MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

12 Mac 2009

Terima kasih blogger, pelawat..ini sahaja mampu kulakukan..AIDC

Catatan AIDC

Ketika aku buat catatan ini, 8.45 malam (12 Mac 09), hit di blog ini meningkat kepada 991217 pelawat dan memerlukan 8783 lagi untuk mencukupi satu juta pengunjung. Barangkali menjelang malam esok atau lusa angka itu akan mencecah ke angka itu.

Terima kasih untuk semua blogger, pelawat yang menyokong blog ini. Tanpa sokongan kalian, tidak mungkin blog ini mampu mendapat pelawat seramai itu..

Aku telah berjanji sebelum ini, aku berusaha lakukan perubahan, untuk kepuasan kita bersama. Aku telah brainstorming idea dengan rakan-rakanku terdekat (nora, hokage, faizal dan cikkiah) kemudian diperkemaskan dengan pertemuan bersemuka para MOD di Kota Melaka, awal tahun ini.

Pertemuan sulung di kota bersejarah itu telah merumuskan banyak idea-idea baru (yang tidak dapat kucatatkan di sini) yang kemudiannya diterjemahkan kepada transformasi blog ini, dari segi layout, logo, rangkaian, blog-blog sokongan dan lain-lain.

Ya. Idea memang banyak, tetapi melaksanakannya bukan semudah memberi idea. Kadangkala idea hanya tertinggal di atas sekeping kertas, semakin usang tanpa pelaksanaan.

Ya. Aku bukan penulis terkenal. Tiada nama, tiada rupa, tiada pangkat dan aku adalah manusia kecil, sama seperti insan lain yang menikmati taraf sebagai rakyat biasa di negara tercinta ini.

Pertemuan kita di kota bersejarah itu membuktikan kejujuran kita bersama. Sudi bertemu muka, setelah hampir setengah tahun berkenalan di alam maya. Aku bertemu mata dengan nora, zek, ladybird, hokage, faizal, puteri, kumbang, cikkiah dan orca, sebagai satu pertemuan untuk mengukuhkan hala tuju kita bersama.

Ya. Aku bukan hartawan yang tidak mampu membelanjakan semua kos pertemuan itu. Masing-masing menghulurkan wang poket sendiri, semata-mata untuk berjumpa dan membincangkan idea mengukuhkan perjuangan kita.

Hari ini, setelah hampir dua bulan selepas pertemuan, kita berusaha menongkah arus, walaupun kita sedar arusnya terlalu besar.

Terima kasih para blogger, para pelawat yang sentiasa menyokong blog ini. Walaupun kalian sedar blog ini bukan blog ternama, bukan penulis ternama, walaupun sedar arusnya terlalu deras, namun kalian tetap setia bersama kami.

Aku bukan dato atau tan sri, jauh sekali manusia berpangkat, pemikir atau manusia ternama.

Aku rakyat biasa yang kerdil, tidak mempunyai apa-apa kuasa, kecuali mampu menulis tanpa pena.

Kalian juga blogger biasa, pelawat biasa, rakyat biasa yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam dunia politik di negara ini.

Tetapi kalian tetap berkunjung ke blog ini semata-mata untuk mendapat kepuasan dan mencari kebenaran.

Di sini, kita bergabung tenaga, bersatu sebagai manusia biasa, rakyat kerdil, melawan arus dengan manusia ternama, punya kuasa, kehebatan bukan setakat di negara ini malah di luar negara.

Tanpa sumbangan ikhlas kalian, gerak hati kalian untuk terus menerus berkunjung ke blog ini, tidak mungkin blog ini mencecah satu juta pengunjung.

Sebagai manusia biasa aku sudah lakukan apa yang terdaya. Itu sahaja yang mampu kulakukan walaupun tidak memuaskan hati semua orang.

Banyak perkara lain yang masih tersimpan dalam khazanah dairiku, banyak lagi mahu kulontarkan di blog ini, tetapi sebagai manusia biasa, kita tidak lari dari kekangan.

Ya. Salah satunya hambatan masa. Kekangan membahagikan masa antara kepuasan peribadi dengan tanggungjawab diri sendiri.

Bagi aku menulis di blog ini sekadar satu kepuasan peribadi. Tidak lebih daripada itu. Melakukan ikut masa terluang, setelah selesai tanggungjawab diri dan keluarga.

Ya. sebagai manusia biasa, aku kadang-kadang tersepit antara kepuasan peribadi dengan hambatan tanggungjawab diri.

Alhamdullillah, hari ini semakin ramai berkunjung di blog ini. Mungkin sudah sampai ke noktah terakhir, aku menulis di sini.

Semakin ramai blogger-blogger baru yang berpotensi menulis mula bergabung di sini. Alhamdullah. Barangkali tiba giliran kalian pula mewarisi perjuangan ini.

Perjuangan mesti diteruskan, biar patah sayap, bertongkak paruh sanggup diharungi, kerana kita yakin, kita berada di jalan yang benar.

Mungkin jika sudah ada pengganti, izinkan ku pula mengundur diri, menjalani kehidupan sebagai manusia biasa, mencari sesuap nasi untuk anak dan isteri..

Kita saling bantu membantu, patah tumbuh hilang berganti...




Artikel lain berkaitan :

1. Menjelang satu juta pelawat..terima kasih kepada semua - AIDC

2. Surat terbuka kepada semua pelayar AIDC

17 ulasan:

Unknown berkata...

Pertama sekali, tahniah kepada AIDC & team.

Bukan senang nak capai hits sejuta.

Tapi, terasa ada nada kelainan dari tulisan ini. Mungkinkah ini coretan terakhir?

Wallauhalam...

ONE berkata...

Tahniah AIDC..
teruskan perjuangan dan semoga blog ini bakal menjadi inspirasi bagi bloggers-bloggers yang lain..

add berkata...

Ahmad Lutfi Othman

Nota: Rencana ini dipetik daripada buku yang ditulis oleh Ahmad Lutfi Othman, Penerbitan Pemuda, 1998. Tajuk asal rencana itu adalah "Ibrahim Ali : Nak Upah Orang Bukan Perkara Mudah". Ahmad Lutfi sekarang ini Ketua Pengarang Harakah.

Macam-macam pandangan yang dikemukakan terhadap isu pemecatan Anwar. Tidak ramai percaya ia hanya disebabkan masalah moral. Orang lebih suka melihatnya sebagai konspirasi politik peringkat tertinggi, termasuk Mahathir, untuk menyingkirkan Anwar. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ibrahim Ali tentunya mempunyai pandangan tersendiri dalam hal ini. Rosmida Abdul Rahman sempat menemubual beliau dipejabatnya, di Bangunan UOA Centre Kuala Lumpur, pada 29 September 1998.

Rosmida : Umumnya tanggapan masyarakat bukan mempertikaikan hak Perdana Menteri untuk melucutkan jawatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan atau hak ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO yang memecat keahlian UMNO Anwar. Mereka sama sekali tidak boleh menerima, kalaupun mungkin disyakki Anwar melakukan salah laku seks yang melampau itu, mengapa ia dihebohkan begitu sekali, khususnya melalui afidavit berkaitan Nallakarupan.

Ibrahim : Masalah yang berkaitan isu Anwar Ibrahim boleh dilihat dari dua sudut. Satu, sudut politik dan lagi satu perundangan. Dalam UMNO, ada kaedah dan peraturan disiplin tersendiri. Maka mana-mana ahli pun tertakluk kepada disiplin ini. Begitu juga dengan parti-parti lain. Parti berhak mengambil disiplin ke atas mana-mana ahli yang difikirkan perlu diambil tindakan. Lebih-lebih lagi yang boleh menjejaskan atau merosakkan nama baik parti.

Begitu juga kita sebagai warganegara, rakyat atau masyarakat, yang hidup dalam sebuah negara yang mempunyai undang-undang. Dalam hal ini, rakyat juga tidak terkecuali dalam undang-undang, hatta raja pun....tiada siapa yang kebal dengan undang-undang. Begitulah dalam kes Anwar ini. Dari aspek politik, UMNO tidak mengira kedudukan ahli-ahlinya untuk diambil tindakan. Di dalam perlembagaan UMNO pula, jika selepas parti membuat sesuatu keputusan, ia tidak boleh dirujuk kepada mahkamah. Sebabnya, sesiapa yang merujuk kepada mahkamah automatik akan terlucut keahliannya. Mengapa kita buat begitu?

Ini adalah kaedah parti.samalah seperti PAS dan DAP, masing-masing ada disiplin tersendiri. Dalam sesetengah kes, ahli-ahlinya juga dipecat tanpa perlu merujuk terlebih dahulu ke mahkamah. Ini bermakna dalam konteks parti masing-masing ada pertimbangan dan perkiraan sendiri.

Sebab itu ketika Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Presiden dan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti, beliau sendiri banyak mengendalikan kes memecat atau menggantung ahli-ahli tanpa merujuk kepada mahkamah. Tiada perbicaraan di mahkamah pun. Samalah prinsip ini yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi terhadap Anwar Ibrahim sekarang.

Begitu juga dari segi perundangan, proses keadilan telah dipatuhi untuk mendakwa Anwar Ibrahim ke mahkamah. Ia berdasarkan laporan lapis dan apabila disiasat terdapat prima facie. Namun kes ini agak lewat ke mahkamah kerana banyak gangguan. Ini kerana ada pihak tertentu cuba hendak menganggu perjalanan proses keadilan di mahkamah.

Contohnya, pihak tertentu mengadakan perhimpunan dan tunjuk perasaan yang boleh ditakrifkan seolah-olah hendak menganggu proses mahkamah. Bagaimanapun Anwar Ibrahim sudah didakwa oleh mahkamah pada pagi ini dengan 10 tuduhan. Cuma tinggal lagi, isu yang sering dipersoalkan, mengapa Anwar dipecat oleh Dr. Mahathir dan Majlis Tertinggi UMNO? Ramai yang mempertikaikan tentang saksi. Sebab itu dalam soal ini pelbagai pertanyaan dan persoalan timbul. Walaupun kita mempunyai undang-undang dan peraturan, tetapi kebijaksanaan juga penting dalam menangani setiap isu.

Bukankan kes Anwar Ibrahim ini rumit dan pertuduhan terhadapnya amat sukar untuk diterima terhadapnya amat sukar untuk diterima oleh masyarakat, bahawa orang seperti Anwar boleh melakukannya.

Ya. Memanglah Anwar Ibrahim seorang Timbalan Presiden UMNO dan juga Timbalan Perdana Menteri dan menggunakan label Islam sudah begitu lama. Dia sering bercakap soal moral dan akhlak, malah mempunyai pengaruh dan kedudukan. Sudah tentulah perkara ini sesuatu yang rumit. Hendak menjalankan proses undang-undang pun rumit. Malah untuk meyakinkan orang, lagilah rumit.

Namun kita melihat Dr. Mahathir sebagai seorang pemimpin parti dan kerajaan tentunya mempunyai maklumat dan bukti. Begitu juga kalau perkara yang sama dihadapi Presiden PAS. Dia tahu ahlinya buat salah. Dan sebagai Presiden, dia berhak mengambil tindakan menyelamatkan partinya, tanpa perlu merujuk ke mahkamah. Begitu juga dengan Dr. Mahathir, sebagai Perdana Menteri, beliau berkuasa untuk memecat atau melantik mana-mana menteri kabinetnya. Hatta Timbalan Perdana Menteri sekalipun.

Pemecatan dan perlantikan kabinet ini bukan perkara baru. Ketika zaman Tunku Abdul Rahman, beliau memecat Aziz Ishak, seorang tokoh popular ketika itu. Tun Hussien Onn pula memecat dan mendakwa Dato’ Harun Idris yang cukup popular. Kemudian pada era Dr. Mahathir, kes Anwar ini bukan baru. Naib Presiden UMNO, Muhammad Taib diminta berhenti sebagai Menteri Besar Selangor.

Manakala Rahim Thamby Chik dinasihatkan bercuti sebagai Ketua Pemuda UMNO dan berundur dari jawatan Ketua Menteri Melaka. Dan Dr. Mahathir sendiri tahu rakyat sering mendaulatkan konsep bersih, cekap dan amanah. Tetapi masalahnya sekarang, semasa kerajaan menerapkan konsep tersebut, ada pula gangguan. Walhal kuasa pemecatan dan perlantikan oleh Perdana Menteri berlaku di mana sahaja. Contohnya, di Rusia, Presidennya bukan sahaja memecat Perdana Menteri, tetapi seluruh anggota kabinetnya.

Di New Zealand, seorang Perdana Menteri wanita memecat timbalannya, seorang lelaki. Sultan Brunei memecat adiknya sendiri yang menjadi Menteri Kewangan. Dalam hal ini, ia tidak melibatkan perbicaraan apa pun.

Apakah seorang Perdana Menteri boleh begitu mudah sekali memecat timbalannya?

Dalam kes Anwar Ibrahim ini, bukannya Perdana Menteri sengaja suka-suka hendak memecatnya. Dr. Mahathir tahu Anwar Ibrahim ada kes. Ia hasil siasatan polis dari buku 50 Dalil, misalnya kes meliwat.

Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri telah menasihatkan Anwar supaya meletakkan jawatan. Jika Anwar letak jawatan tidak timbul soal beliau dipecat. Mengapa Perdana Menteri menyuruh Anwar letak jawatan? Ini kerana Anwar sudah ada kes di tangan polis dan jabatan peguam negara. Apabila dihadapkan ke mahkamah, dan Anwar tidak dipecat atau meletakkan jawatan secara sukarela, imej kerajaan dan UMNO tercemar. Sebab yang dibicarakan ketika itu ialah seorang TPM merangkap Menteri Kewangan dan Timbalan Presiden UMNO.

Cuba kita lihat kes Muhammad Taib. Beliau memberi kerjasama. Apabila Perdana Menteri meminta letak jawatan beliau akur. Begitu juga dengan Rahim Thamby Chik, dia tetap akur. Tetapi Anwar enggan bekerjasama. Bagi membolehkan beliau membersihkan dirinya di mahkamah tanpa membabitkan nama baik kerajaan dan UMNO, maka Perdana Menteri wajar memecatnya. Apabila pemecatan dibuat, Dr. Mahathir mesti membuktikan kepada rakyat mengapa Anwar dipecat. Waktu inilah afidavit dikeluarkan.

Bagi saya, tindakan yang Dr. Mahathir mesti membuktikan kepada rakyat mengapa Anwar dipecat. Waktu inilah afidavit dikeluarkan. Bagi saya, tindakan yang Dr. Mahathir lakukan ini adalah betul.

Bagi mereka yang mempunyai kepentingan tertentu dan ada sentimen politik yang tinggi maka dikeluarkan pelbagai pandangan dan tafsiran. Justeru, dipersoalkan proses keadilan, kebebasan mahkamah dan kehadiran saksi. Cuba kaji dengan teliti sejauhmana proses perundangan dijalankan.

Bagi saya, sepatutnya Anwar yang digelar pemimpin Islam berwibawa sepatutnya sepatutnya menunjukkan teladan ketika menghadapi musibah. Jika yakin dirinya bersih, Anwar tidak perlu gelabah. Beliau tidak perlu mengeruhkan suasana. Jika seseorang itu tidak bersalah dan memiliki iman yang kuat, dia akan tetap mendapat perlindungan dari Allah. Suatu hari, kebenaran pasti akan berpihak kepadanya.

Itulah janji Allah. Sebagai orang Islam, sudah tentu kita yakin dengannya, apatah lagi orang seperti Anwar. Jika iman kita kukuh dan kita di pihak yang benar, datanglah apa sahaja fitnah yang melanda, ia dapat dirongkai dengan baik. Tapi Anwar nampaknya bertindak sesuka hati sebelum dihadapkan ke mahkamah.

Dan Anwar menuduh kerajaan ini zalim, sedangkan sistem itulah yang beliau pertahankan selama 16 tahun ini. Begitu juga sistem mahkamah kita, pelbagai perkara dibangkitkan. Memang diakui ada kelemahannya, misalnya kes membabitkan Lim Guan Eng.

Jika betullah tuduhan UMNO melindungi pemimpin-pemimpinnya dan undang-undang hanya untuk orang tertentu, tetapi kini jelas pemimpin tertinggi UMNO juga dihadapkan ke mahkamah. Buktinya, antara lain, kes Sahar Arpan dan Waad Mansur. Mereka adalah anggota Exco kerajaan negeri. Dulu orang kata ikan bilis saja yang kena, ikan jerung terlepas. Anwar sendiri pernah cakap perkara ini. Sekarang apabila jerung sudah kena, mereka kata kita tak adil pula. Kemudian dituduh macam-macam. Saya beritahu secara ikhlas, sebagai seorang kawan yang kenal Anwar begitu lama, saya rasa hilang hormat langsung terhadapnya. Bukan masalah betul atau tidak dari segi tuduhan.

Tetapi hilang hormat saya kerana cara dan tindakan Anwar. Beliau banyak melakukan perkara yang betul-betul bertentangan. Saya boleh tunjukkan pelbagai bukti, misalnya soal menegakkan keadilan dalam parti. Bukankah Anwar bekas Pengerusi Jawatankuasa Disiplin UMNO?

Beliau yang mengendalikan kes wang akaun wanita UMNO yang dikatakan hilang sehingga Anwar mengambil keputusan memecat Zainab Abu Bakar sebagai timbalan menteri dan ahli UMNO begitu sahaja. Tanpa ada sebarang pembelaan. Anwar tidak merujuk ke mahkamah walhal ia melibatkan kes duit. Begitu juga amalan politik dalam UMNO, penyokong kuatnya, walaupun dan terdapat tuduhan mereka, namun Anwar membiarkannya. Jelas, beliau benar-benar hipokrit. Saya kenal beliau sudah 30 tahun.

Kemudian soal nepotisme, saya boleh senaraikan adik-beradik Anwar, siapa Rani Ibrahim, Idrus Ibrahim, Rosli Ibrahim, Marzuki Ibrahim, malah bapanya Dato’ Ibrahim, dan juga bapa mertuanya sekali. Memanglah bapanya dulu berniaga sikit-sikit, tapi tak sehebat hari ini. Apakah saudara-saudaranya yang mengaut kekayaan itu memperolehinya begitu sahaja atau berdasarkan kemampuan sendiri, tanpa menggunakan platform Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri?

Begitu juga dengan kroni Anwar, yang pernah bekerja di pejabatnya. Di manakah mereka sekarang? Ramai yang menjadi ahli korporat terkemuka walaupun tanpa pengalaman dan nilai keusahawanan tulen. Ada yang bergelar timbalan menteri. Misalnya, dulu siapa Kamaruddin Jaafar? Sekarang menjadi pengerusi beberapa syarikat terkemuka. Ahli-ahli yang UMNO, yang sudah berpuluh tahun berniaga, tidak sampai ke situ pun.

Sekarang masyarakat menpersoalkan rekod lama Mahathir mengenai sikapnya terhadap salah laku seks di kalangan pemimpin UMNO selama ini. Bukankah Dr. Mahathir boleh bertolak ansur dalam hal ini? Tiba-tiba saja kelihatan imej Dr. Mahathir berpegang teguh soal akhlak dan moral. Masyarakat jadi keliru.

Keliru macam mana? Dalam kes Rahim Tamby Chik, beliau telah dihukum dan dilucutkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka. Adakah selama ini Rahim dibawa balik sebagai Ketua Menteri Melaka?

Bagi saya, isu Anwar senang sahaja, tak perlulah cerita kes liwat dan pertuduhan yang lain. Apabila Anwar berkawan dengan Nalla, seorang taukeh judi, ia sudah cukup menghilangkan rasa hormat saya kepadanya.

Masyarakat pula begitu mudah menerima ia sebagai konspirasi politik. Bagi Anwar, apabila kesan terbongkar tentulah beliau akan mempertahankan dirinya dengan apa juga kaedah dan pendekatan. Takkan Anwar nak mengaku beliau berbuat jahat. Selama ini bergegar membaca khutbah, bercakap Islam, menyentuh soal moral.

Di Kelantan pun ada orang-orang yang mengaji agama mempergunakan anak murid untuk tujuan tersebut. Kalau nak sentuh bab liwat, ia bukan cerita baru. Tambah-tambah orang yang bercakap Islam tetapi mempunyai moral yang rendah. Selama ini masyarakat menganggap Anwar bersih dan tiada cacat celanya.

Bukankah kita diperingatkan Allah, bahawa tabiat manusia ini, mula-mula kelihatan baik tetapi apabila diberi kuasa pangkat, harta dan darjat sudah mula jadi gila. Mungkin Kementerian Kewangan itu berpuaka! Di situlah tempat menguruskan segala kewangan negara.

Berdasarkan pengalaman Dato’ yang pernah berhadapan dengan kes Tengku Razaleigh yang tersingkir dari UMNO pada tahun 1987, begitu juga dengan pemecatan Anwar sekarang, apa kaitan kes-kes ini.

Berbeza. Seperti Tengku Razaleigh Hamzah, beliau lawan Dr. Mahathir di dalam parti melalui pemilihan. Seterusnya mengalami kekalahan. Ada pihak membawa kes tersebut du mahkamah. Kemudian UMNO diisytiharkan tidak sah. Beliau tidak dibenarkan masuk UMNO ketika itu.

Maka Ku Li guna cara lain, mengisytiharkan parti baru. Beliau sendiri ada gagasan baru iaitu Angkatan Perpaduan Ummah dan saya sendiri turut terlibat pada awalnya. Dan kita kemukakan agenda. Dan kita lakukan mengikut proses undang-undang.

Kita tak suruh budak-budak muda tunjuk perasaan macam Anwar suruh. Menjerit-jerit di masjid, apatah lagi tuduhan pula kes meliwat. Kemudian melaung-laung takbir untuk bela Anwar. Perubahan sikap Anwar selepas dipecat cukup ketara, antaranya gelojoh dan emosional.

Anwar sendiri selalu memberitahu, apabila ditimpa musibah kita kena besabar dan berdoa banyak-banyak dengan Allah. Sepatutnya jika perkara ini fitnah, tidak perlulah menjerit-jerit.

Malah beliau boleh lakukan perjumpaan dengan Majlis Tertinggi memberitahu bahawa beliau tak puas hati. Kalau dah tak ada cara lain sangat, bersumpahlah secara Islam. Saya pelik, mengapa Anwar berasa takut untuk pergi ke mahkamah? Sama ada ia fitnah atau tidak, biar mahkamah tentukan. Orang lain pun pernah pergi mahkamah.

Apakah Anwar fikir dirinya istimewa sangat. Selepas mahkamah putuskan Anwar benar-benar dizalimi dengan fitnah yang hina itu, masa itu, hendak bakar bangunan di Kuala Lumpur, bakarlah (ketawa)!

Sebenarnya, apakah peristiwa yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, pada 3 September 1998. Bagaimana reaksi awal Anwar? Adakah pemecatan Anwar berdasarkan keputusan Dr. Mahathir semata-mata tanpa sanggahan dari anggota mesyuarat, khususnya penyokong Anwar?

Sebenarnya pemecatan tersebut berdasarkan keputusan Majlis Tertinggi. Begini....mesyuarat Majlis Tertinggi dipanggil selepas sehari Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Apabila mesyuarat, sudah tentu pengerusi mesyuarat adalah Presiden parti.

Ia dihadiri oleh semua ahli Majlis Tertinggi, cuma dua orang sahaja tidak hadir iaitu Dato’ Abdullah Badawi yang berada di luar negara dan Nazri Aziz pula sedang bercuti. Maka Presiden pun membentangkan hal-hal berkaitan Anwar. Dan Anwar berada di sebelah kanan Presiden.

Dr. Mahathir menceritakan bagaimana beliau mula mendidik, membentuk dan menjaga Anwar kerana Anwar adalah penggantinya kelak. Semua cerita sedap-sedap belaka. Anwar naik dalam UMNO macam roket, pijak semua kepala orang (ketawa). Orang lain berpeluh berbelas-belas tahun....macam Ku Li.

Dr. Mahathir dulu pun pernah kena pecat selama dua tahun. Dr. Mahathir bercakap lebih kurang satu jam lebih. Kemudian barulah beliau bentangkan segala pertuduhan terhadap Anwar. Presiden ada mengatakan : ”Saya yakin Anwar ada kes meliwat.”
Kes lain tidak mengapa, tetapi kes meliwat, bagi Dr. Mahathir, amat berat. Katanya lagi, orang begini tidak boleh jadi Perdana Menteri.

Selain Dr. Mahthir memberi keterangan, maka Anwar diberi peluang bercakap. Anwar tidak menyebut kes tuduhan tersebut, sebaliknya mengatakan ia adalah konspirasi dan fitnah, dengan gaya penuh emosi sambil menumbuk-numbuk meja. Anwar bercakap selama satu jam.

Apakah hujah utama Anwar untuk mempertahankan dirinya dari pertuduhan tersebut?
Tidak ada! Anwar asyik menyebut konspirasi tak habis-habis. Kemudian perbincangan dibuka kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi pula. Pada awalnya orang lain diam, sayalah orang yang mula-mula bercakap.

Saya tegur Anwar : ”Apa you anwar? Angkuh dan sombong. Cara Dr. Mahathir layan you begitu baik sekali. Jawablah tuduhan tersebut dengan baik. Kalau begini caranya, you bukan pemimpinlah Anwar. Semua orang boleh tumbuk meja. Jangan ingat you seorang saja nak tunjuk garang. Saya pun garang juga.”

Apa lagi, saya pun tumbuk meja jugalah (ketawa). Saya nak dengar juga kalau-kalau Anwar nak bersumpah atau menjawab satu persatu pertuduhan terhadapnya. Tetapi Anwar menjawab dengan cukup rasional. Kemudian kenyataan-kenyataan beliau banyak bertentangan.

Pernah Anwar menyebut dengan kawan-kawannya bahawa beliau pernah pergi dua kali ke Tivoli Villa. Di dalam Majlis Tertinggi pula Anwar kata, dia tidak pernah pijak pun, walaupun sekali. Apabila Anwar tamat bercerita dan ahli lain habis bercakap, Dr. Mahathir suruh Anwar gulung pula ucapannya. Sebelum itu ada yang mencadangkan Anwar dipecat, digantung keahlian atau diberi cuti.

Akhir sekali, penggulungan dari Dr. Mahathir, dan beliau bertanya kepada Anwar, sama ada hendak tunggu atau keluar dari bilik mesyuarat itu. Anwar kata hendak keluar. Dan Dr. Mahathir membuat keputusan mengikut majoriti mengundi. Majoriti bersetuju Anwar dipecat sebagai ahli.

Tetapi berdasarkan beberapa cadangan tadi, maka undian dijalankan sekali lagi untuk mendapat keputusan yang tepat. Ini bermakna sebanyak dua kali undian dilakukan. Apa yang tidak adilnya? Dr. Mahathir dipecat dahulu tidak berpeluang membela diri. Zainab Abu Bakar dipecat begitu juga, tiada pembelaan diri.

Maknanya, Anwar diberi peluang membela diri secukupnya?

Ya. Anwar diberi peluang membela diri. Apa yang beliau hendak bising-bising selama ini? Saya tak tahulah nak cakap. Barulah saya tahu yang Anwar ini batu, bukannya permata. Namun yang mengecewakan hujahnya tiada berkaitan lansung dengan tuduhan.

Bagaimana reaksi Anwar apabila Dr. Mahathir membentangkan pertuduhannya?
Terlalu jelas....Memang nampak kebimbingan, panik dan keresahannya ketara. Saya sendiri melihat dari body language, Anwar memang dalam keadaan betul-betul gelisah. Sepatutnya Anwar tidak boleh menyalahkan dirinya sendiri. Anwar mengatakan, melalui kenyataannya, bahawa semua saksi dibayar. Anwar boleh kata apa sahajalah. Takkanlah orang buat salah hendak mengaku salah.

Reaksi Mahathir?

Kecewa dan sedih. Harapannya hancur. Beliau yang mendidik sepanjang pembabitan Anwar di dalam UMNO selama 16 tahun. Lagipun Mahathir sendiri sudah berumur 73 tahun, hanya menunggu masa untuk berhenti sahaja. Tiba-tiba Anwar buat hal sedemikian rupa. Sudah tentu Mahathir teramat sedih.

Bagaimana penerimaan dari ahli Majlis Tertinggi pula, adakah pada peringkat awalnya menemui kesukaran untuk menerima hal ini?

Masalahnya begini, sebelum ini tidak pernah lagi kita mendengar kes liwat. Kalau kes skandal perempuan tu biasalah. Lagipun skandal begini bukan perkara baru. Berlainan dalam kes ini, perkara meliwat belum berlaku di kalangan pemimpin. Kedua pula, tuduhan tersebut berlaku ke atas Anwar Ibrahim.

Saya amat faham, bagaimana sukarnya untuk masyarakat menerima perkara ini. Oleh yang demikian, berdasarkan bukti dan penerangan yang telah dilakukan dan respons Anwar yang mengecewakan, maka mereka buatlah penilaian sendiri.

Sejauhmana ketepatan maklumat yang diperolehi oleh Dr. Mahathir sehingga beliau betul-betul yakin terhadap salah laku Anwar Ibrahim?

Ya. Dr. Mahathir menceritakan bagaimana beliau memperolehi maklumat kepada Majlis Tertinggi. Sememangnya beliau sendiri ragu dengan siasatan memaksa beliau memanggil pihak-pihak yang terlibat pula dapat menjawab dengan baik dan betul. Antara saksi-saksi itu ialah Azizan Abu Bakar, bekas pemandu Anwar Ibrahim, pemandu Dato’ Nalla, Umi Hafilda Ali dan saksi yang lain.

Desas-desus mengatakan saks-saksi ini diupah?

Itulah...macam kes Sukma dan Dr. Munawar, orang kata diupah. Tolong ingat sikit.....nak upah orang bukan perkara mudah. Kalau nak hidup dengan hasil upah orang jangan ingat dapat hidup senang! Soal maruah, imej, harga diri nak letak mana? Lagi satu, masyarakat sering mengatakan konspirasi. Ingat nak rancang konspirasi? Ingat mudah Dr. Mahathir panggil Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah Siasatan Jenayah, seterusnya pegawai-pegawai polis yang terlibat?

Pegawai polis yang menyiasat adalah Musa Hassan? Beliau anak Ustaz Hassan Azahari dan abang kepada Fuad Hassan. Kalau nak tahu, Fuad Hassan adalah penyokong kuat Anwar tetapi beliau seorang sahaja yang tidak pergi ke rumah Anwar. Kemudian keluarlah pelbagai akhbar mengatakan lima, enam orang saksi tersebut diupah dengan tujuan menjatuhkan Anwar. Ingat sekarang? Jangan ingat kerja mengupah perkara senang. Tak mudahlah!

Bagaimana yang dikatakan konspirasi?

Konspirasi sebenarnya, bagi saya, orang bawah, dia tidak perlukan konspirasi. Contohnya, jika Mahathir tidak perlukan Anwar lagi, beliau tidak perlu ada konspirasi. Contohnya, jika Mahathir tidak perlukan konspirasi. Dia ada kuasa untuk pecat Anwar bila-bila masa. Tetapi jika Anwar yang melakukan konspirasi, ia mungkin betul. Misalnya, bagaimana beliau menjatuhkan Tun Ghafar. Tetapi siapa yang nampak perkara begini?

Umumnya curiga tentang proses keadilan yang dilaksanakan, misalnya dalam kes mahkamah membabitkan adik angkat Anwar Sukma dan bekas penulis ucapannya. Dr. Munawar. Daripada pengakuan bersalah mereka, cara bagaimana dipilih peguambela, hujah peguambela yang mengelirukan, dan macam-macam lagi.

Memanglah. Sebab kedua-duanya mengaku. Asalnya saya difahamkan, Dr. Munawar ditangkap atas tuduhan disyaki sebagai agen tali barut luar. Apabila disoalsiasat, saya dapat tahu, Dr. Munawar sendiri secara sukarela mendedahkan perkara liwatnya dengan Anwar. Apabila beliau sudah mengaku dan tandatangan, kemudian Dr. Munawar didakwa ke mahkamah. Beliau mengaku, jadi tidak ada bicara.

Khabarnya Dato’ mula rapat dengan Anwar, ketika zaman kebangkitan pelajar di kampus awal tahun 70-an dulu. Kehebatan Anwar lebih menyinar apabila ditahan ISA pada tahun 1974 kerana memperjuangkan isu kemiskinan rakyat bawahan. Apakah kehebatan Anwar dari kacamata Dato’?

Ikhlas saya beritahu, memang saya cukup mengagumi Anwar Ibrahim daripada zaman pelajar sehinggalah beliau bergiat dalam ABIM. Walaupun saya adalah antara individu yang menyokongnya, malah mengakui kehebatannya, tetapi saya bukan ibarat lembu dicucuk hidung. Kadang-kadang kami juga bertentangan pendapat. Saya mengakui pada tahun 1978, berlaku krisis dalam PAS, dan kefahaman politik kami berbeza.

Ketika Allahyarham Dato’ Asri memecat Dato’ Mohamad Nasir sehingga wujudnya penubuhan Berjasa dan jatuhnya PAS di Kelantan. Tetapi Anwar Ibrahim menyokong PAS. Dalam hal ini, beliau geram kepada saya, kononnya, saya tidak mengikut jamaah.

Ia membuktikan, walaupun saya mengakui kebolehan, kewibawaan dan bakat pidato yang dimiliki oleh Anwar, tetapi bukan bermakna saya akan mengikut segala telunjuknya. Bagaimanapun, memang saya kagum dengan kewibawaannya, sebab itu saya sokong beliau. Saya ingin ceritakan secara peribadi, selepas balik dari mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang memecat Anwar, saya buka album dan melihat gambar-gambar bersama Anwar Ibrahim dahulu. Ia memang menyentuh jiwa saya. Saya menangis bila menatap gambarnya. Perkara ini tidak pernah berlaku di dalam hidup saya.

Akhir sekali, bagaimana Dato’ melihat ending percaturan politik dalam UMNO? Mungkin UMNO akan berlaku perpecahan?

Saya tidak nampak apa-apa masalah. Sebab UMNO adalah parti yang sudah matang. Parti UMNO sudah menghadapi pelbagai cabaran dan getir. Kes yang paling baik boleh disebut di sini ialah kes Dato’ Harun. Ketua Pemuda UMNO bela Dato’ Harun, suasananya lebih tegang daripada kes Anwar Ibrahim. Tapi kesudahannya, semua pihak akur dengan undang-undang.

Kemudian isu pindaan perlembagaan yang mahu memansuhkan kekebalan raja-raja Melayu. Ramai orang kata, habislah UMNO kali ini. Cuba tengok, UMNO mantap juga akhirnya. Raja-raja menjadi lebih berdisiplin.

Begitu juga apabila Tengku Razaleigh lawan Dr. Mahathir, sehinggalah UMNO jadi parti haram. Malah UMNO berpecah kepada dua. Betul, UMNO hilang Kelantan dan jatuh ke tangan PAS. Tetapi UMNO masih lagi mantap. Dalam isu yang kita hadapi kini, ia hanya melibatkan Anwar Ibrahim seorang sahaja. Pemimpin pergi pemimpin datang. Patah tumbuh hilang berganti.

Sumber : AIDC

PAPA GOMO berkata...

TAHNIAH AIDC.
SEMOGA PERJUANGAN AIDC DALAM MEMBONGKAR RAHSIA SIAPA ANWAR AL-JUBURI INI AKAN DIBERKATI ALLAH.
INI JUGA ADALAH MERUPAKAN SATU BENTUK JIHAD DALAM MENENTANG ANCAMAN PADA MASYARAKAT ISLAM!!!

KITA TENTANG AGEN YAHUDI INI HABIS-HABISAN!!!!

Panglima Perang Cyber berkata...

Adakah ini bermakna Anwar akan 'mati' ????

Atau ?

Jika Anwar hari ini pergi maka beribu ribu Anwar akan ganti perjuangannya.

Jika AIDC kehilangan tonggak utama maka ia pasti ada pengganti perjuangan ini yang dapat meneruskan usaha murni mendedahkan diri Anwar Ibrahim ini..

Siapapun yang menulis pasti Allah tetap mengetahui siapa dirinya.


Harap semangat terus berkobar kobar untuk team AIDC semua..

Truth prevails berkata...

Congrats AIDC and team,

Yang benar akan mendapat restu Allah SWT dan begitu juga dengan sesuatu perlakuan yang ikhlas akan sentiasa diberkati olehNya.

Begitu juga dgn blog ini yg banyak membuka minda pembaca untuk berfikir yang mana betul dan salah.

Keep up the good work!

I'm with you<--mcm lagu Avril Lavine :)

mufid berkata...

salam AIDC... sebenarnya teringin sangat saya menjadi pengunjung blog anda yang ke sejuta... tapi sebab tak sabar ... terpaksa juga aku mengucapkan tahniah...atas kejayaan anda, blog anda antara yang selalu saya kunjungi actualy.. membaca artikal anda banyak mengingatkan pesan arwah ayah... disuruhnya setia kepada UMNO kerana dia percaya semuanya untuk kesejahteraan anak cucunya... teringat lagi ketika saudara nuar buat hal ... bukan main marah arwah.. katanya dia tak mengenang budi... dan pernah katanya ... dia ni akan timbulkan porak peranda bangsa... hingga kini saya akur benar kata arwah ayah ketika itu. Marah benar arwah ayah apabila seorang daripada anaknya (abang)menyokong anwar. kami membesar dalam suasana umno tulen, kata org kampung anak barisan.. apabila pilihanraya, arwah sanggup menjadikan rumah tempat operasi, tanpa meminta satu sen pun, dialah yang akan menangis terharu apabila BN menang, kedai tempat ayah mencari rezeki pernah disimbah najis.. tapi dia hanya senyum.yang penting baginya BN menang.apabila kami tanya apa yang ayah dapat daripada UMNO dalam senyum dia berkata "semuanya untuk anak cucunya". memang benar anak cucunya tidak pernah susah untuk ke universiti semua sudah tersedia.(nak tak nak aje). alhamdulilah semua anak cucu banyak yang menikmati segala kesenangan hasil perjuangan UMNO dan BN. kami anak ipoh jati.kelebihan arwah ayah dia boleh berbahasa Cina dan India, kalau ke pasar dia dihormati kerana pendiriannya. hari ini aku berada di bandaraya kerana mencari rezeki, tetapi aku tahu sangat betapa sedihnya arwah ayah jika dia masih ada melihat orang melayu sudah sanggup menjual bukan takat tubuh malah jiwa raga mereka kepada bangsa asing demi apa demi kuasa. AIDC & team sori inilah tempat mencurah rasa..yang lama terpendam dan di sini rasanya terlalu selesa untuk berkongsi bicara. sesungguhnya, ibarat kata arwah ayah, dulu mat jenin, pak kaduk, siluncai dan lebai malang hanya watak dongeng orang melayu... tapi kini hidup di kalangan kita. AIDC and team tanhiah sekali lagi. aku akan menjadi pengunjung setia kalian. banyakkan berita beserta bukti dan fakta, jangan seperti blog sebelah sana yang hanya pandai menyalak!!! syabas

Sangtawal Sakranta berkata...

Salam..

Kita menulis bukan kerna nama...

namun bila hati mula bersuara untuk mencari kebenaran...pasti Allah tahu dan akan menunjukkan jalannya pula...

umpama benih yang baik....jatuh kemanapun ia pasti tumbuh ,membesar ,berbunga dan berbuah...

dedaun masa luruh satu persatu dari dahan waktu...namun dalam pencarian kebenaran ..pasti ada pucuk pucuk baru tumbuh hijau dengan zahirnya Subhanallah...membesarnya dengan Alhamdulillah...dan kelansungan hidup serta perjuangannya dengan Allahuakbar....

selamat berjuang buat AIDC atau ...biar mati sebagai pejuang....pejuang tidak semestinya mati dimedan perang...dan kalau matinya seorang pejuang...mereka tetap hidup dihati setiap para pejuang...

Wassalam.

shamsadis berkata...

Shamsadis,

saya juga rakyat biasa yang telah terpedaya oleh Anwar Ibrahim, berjuang mempertahankan punggung beliau dari 1998-2005 mmg sesuatu yang sukar dipercayai oleh diri saya sendri...

tapi sekarang saya akan berjuang mencari kebenaran disebalik punggung beliau yang hina dina itu...

kita rakyat biasa akan berjuang tanpa nama,pangkat dan wang ringgit demi kebenaran...

Unknown berkata...

AIDC & Team

Pertama sekali diucap tahniah kerana kalian berjaya cipta aura yang belum pernah diciptakan sebelum ini.

Buktinya sejak daritahun 1998, tidak ada blog muncul seperti ini, yang berfakta, video, terjemahan, tulisan semuanya mendedahkan siapa sebenarnya si anu itu.

