MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Mac 2009

Pengarah Pilihanraya PKR Bukit Selambau dipertikai

oleh Sinar harian

SUNGAI PETANI -Pelantikan Saiful Izham Ramli sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau untuk pilihan raya kecil, didakwa menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati dan tidak senang dalam kalangan ramai pemimpin dan penyokong PKR Merbok di sini.

Dakwaan tersebut dibuat bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Kedah, Zamil Ibrahim yang menjelaskan bahawa beliau menerima sepucuk surat yang dihantar kepadanya, dipercayai daripada penyokong PKR sendiri.

Zamil berkata, surat yang ditandatangani Setiausaha Agung PKR itu jelas menunjukkan PKR bukan sebuah parti yang bermaruah, malah memalukan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) dan tindakan tersebut juga menyebabkan rakyat di Parlimen Merbok bertambah marah selain hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR itu sendiri.

“Apa yang lebih menyebabkan PKR mula goyah di sini ialah apabila Saiful Izham masih disiasat oleh Jawatankuasa Disiplin PKR kerana gagal membentangkan penyata belanjawan Pilihanraya Umum ke 11 (PRU 11).

“Ini membuatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak pencalonan beliau semasa PRU 12 lalu ketika beliau telah dipilih oleh PKR bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 8 Mac 2008,” tegasnya semasa mengadakan sidang media di Cinta Sayang Resort di sini, semalam.

Zamil berkata, apa yang lebih memeranjatkan pemimpin dan penyokong PKR di sini ialah apabila Saiful Izham terus dilantik oleh PKR menjadi Pengarah Pilihan Raya Kecil PKR DUN Bukit Selambau untuk pilihan raya kecil selepas penolakan SPR itu pada PRU 12 lalu.

Katanya, ramai pemimpin dan penyokong PKR Merbok tidak senang di atas pelantikan tersebut malah pelantikan tersebut juga menimbulkan perasaan tidak puas hati daripada pemimpin daripada Pakatan Rakyat (PR) sendiri.

“Malah mereka mahu saya melakukan sesuatu agar pemimpin, penyokong dan rakyat di sini tidak terus dibohongi kerana mereka tidak mahu tertipu lagi seperti yang berlaku pada PRU 12 pada tahun lepas.

“Kesilapan yang berlaku pada PRU 12 lepas telah menyebabkan saya yang pada masa itu memegang jawatan sebagai Pengarah Strategik PKR Merbok terpaksa meletakkan V. Arumugam (bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau) sebagai calon bebas ketika itu supaya Barisan Nasional (BN) tidak mudah menang dan diisytiharkan menang tanpa bertanding,” katanya.

Beliau berkata, PKR juga hanya pandai berkata-kata dalam ceramah politik.



1 ulasan:

nasdin berkata...

bravo zamil, saiful s/u Yayasan Aman ni mmg lawyer bahlul...

dia ni kumpulan saifudin/johari abdul dlm PKR. depa ni jauh dgn grass root dlm PKR. elitis konon.

byk collect duit dari tokey2 konon AnWar yg suruh mintak. bila aduan dibuat kpd AnWar, dia senyap je..
pasai dia tau Saiful ni bahlul takdak otak. senang AnWar nak perkuda !!!!!!!!

sila layari tulisan saya di http://x-pkr.com