MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Mac 2009

Terima kasih cerca saya - Ibrahim Ali

''Saya ucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda Pas Kelantan dan Pasir Mas kerana berceramah untuk mencerca saya.''

Itu reaksi sinis Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berhubung cercaan dan dakwaan yang dibuat oleh kedua-dua pemimpin Pemuda parti tersebut terhadapnya dalam satu ceramah perdana di Stadium Mini Pasir Mas di sini baru-baru ini.

Beliau bagaimanapun berkata, sepatutnya kedua-dua pemimpin muda itu mencerca DAP kerana banyak tindakan parti tersebut yang jelas antiIslam dan Melayu.

"Kalau mahu jadi hero, Pas kena cerca DAP sebab Karpal Singh pernah berkata, langkah mayatnya dulu kalau mahu laksana Islam dan DAP juga mahu menyamakan Islam dengan agama-agama lain.

"Saya tidak tahu sebab apa mereka cerca saya seolah-olah saya ahli UMNO sedangkan saya masih Ahli Parlimen bebas yang tidak berparti, mereka hendak jadi hero pada pertandingan peringkat kawasan Pas, tetapi tidak ada modal, jika begini orang Kelantan panggil 'pahlawan chetong' (kole),'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir di Kampung Kubang Panjang di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 10 anak yatim dari kawasan tersebut dan turut dihadiri kira-kira 500 penduduk.

Kepimpinan Pas Kelantan yang diketuai oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini menggesa Ibrahim supaya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen kerana tindak tanduknya yang bertentangan dengan dasar parti mereka itu.

Kata Ibrahim lagi, beliau akan melaksanakan tugasnya seperti biasa dan konsisten dalam perjuangan untuk memartabatkan Melayu dan Islam.

"Kecaman yang mereka buat akan mendorong saya untuk berjuang demi agama, bangsa dan negara, mereka bukan setaraf saya, 'budak-budak' ini bukan tandingan saya. Saya juga tidak ada masalah mereka mencerca sebab saya mengamalkan sikap yang terbuka," katanya.

sumber - malaysia-instinct.com

Tiada ulasan: