MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Mac 2009

Penggunaan Allah tidak boleh untuk bukan Islam - Taib Azemuddin

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Dewan Rakyat Khamis diberitahu bahawa nama Allah berdasarkan kepercayaan (tauhid) orang Islam tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Taib Azamudden Mat Taib (PAS-Baling) berkata ini kerana Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

Taib Azamudden, yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara berkata demikian setelah Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta beliau memberi penjelasan mengenai isu penggunaan nama Allah, yang agak hangat dibincangkan oleh beberapa anggota Dewan Khamis.

Ahmad Zahid, yang ketika itu menggulung perbahasan usul ucapan terima kasih titah ucapan diraja, kemudian berkata penjelasan oleh anggota Parlimen Baling itu selari dengan pegangan kerajaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Terdahulu ketika membincangkan isu itu, Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) memberi pendapat yang berbeza.

Dr Dzulkefly dalam hujahnya berkata persoalan mengenai penggunaan nama Allah tidak harus timbul kerana telah diakui dalam al-Quran bahawa kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam.

Khalid pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.

Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) pula mencadangkan supaya satu jawatankuasa ditubuh bagi membincangkan perkara itu untuk mengelakkan salah faham dan emosi.

Sidang Dewan disambung Selasa.


sumber - bernama

3 ulasan:

Jong berkata...

Nampak sangatlah Nik Aziz bapak liberal-moderat kepada budak2 edorgan dalam PAS. Puak2 ni punyalah tak berani berdepan dengan ahli sampaikan pemilihan PAS tahun ini pun dicadangkan secara syura sahaja. Mungkin itu lah yang diamakan keadilan dan kuasa rakyat ala Anwar.

ladybird berkata...

Pelik...kenapa kenyataan yang dikeluarkan oleh orang-orang PAS berbeza. Nik Aziz kata lain, Taib kata lain....

glassman berkata...

Nampak sangat sempitnya pala otak puak2 berserban ni, ketat sangat kot ikat serban tu?

Hujjah yang di gunakan guna ALLAH dalam bible ialah , kononnya orang2 Arab dahulu kala memang sebut tuhan atau panggil tuhan ALLAH.

Tapi persoalannya, benarkah hujjah ini? Yang aku tau, di keliling kaabah sebelum ISLAM tu ada banyak patong2 dengan berbagai2 nama masing2. Dan sejauh peringatan aku, hanya selepas Nabi Muhammad Rasul ALLAH SAW baru timbul nama ALLAH muncul semula. Kalau mereka nak hujjah bab bahasa ARAB, tanya mereka, semasa JESUS Christ, apa nama TUHAN yang di bawa JESUS CHRIST mereka itu? Dan dalam bahasa apakah yang di gunakan JESUS CHRIST?

Buat apa kita jadi defensif?