MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Mac 2009

Perokok lebih hina daripada lembu ? - Faisal Tehrani



Menurut seorang ulama, perokok muslim lebih buruk/hina daripada lembu (sini)

Saya bukan perokok. Malah saya akui, saya berasa rimas duduk dalam kalangan perokok kerana asapnya amat mengganggu. Selalu juga saya terpaksa menegur kawan atau teman saya tersebut.

Tetapi membandingkan perokok muslim lebih buruk/hina daripada lembu adalah keterlaluan.

Adakah ini bermakna penyokong dan ahli PAS yang sebahagian besarnya perokok dan bekerja keras memasang poster, bunting dan bendera sempena pilihanraya kecil kelak adalah lebih hina daripada lembu?

Adakah ini bermakna "seorang pimpinan tertinggi PAS dalam kalangan ulama" yang diketahui ramai, adalah perokok; adalah juga lebih hina daripada lembu?

Tidakkah kita manusia diberitakan adalah khalifah Allah? Lebih hina daripada lembukah?

Apakah perbandingan yang sesuai untuk manusia yang berjanji dan menipu seisi negara untuk membentuk sebuah kerajaan baharu 16 September lalu?

Lebih buruk dari apa agaknya?

Mengapa ulama ini berani dan tergamak melukakan hati umat/kelasi yang dinakhodainya? Tetapi tidak berani melukakan hati liberalis kesayangannya?

* Kenyataan seperti inilah yang menyebabkan orang hilang hormat kepada ulama meski berhempas pulas berusaha untuk tetap menghormati institusi ulama

sumber - Faisal Tehrani


3 ulasan:

TokMudim berkata...

Amaran Kerajaan Malaysia :Merokok membahayakan kesihatan.



Uji Minda anda : Dimanakah maksud ayat dibawah ni biasa disebut-sebut??

Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.

KHAIRUL NAZRI berkata...

Salam,

1. Secara jujur saya adalah perokok. Walau amat sedar bahaya merokok ini namun pada hakikat ada banyak lagi kemerbahayaan di luar sana.

2. Saya amat hairan kerana rokok dan perokok sering menjadi kambing hitam untuk melaksanakan sesuatu agenda.

3. Pemimpin politik yang menghina bangsa sendiri, mengkhianati bangsa sendiri tidak dilabelkan seperti lembu juga kerana mereka tidak berfikir bahawa kesan dari tindakan mereka hari ini akan mengakibatkan kemusnahan bukan setakat pada diri sendiri malah kepada seluruh bangsa ke cucu cicit.

4. Jika kita sebenar-benar jujur dan ikhlas, kenapa tidak haramkan terus kilang rokok, pengimportan tembakau, penamanan tembakau. Cara ini amat berkesan untuk menidakkan orang merokok dan secara tidak langsung akan mengwujudkan masyarakat yang sihat dan cergas.

5. Kepada pemimpin-pemimpin yang berkenaan, jika jujur dan ikhlas untuk membenteras gejala merokok ini, mereka harus menjadikan ia agenda utama dalam perjuangan mereka bukan bermain politik retorik, kosmetik. Jangan setakat hanya mengambil mudah dengan membuat kenyataan yang batuk di tangga semata-mata untuk kepentingan politik diri sendiri.

Kalau tidak merokok pun kita semua tetap mati. Bukan kerana merokok tetapi bimbang tidak dapat undi.

Boyot berkata...

merokok ni membasir saje, berhentilah, merokok
dah 3 tahun berhenti

doa duduk di antara 2 sujud