MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

2 Apr 2009

Bukit Selambau : Anwar berusaha keras tenteramkan penyokong PKR



Menyedari calon yang dipilihnya untuk bertanding di Bukit Selambau kurang disenangi serta mendapat tentangan ahli-ahli parti, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menjadikan kempennya malam Rabu untuk memberi penjelasan serta mempertahankan pemilihan S.Manikumar.

Beliau bersungguh-sungguh meminta pengundi di Bukit Selambau memilih ahli perniagaan itu atas alasan beliau berpelajaran selain dikatakan bersih tanpa sebarang rekod jenayah.

Anwar mengakui memang Manikumar tidak ada pengalaman, baru 35 tahun tetapi yang penting bersih.

“Kita tahu, sebab kita sudah interbiu dia selama dua jam bagi memastikan dia bersih daripada rekod jenayah," katanya dalam ceramah pertama dan rasmi selepas penamaan calon pada 28 Mac lalu.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang itu sudah mengadakan ceramah pada 24 Mac lalu tetapi terpaksa dibatalkan kerana diadakan tanpa permit.

Dalam kejadian itu, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan meriam air menyuraikan perhimpunan haram itu.

Sejak diumumkan sebagai calon, sudah ada desas desus Manikumar ditolak penyokong-penyokong PKR dengan alasan ada calon leboh layak selain calon itu kurang dikenali.

Anwar dalam ceramahnya, menjelaskan, walaupun pemilihan Manikumar mendapat tentangan termasuk dari dalam PKR sendiri, namun Manikumar dikatakan paling layak mengtgantikan V.Arumugam yang melepaskan jawatan wakil rakyat pada 8 Februari lalu.

"Dia ni ada kebolehan, cerdik dan boleh diangkat sebagai pemimpin India yang akan menjadi Exco kerajaan negeri,” puji Anwar di depan kira-kira 2,000 penonton termasuk ahli-ahli PAS.

Ketika berceramah di Taman Kelisa, Anwar mencanangkan bahawa hanya PKR yang membela kaum India dengan merujuk kes A.Kugan suspek kes curi kereta mewah yang mati dalam tahanan polis serta usaha pembangkang menghapuskan ISA bagi membebaskan beberapa tahanan termasuk berketurunan India.

Malah katanya, beliau menenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Ogos tahun lalu kerana sokongan pengundi India dan Cina.

Ternyata Anwar kini terpaksa merayu undi dan meraih simpati daripada pengundi India di Bukit Selambau yang dilaporkan sudah kembali yakin kepada Barisan Nasional selepas wakil rakyat PKR dahulu gagal membantu mereka.

Keadaan ini semakin membarah apabila Ketua PKR Bahagian Jerai bersama-sama 500 ahli membuat keputusan keluar parti kerana tidak puashati dengan pencalonan Manikumar.

Apa yang jelas, ceramah Anwar kini tidak lagi tertumpu kepada serangan peribadi terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwanya terbabit dengan wanita Mongolia yang mati dibunuh, Altantuya Shaariibuu dan institusi Raja-Raja.

Ini barangkali susulan amaran polis supaya isu Altantuya dan keputusan Sultan Azlan Shah dalam isu politik Perak tidak disentuh semasa berkempen oleh mana-mana parti politik di tiga pilihan raya kecil iaitu di DUN Bukit Selambau, Parlimen Bukit Gantang dan DUN Batang Ai.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira dari parti politik yang didapati mengapi-apikan atau mengeluarkan kata-kata yang dianggap sebagai menghasut.

Walaupun isu Altantuya yang sering disebut-sebut Anwar di dua pilian raya kecil sebelum ini iaitu di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu tidak disentuh semalam, namun pemimpin PKR lain yang menyampaikan ceramah sebelum beliau berceramah Saifuddin Nasution dan N Gobalakhisnan serta ahli parlimen PAS, Wan Abdul Wahid Endut masing bercakap soal itu.

Apapun situasinya, kempen di Bukit Selambau masih suram malah poster serta bendera calon PKR belum cukup banyak untuk memeriahkan suasana kempen. Timbul persoalan sama ada jentera PKR sudah mula bosan dengan sikap pemimpin atasan mereka yang hanya memilih mereka yang rapat sahaja sebagai calon dengan mengenepikan cadangan ahli bawahan,

Jika ini diambil kira barangkali benar hasil tinjauan sejak dua hari lalu bahawa sikap pengundi India di Bukit Selambau sudah mula berubah dan jika mementum ini dikekallan, Barisan Nasional peru lebih gigih menaik pengundi Cina yang dilihat masih memihak pembangkang.- 1/4/2009

sumber - Agendadaily





1 ulasan:

Unknown berkata...

Wah, cerewet betul Anwar ni, pilih Manikumar sebab bersih dr rekod jenayah. Tapi Ketuanya bekas banduan dan mempunyai rekod jenayah. Dan skrg dihadapkan kes liwat. Sendiri fikirlahhhh..