MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Mac 2009

Perak: Mahkamah Keluar Perintah Larang Sidang DUN Tidak Sah

IPOH, 3 Mac (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan perintah melarang Speaker Dewan Undang Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar daripada mengadakan sebarang sidang DUN yang tidak mengikut undang-undang.

Perintah dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim setelah mendengar penghujahan dalam kamarnya oleh pihak Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri yang diwakili sepasukan tujuh peguam diketuai oleh Firoz Husain Ahmad Jamaluddin.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Firoz Husain berkata perintah larangan itu tidak mempunyai had tempoh.

Beliau berkata antara hujah utama yang beliau kemukakan kepada Ridwan adalah Seksyen 44 Akta Relief Spesifik yang memperuntukkan satu perintah boleh diberi terhadap seorang penjawat awam.

"Dalam kes ini, Speaker adalah penjawat awam. Selain itu kami turut meneliti undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan yang memberi imuniti kepada Speaker dan prosiding Dewan.

"Kami telah berhujah di mana imuniti itu tidak terpakai dalam keadaan semasa kerana prosiding itu bukan satu prosiding di dalam DUN dan imuniti di bawah Perlembagaan Persekutuan itu tidak terpakai," katanya.

Firoz Husain berkata Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak turut menyatakan dengan jelas bahawa hanya Sultan Perak boleh memanggil sidang DUN pada waktu yang difikirkan sesuai dan tidak ada peruntukan yang membolehkan Speaker memanggil sidang DUN.

"Speaker tidak mempunyai kuasa memanggil sidang DUN melainkan mendapat perkenan daripada Sultan Perak," katanya.

Ketika ditanya jika perintah itu bermakna badan kehakiman boleh mencampuri kuasa eksekutif, beliau berkata:" Badan Kehakiman juga bertindak sebagai "check and balance" di dalam pengasingan kuasa. Seorang tidak boleh buat dan bertindak mengikut sesuka hati. Mahkamah sebenarnya boleh menentukan had kuasa."

Kepada soalan apakah tindakan undang-undang yang boleh disabitkan terhadap Speaker jika melanggar perintah itu, Firoz Husain berkata: " Artikel 44 tersebut bagaimanapun tidak memperuntukkan sebarang hukuman khusus. Kita akan mempertimbangkannya apabila ia berlaku".

Selain Firoz Husain, Zambry dan enam Exco berkenaan turut diwakili Datuk Mohd Hafarizam Harun, Badrul Hishah Abd Wahab, Faizul Hilmy Ahmad Zamri, Zairen Zainal dan Cheng Mai manakala Sivakumar diwakili Penolong Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Zulqarnain Hassan.

sumber - bernama

Tiada ulasan: