Tuai rumah panjang Skarok, Kanselor Albert Kelinsing anak Manau menjemput para penyokong PKR datang ke kampungnya tetapi sesudah pilihanraya kecil Batang Ai nanti.
“Saya bersama dengan beberapa penduduk yang lain sedang sibuk memasang bendera Barisan Nasional (BN) apabila tujuh kenderaan yang dinaiki penyokong PKR tiba di persimpangan jalan masuk rumah panjang kami pada hari berkenaan,” katanya.
Kelinsing yang menyedari kehadiran tujuh buah kenderaan milik kumpulan penyokong PKR tersebut kemudiannya memberitahu mereka supaya datang semula minggu yang akan datang.
“Kalau berziarah dan bersembang-sembang, datang ke sini selepas pilihan raya nanti, kami masih sibuk berkempen untuk BN,” ujar beliau.
Menyedari bahawa kehadiran mereka tidak diterima di rumah panjang itu, penyokong PKR berkenaan bergegas mengundurkan kenderaan masing-masing keluar dari rumah panjang berkenaan tanpa banyak soal.
Nampaknya kehadiran PKR si rumah panjang masih belum diterima sepenuhnya dan tidak seperti digambarkan oleh para pembodek Anwar.
sumber - sarawak update
3 ulasan:
Betul....betul...betul....(ala-ala Upin dan Ipin)
datang sahaja minggu depan ye...
Tak payah datang terus pun tak apa. Mereka bukan suka PKR ni Parti Kencing Rakyat....
dtg tahun depan yer..
wukakakakka..
lawak gila kena halau...
Catat Ulasan