MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

12 Apr 2009

Anwar meraikan kejayaan pertama..



Oleh Tomyampoktek, AIDCclub

Kemenangan PAS di Bukit Gantang rupa-rupanya memberikan kesan yang besar terhadap golongan Pro Ulama dalam PAS, apabila momentum orang Husam Musa (Kem Erdorgan) menaik begitu mendadak. Kesannya Roslan SMS (YDP PAS kelana Jaya dan orang kuat Hadi Awang) terpaksa dikorbankan oleh pewakilan PAS untuk membolehkan orang Husam (Ir Izham ) menang YDP PAS Kelana Jaya. Timbul persoalan adakah selepas ini Dr Hassan Ali terpaksa mengaku kalah kepada Puak Husam Musa dalam menentukan hala tuju PAS Selangor atau beliau terpaksa beralih angin menyertai Kem Husam ?

Sebelum ini selepas retret PAS di Langkawi, PAS pusat digambarkan cuba membersihkan pengaruh puak Erdorgan (Pro Anwar di dalam PAS) antaranya melalui tindakan PAS Selangor meminggirkan Saari Sungib dan Khalid Samad dari kepimpinan PAS Selangor.

Dan sewaktu pilihanraya di Kuala Terengganu yang membawa kemenangan Wahid Endut, dikatakan kem Erdorgan tidak dibenarkan turun berkempen. Dan kempen di sana diterajui oleh PAS Terengganu dan bantuan PAS kelantan sahaja.

Nampak gayanya selepas kemenangan Nizar di Perak rupa-rupaya kem Pro Ulamak sudah menjadi panas kerana mereka mungkin akan disisihkan secara terancang oleh kem Erdorgan sehingga menjelang Muktamar PAS yang tinggal beberapa bulan lagi.


Agaknya bangku Presiden, Timbalan Presiden dan bangku naib-naib presiden tentu akan semakin panas, adakah mungkin Husam, Khalid Samad, Nizar, Dr Zulkifli, Mujahid dan Dr. Lolo atau Dr Mariah akan cuba bertanding kerusi tertinggi parti? Ini yang akan ditunggu oleh pemerhati politik.

Sekiranya golongan Erdorgan ini berjaya menguasai pucuk pimpinan parti, orang pertama yang akan gembira tentu adalah Anwar Ibrahim, kerana segala perancangannya akan dipermudahkan lagi oleh orang suruhannya yang mengusai PAS.

Dengan pendekatan terkini yang ada pada PKR seperti bijak dalam kerja-kerja komunikasi dan media tidak mustahil PKR akan dapat mengusai PAS, keadaan semasa membuktikan perkara ini. bagaimana mungkin sebuah parti yang tidak mempunyai akar umbi yang kukuh dan hanya bergantung kepada pekerja Parti PAS, hari ini beroleh kerusi terbesar di dalam bilangan Ahli Parlimen. Kata mudah orang PAS buat kerja, orang PKR dapat nama.


Di Indonesia perkara yang sama pun berlaku, tahun 2004 Parti Demokrat pimpinan Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) hanya mampu meraih 7 peratus dalam Pemilu dan Golkar meraih sekitar 20 peratus, dan akhirnya kedua parti ini mebentuk kolisi untuk bekerjasama, hasilnya SBY terpilih menjadi Presiden dan Jusuf Kala menjadi Naib Presiden.

Tahun 2009 hingga saat ini, pengiraan awal menunjukkan parti Demokrat pimpinan Susilo mendahuli 20 peratus undi dan Golkar hanya mendapat sekitar 13 peratu dan Parti PDI-P pimpinan Megawati meraih 14 peratus.

Penganalisis politik Indonesia mengatakan kemampuan Parti Demokrat meraih undi yang banyak berbanding Parti Golkar kerana rakyat Indonesia hanya nampak SBY di sebalik keteguhan pemerintahan kolisi Golkar dan Demokrat.

Walhal cerita sebenarnya kelicinan pentadbiran SBY kerana jentera pentadibiran banyak dibantu oleh ahli parti Golkar yang berada di seluruh pelusuk Indonesia berbanding Demokrat yang banyak tertumpu di Pulau Jawa.

Namun disebabkan kerja-kerja komunikasi dan media yang dijalankan oleh Parti Demokrat begitu baik , Parti tersebut lebih mendapat keuntungan berbanding Golkar.


Sama-sama kita nantikan bagaimana nasib PAS apabila orang Husam diberi kepercayaan menguasai parti nanti.

sumber - Tomyampoktek


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SALAM ZIARAH AIDC
KITA BAKAL AKAN LIHAT PERGOLAKAN DALAMAN DLM KEM PAS MENJADI LEBIH KALUT SELEPAS MUKTAMAR AKAN DTG. KEDUDUKAN ANTARA PARTI AKAN BERKECAMUK BERDASARKAN JUMLAH UNDI TAK POPULAR DIKALANGAN MEREKA SENDIRI. BIARKAN..BIARKAN MEREKA TELUNGKUP DGN SERBAN2 MEREKA SESAMA SENDIRI

Unknown berkata...

Nampaknya team Erdogan naik sakan. Anwar berjaya pengaruhi Pas. Kedudukan Pas dlm bahaya. Akan dtg ulamak Pas akan jadi ulamak moderat juga..

rakyatjelata berkata...

Dan parti melayu terbesar..terus dengan cara lama..menyesatkan umat.
Bertaubatlah !