BAITULMAQDIS – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton berkata, Washington akan bekerjasama rapat dengan kerajaan baru Israel.
Hillary yang berada di Baitulmaqdis dalam rangka lawatan pertamanya ke Asia Barat mengeluarkan kenyataan tersebut selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Israel, Shimon Peres semalam.
Pemimpin Parti Likud, Benjamin Netanyahu kini sedang berusaha untuk membentuk kerajaan baru yang dijangka mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baru Israel dalam tempoh beberapa minggu lagi. – Agensi
sumber: Kosmo Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan