MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

14 Mac 2009

Presiden Obama terus tekan Iran



TEHRAN: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menyifatkan sekatan antarabangsa terhadap negaranya sebagai 'kebudak-budakkan' dengan semalam melancarkan secara rasmi projek gas asli-minyak terbesar di Teluk.

Khamis lalu, Presiden Amerika Barack Obama berkata, beliau melanjutkan sekatan ekonomi terhadap Iran untuk tempoh setahun lalu selepas mendapati Iran terus memberi 'ancaman luar biasa' terhadap keselamatan negara, dasar luar dan ekonomi Amerika.


Ia menjadi perkara rutin yang dilaksanakan pentadbiran Rumah Putih sejak sekatan terhadap Iran dilaksanakan bekas Presiden Bill Clinton pada 1995.

Ahmadinejad berkata, usaha untuk memisahkan Iran dengan dunia luar dengan sengaja mengadakan sekatan itu sebagai pemikiran kebudak-budakkan dan 'satu kesalahan besar', lapor

media rasmi IRNA.

"Kami tidak memerlukan sesiapa...kami bergantung kepada keupayaan sendiri," kata Ahmadinejad di Pelabuhan Assaluyeh.

Ahmadinejad berkata, fasa 9 dan 10 loji gas asli terbesar Iran yang beroperasi semalam adalah satu 'hadiah paling menggembirakan', sekali gus menjadi loji pengeluar minyak keempat terbesar dunia.

Nilai pelaburan projek itu mencecah AS$4 bilion membabitkan

LG Engineering Construction Corp dan beberapa firma tenaga Iran sejak 2004.

sumber: Berita Harian

Tiada ulasan: