MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

29 Mac 2009

UMNO bersatu, PAS pertahankan 'orang itu' - Faisal Tehrani



Semasa menunggu saat 'earth hour' kelmarin, Mak Cik Musalmah Lebar pot pet pot pet tentang Perhimpunan Agung UMNO. Di sebalik gosip dan umpatan politik ada satu yang amat menarik apabila jiran saya tersebut mengatakan begini: "Untuk berdepan dengan 'orang itu' kami UMNO sanggup berdamai dan bersatu. Lupakan segala perbezaan."

Saya telan liur.

Dan kemudian Mak Cik Musalmah Lebar menyambung, "PAS jugak yang jadi bodoh kerana berpecah untuk mempertahankan 'orang itu'. Sepatutnya, PAS dan UMNO juga bergabung tenaga (saya percaya yang beliau maksudkan bukan dalam satu organisasi) untuk berdepan dengan agenda 'orang itu'. 'Dia tu' bahaya."

Tetapi begitulah, PAS terperangkap diperkudakan memikul biawak hidup.

Perpecahan makin besar, meski dinafikan. Pimpinan semakin tidak malu 'mengutuk' sesama sendiri.

Bak kata teman saya, "Macam zaman ni tak ada emel, telefon bimbit atau sms! Semua orang dah tahu."

PAS bercakap tentang Islam. Kerana 'orang itu' PAS semakin tenggelam. Islam dan liberalisme tidak mungkin duduk sekali, melainkan PAS memilih haluan menjadi Islam Liberal sepenuhnya.

"Mengapa PAS begitu (menerima 'orang itu')?" Tanya Mak Cik Musalmah Lebar.

Lampu KLCC pun terpadam. Kanak-kanak pun saling menjerit, "oii tutup lampu."

Saya tahu, seperti sebahagian mereka yang tidak mengendahkan kempen 'earth hour' untuk memadamkan 'cahaya palsu yang banyak', mereka ini memang tidak peduli.

Dan ketidakpedulian mereka menyakitkan dan menyusahkan kita yang peduli.


sumber - Faisal Tehrani

Tiada ulasan: