MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Apr 2009

Datuk Seri Harussani Zakaria (Mufti Perak) pula bidas Anwar..



Oleh : kkamdias

Memang betul tuhan Maha Mengetahui. Memang betul tuhan tidak lalai walau barang seketika. Tidak ada satu pun yang terlepas dari pengetahuanNya walaupun sebesar zarah. Setiap titik hujan yang jatuh atau tiap butir pasir yang berada walaupun berbatu-batu kedalamannya dari dasar Pasifik, semuanya berada di dalam pengetahuan dan urustadbirNya.

Jika berdasarkan konsep keyakinan kepada Allah ini diaplikasi, apa yang terjadi kepada kita, samada suka atau duka, kaya atau miskin, kalah atau menang, berkuasa atau hilang kuasa, dimulia atau dihina, rebah atau bangun bukanlah persoalan untuk disesalkan atau dijadikan bahan ungkit-mengungkit kenapa Allah seolah-olah bertindak tidak adil kepada kita.

Jika konsep yakin ini diamalkan, tidak akan berlaku gerakan melawan takdir yang TELAH terjadi hasil dari keputusan tuhan yang berasal-usulkan dari sebab musabab.
(Semoga dijauhi tuhan akan niat-niat serong atau dendam kesumat dari hati) bila jurublog mengaitkan cerita ini dengan Anwar.





Mungkin, inilah barangkali yang terjadi kepada Anwar Ibrahim. Allah sahaja yang lebih mengetahui dan sangat-sangat maklum kenapa dia tidak jadi Perdana Menteri sehingga saat ini dan kenapa akhirnya Najib juga yang menjadi pilihan tuhan.
Tokoh agama yang selama ini sedikit sebanyak turut dijadikan pakaian kalis peluru oleh Anwar Ibrahim sewaktu ditembak dengan pelbagai tuduhan terutama dalam isu mubahalah dan liwat, akhirnya turut membidas Anwar Ibrahim.

Mufti Perak, Dato Seri Harussani masih boleh menerima hakikat wujudnya sifat mendongak dan menuding jari tentang soal status dan hak-hak yang melibatkan sensitiviti melayu di kalangan parti-parti politik.

Tapi, apabila Anwar meliwati batas dan sempadan sensitiviti agama dan akidah demi meneruskan agenda politik yang tak kunjung berhasil, maka di sinilah terbinanya tembok pemisah toleransi Dato Mufti terhadap pendekatan politik Anwar Ibrahim.

Kenapa Anwar Ibrahim sanggup mempolitikkan nama Allah di hadapan penduduk pendalaman Batang Ai yang tidak tahu menahu tentang polimik penggunaan nama Allah? Kenapa dilontarkan isu ini kepada masyarakat umum di sebuah kawasan pendalaman yang rata-ratanya penganut agama Kristian?

Apa niat Anwar membawa isu ini? Adakah kedatangan beliau memberi ceramah ke sana atas kapasitinya sebagai pemimpin Islam atau pejuang kedaulatan agama kristian?
Apa tujuan beliau melontar hujah “di Malaysia, penggunaan nama Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain disebabkan oleh UMNO”. Bukankah ini percubaan untuk sengaja memalit-malit dan mengotorkan nama UMNO yang telah membuat keputusan tepat melarang penggunaan nama Allah pada yang bukan tempatnya?

Kenapa tergamak bertindak seolah-olah menjadi pejuang agama Kristian dengan menyebelahi mereka dalam soal penggunaan nama Allah? Apa benafaat atau kemajuan yang boleh diperolehi oleh agama Allah hasil dari ucapan beliau di depan penganut agama Kristian dalam soal nama Allah ini?

Apa sebenarnya yang cuba diperjuangkan oleh Anwar sehingga sanggup bertindak meliwati batas? Soal-soal yang berkaitan dengan akidah Islam pun cuba dimomokkan kepada penganut bukan Islam? Apa yang penganut kristian ini faham tentang akidah Islam?

Apa dah jadi dengan Anwar ni? Adakah tuhan sudah letakkan lapisan hijab-hijab menutup pintu hatinya dari cahaya kebenaran Islam hingga perkara yang terang terbentang salah pun sudah dianggapnya satu kebenaran?

Berhujah perkara-perkara berat dan komplikated tentang Islam kepada penganut Islam yang jahil pun tidak digalakkan, inikan pula berhujah tentang akidah Islam dihadapan penganut bukan Islam!

Toleransi agama jenis apa yang Anwar cuba bawa…?

Dah gilo isin agak eh dio ni. Kito pun ado yo selero nak jadi PM ni…tapi taklah meliwati batas sampai macam ni

sumber - kkamdias.blogspot.com

2 ulasan:

mohammad azren fooldog PH yg bahalol berkata...

Pernah tak kita terfikir, mengapa AnWar sehingga ke saat ini tidak pernah mengerjakan haji walaupun selalu terbang ke Amerika, ke negara Arab, Turki, Eropah dsb. Apakah AnWar ini tak cukup duit untuk mengerjakannya.

Ramai penyokongnya menyatakan AnWar adalah perjuang tulen Islam, tetapi sayangnya tak pernah menjejakkan kaki ke bumi Mekah.

Kalau saya tersalah kerana kekurangan maklumat atau kurang bijak, kepada sesiapa yang berada di luar sana boleh beri sikit maklumat tentang hal ini.

Tanpa Nama berkata...

SALAM AIDC

MANUSIA YG BERNAME 'ANU'WAR DH BTUL2 KESURUPAN SEJAK NAJIB JD PM YG SAH, SAMPAI DH TAK TAU NK MENILAI TAU MELETAKKAN KESUCIAN AGAMA SENDIRI. DIA NI AGAKNYE DITAKDIRKAN ALLAH BERNASIB WALANG SAMPAI KE MATI KOT!..HEIII NAUZUBILLAHMINZALIKKKKK...