Hanya pada tahun 2008 (10 tahun kemudian), baru muncul blog seperti ini. Aura penulisnya, hingga mendorong pelawat2 menjadi pembantu, rangkaian, MOD dan semakin membesar, hingga dalam masa sekejab mencecah hit ke sejuta.

Kalau blog chedet, rohani ahmad(kuda kepang), MSO (mohd sayuti omar), SH alatas, A Kadir Jassin, Rocky Bru, tidaklah menghairankan kerana mereka ada nama besar.

Tetapi ini blog tidak bernama, berjenamakan AIDC, siapa pun tak tau siapakah AIDC, tetapi berjaya mencipta arus deras. Itulah yang dinamakan aura AIDC.

Kedua AIDC sudah berjaya mencipta brand. Brandnya mula dikenali. Sukar untuk bina brand berjaya seperti ini, diminati, dipercayai dan disokong

Kesimpulan, berdasarkan dua premis di atas, saya harap AIDC teruskan perjuangan. AIDC adalah tunggak brand dan rangkaian. Tunggak mesti kuat supaya dahan, ranting dan daun dapat membiak subur.

Setakat ini belum ada pengganti AIDC, jadi kenapa perlu musnahkan semua dahan, ranting dan daun yang sedang berputik.

Masalah peribadi boleh diselesaikan dengan jalan lain. Allah akan bantu umatnya yang ikhlas dan jujur mencari kebenaran

Percayalah pertolongan ALLAH akan tiba dalam bentuk yang kita tidak nampak.

Tetapi saya yakin AIDC bukan manusia yang mudah menyerah kalah. Kalau berjiwa lemah, dia tidak mungkin membina blog ini di tengah arus kuat, masyarakat beriya2 mahukan si anu menjadi PM.

Siapa berani melawan arus, ketika si anu dinobatkan sebagai 'bakal PM Malaysia' oleh akhbar Israel, The Jerusalem Post, selepas sahaja si anu berjaya tawan 5 negeri, PRU 12?

Ketika itu, tiada blog yang berani muncul hentam si anu, kerana takut bakal ditangkap oleh si anu kerana si anu dakwa dirinya menjadi PM pada 16 september.

AIDC & the team telah mulakan dan melawan arus, jadi AIDC & team kena meneruskan hingga si anu benar2 tersungkur.

Bukankah blog AIDC adalah duplicate kepada si anu blog ? Jadi blog ini tidak perlu ditutup selagi blog si anu belum ditutup

Itulah persamaan/perbezaan anwaribrahimblog dan anwaribrahimdotcom

Tahniah kepada AIDC yang memulakan brand ini. nampaknya idea dan langkah permulaan benar dari awal, kalau tidak tidak berjaya seperti hari ini.

Tanpa Nama berkata...

teruskan perjuangan...teruskan jihad!!

QasehNuryz berkata...

tahniah aidc n team..

kita tggu detik menjelang 1 juta pengunjung..yeaH..ombakkkkk:)

ladybird berkata...

Tahniah AIDC...teruskan perjuangan ini!

Ladybird

Tanpa Nama berkata...

Teruskan perjuangan..
Walau apa pun cabaran mendatang..

Lawan tetap lawan !!!!

Say No To Anwar !!!!

PARPUKARI berkata...

tahniah aidc, anda telah menjadi millionare club!!

Kita tetap berjuang unutuk menunjukkan dunia sia sebenarnya anwar al juburi ini...

Unknown berkata...

salam kali 2 AIDC n Team...

awak telah baca sendiri bagaimana sokongan penuh ikhlas drp peminat blog ini.

w/pun mereka tak tahu menyusun bahasa seperti awak, tetapi cukuplah mereka menulis ringkas sebagai sokongan.

awak baca sendiri bagaimana rintihan, kegembiraan, luahan hati yang terpendam yang dikongsi bersama.

mereka mengaku asal usul mereka, daripada perjuangan mereka, berkongsi suka duka dengan awak.

maknanya mereka tidak peduli siapa awak, apa pangkat awak, apa nama sebenar awak, mereka sokong sepenuhnya tulisan2 awak yang membongkar, mendedah dan tunjuk arah ke arah masa hadapan untuk menyelamatkan negara ini.

saya salah seorang drp mereka yang tidak pedulikan siapakah awak kerana dari awal lagi awak guna slogan 'aku menulis bukan kerana nama, tetapi aku yakin aku benar'

bermakna, seruan awak telah disahut dan mereka bersama2 menyokong semua perkara yang awak lakukan untuk lumpuhkan si anu itu

sudah tentu awak perasan, kenapa mereka ikhlas menulis komen di tulisan awak. mereka menulis luahan perasan di chatroll, mereka menulis komen2 di forum, mereka tiap2 hari berkunjung ke blog ini.

awak tahu sebabnya?

sebabnya mereka yakin, tulisan awak boleh diyakini, blog ini boleh beri sumber alternatif yg mungkin tiada di tempat lain, di blog ini, semuanya ikhlas, komited dan bersatu padu ke arah matlamat yang sama.

selebihnya kerana sifat awak yang merendah diri yang meletakkan diri awak setaraf dengan mereka sebagai rakyat biasa.

saya juga seperti orang lain, kadangkala terfikir siapakah awak sebenarnya, kerana walaupun awak kata awak bukan pemikir, tetapi cara berfikir dan menulis serta rujukan-rujukan awak melebihi daripada 'rakyat biasa'.

tetapi, walau siapapun awak, saya tidak peduli, yang lebih mustahak, awak perlu menulis dan terus menulis, membuka pemikiran dan memandu blogger2 lain membuat serangan mengikut pemahaman masing2.

saya mewakili semua rakyat biasa mendoakan blog ini terus kekal dan terus berkembang sehingga musnahnya dajjal di alam Malaysia ini..

AMIN YA RABILULAMIN

Unknown berkata...

AIDC..

boleh beri petua macam mana dgn cepat dapat hit satu juta ?
hebat betul blog ni, alexa sentiasa rendah nak mencecah 100 terbaik. tak semua blog dapat alexa serendah itu kecuali yang betul2 diminati ramai..

tahniah aidc n the team