Oleh Gelagat Anwar
Anwar dikatakan mengambil keputusan untuk membuat rombakan besar kepada struktur perjalanan partinya. Nampaknya, Anwar sudah mula mahu mengasah kuku - memastikan bahawa kepimpinannya tidak cuba dicabar dan diganggu gugat oleh mana-mana pihak sekalipun di dalam PKR. Semua yang baru dilantik dan diberikan amanah baru adalah mereka yang akan ’sanggup melakukan apa sahaja’ untuk Anwar. Die-hard la kira-kiranya. Waima apapun yang Anwar lakukan, mereka akan mempertahan Anwar sepenuh hati.
Katakanlah apa sahaja tentang Anwar. Dia diktator di dalam PKR. Dia jerlus moral. Dia mengamalkan politik keluarga. Dia mengamalkan nepotisme. Dia mengamalkan kronisme. Dia mengamalkan sistem pengurusan parti yang centralized dan tidak terbuka - mereka yang sudah dihinggapi oleh Anwarisme ini akan tetap mengatakan Pak Sheikh sebagai muslih dan mujaddid terbilang.
Anwar sebenarnya bukan melakukan ‘rombakan’ besar-besaran; tetapi ‘rompakan’ besar-besaran kepada sistem parti yang demokratik dalam PKR. Anwar rompak ruang untuk wujudnya ‘check and balance’. Anwar rompak peluang untuk orang lain mendaki hierarki kepimpinan PKR. Anwar rompak ruang yang sekelumit pun untuk individu di luar ‘lingkungan Anwar’ untuk berada di dalam lembayung kepimpinannya.
Anwar mengamalkan gaya ‘patronage’ sama yang diamalkannya di dalam UMNO. Apa yang Anwar faraidkan kali ini - berbanding segala banyak juta ‘pink form’ dan saham ‘cepat kaya’ di dalam UMNO; kali ini Anwar menawarkan kedudukan dan janji manis. Kalau saya menjadi Perdana Menteri, ’saudara-saudarilah berada di bawah lembayung protection saya’. Protection daripada apa?
Anwar sudah merompak daripada seluruh warga PKR peluang untuk mempunyai parti yang demokratik dan terbuka. Anwar sudah menutup ruang kecil yang ada bagi itu berlaku. Anwar mesti kekal didewakan sebagai pimpinan agung dan unggul, pemimpin ‘maksum’ yang tidak mungkin melakukan waima sebesar zarahpun dosa. Anwar tidak meliwat. Anwar tidak melakukan apa-apapun yang bertentangan dengan akhlak seorang Muslim sejati.
Seorang pemimpin kanan PKR yang menelefon penulis malam tadi, menyifatkan tindakan Anwar sebagai ‘anti-tesis’ kepada usahanya mewujudnya sistem ber-Negara yang terbuka dan demokratik. Sususan yang Anwar lakukan adalah bersifat ‘purely political’ dan tidak langsung menampakkan hikmah kepartian yang unggul. Tegas pemimpin itu lagi - semenjak Najib naik sebagai pemimpin; Anwar jadi ‘paranoid’ dengan kedudukannya sendiri. Anwar jadi ‘kemaruk’ dengan usaha memulihkan kekuatannya di dalam PKR - sedang Anwar memang sudahpun menikmati ‘layanan tahap dewa’ di dalam PKR!
Ketidakpuasan hati pemimpin kanan yang sudah ‘diturunkan sedikit pangkat’ ini adalah suatu kenyataan yang jujur. Sebagai seorang yang sama-sama menempuh badai kesusahan dengan Anwar selama ini - atas dasar ‘paranioia’ seorang Anwar; sahabat diketepikan dan dipinggirkan. Walaupun kecewa, tidak ada ruang untuk berkata apa - kecuali kepada penulis yang juga sudah kenal benar dengan strategi politik Anwar.
Rompakan besar - Anwar kepada sistem kepartian PKR dilakukan secara ‘terang-terang’ dan tidak bersembunyi. Sesuai dengan status ‘dewa’ yang diberikan kepada Anwar oleh PKR; Anwar bisa sahaja melakukan seribu macam perubahan untuk memuaskan laluan politiknya. Dengan kes yang semakin dekat hari sebutannya; ruang ‘pemerintahan’ Anwar mesti dipastikan semula.
Anwar tidak boleh lagi ‘take for granted’ dengan segala macam perubahan di dalam parti. Tersembamnya kes Fairus, membayangkan betapa orang harapan Anwar di Pulau Pinang, Zahrain Gemok tidak boleh digunapakai. Berbakul Anwar berkata ‘bodoh, bangang dan bahlol’ kepada Zahrain. Apa tidaknya, sudahlah menjatuhkan seorang pemimpin ‘mediocre’; kaedahnya pun dilakukan secara ‘mediocre’. Akhirnya, Anwar yang menanggung malu.
sumber - gelagat anwar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan