuatan parti.

“Berbanding dengan kehebatan Ezam, apalah sangat pengaruh Fairus, cuba kita lihat apa yang terjadi kepada Ezam akhirnya.”

Ditanya kemungkinan Fairus akan menyertai Umno, dia berkata ‘lagi senang kerja kita untuk jelaskan kepada rakyat.”

sumber - alahaifairustkmpenang.blogspot.com


Tiada ulasan: