MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Mac 2009

PAS terima sepenuhnya gerakan Muslim Moderat Anwar Ibrahim ?



Oleh Kumbang, AIDCclub

Artikel ini disalin dan ditambah dari Minda AIDC:

“MUSLIM MODERATE” adalah model yang ditaja oleh Amerika melalui Center for the Study of Islam and Democracy (CSID). CSID merupakan badan pemikir Amerika untuk mencari kaedah terbaik menyemai benih-benih DEMOKRASI ke negara-negara Islam.

CSID telah menganugerahkan Anwar sebagai “Muslim Democrat of the Year” pada tahun 2005.


Maksud “Muslim Moderate” adalah Muslim terima idea-idea Amerika khususnya DEMOKRASI dan HAK ASASI.Muslim Moderate menolak Negara Islam, hukum hudud dan Mahkamah Syariah.


Golongan Muslim yang mahukan Negara Islam dan perundangan Islam dilabel oleh Amerika sebagai Muslim Teroris. Sebab itu Abu Bakar Bashir, tokoh Islam Indonesia yang dilabel Amerika sebagai ‘Teroris’ telah berkata Anwar Muslim Moderate yang tidak cukup faham mengenai Islam.


Separuh daripada penggerak CSID tidak beragama Islam, misalnya Antony Sullivan, Vice-Chair CSID, Robert Schadler, Tamara Sonn, Joseph Montville, Louis Cantori dan lain-lain. Malah CSID sendiri ditaja oleh Yahudi neocon, Carl Gershman, Presiden National Endowment for Democracy (NED).


Asma Afsaruddin, Chair CSID dan Radwan Masmoudi, President CSID serta tokoh-tokoh Islam lain adalah pro Amerika sama seperti Anwar Ibrahim.


Menurut Anwar, Negara Islam bukan agenda perjuangannya. Katanya, beliau akan sokong jika majoriti rakyat Malaysia menolak Mahkamah Syariah kerana itu satu rukun demokrasi.


Menurut Amerika, negara-negara Islam kebanyakan tidak Demokrasi. Tidak demokrasi sama dengan autokratik dan pemerintahan diktator. Atas premis itu Iraq dan Afganistan diserang untuk menyemai benih demokrasi di negara-negara Islam itu.


Persoalannya adakah Demokrasi ciptaan Amerika lebih tinggi berbanding dengan Demokrasi berasaskan Al Quran dan as Sunnah? Di mana Keadilan, Demokrasi dan hak asasi yang diperjuangkan Amerika jika majoriti rakyat sebulat suara menerima perundangan Islam sebagaimana yang termaktub dalam ajaran mereka?


Teringat Kumbang, PAS tak dapat menerima Islam Hadhari kerana dikatakan seperti mencipta agama baru dan tidak mengikut syariat Islam.

Nah, tanpa mereka sedari. Mereka kini menerima dengan rela pemimpin yang memperjuangkan Islam gaya Amerika.

Tahniah, pemikiran kritis dan inovatif ini perlu kita sanjungi.
Kita boleh cerca.

Kita boleh maki dasar Islam yang dilakukan kerajaan.

Tapi kita kita segan untuk ulas apabila ketua kita dianugerahkan gelaran tersohor “Muslim Democrat of the Year” yang memperjuangkan Islam Moderate dan perkara ini secara jelas menolak Negara Islam, hukum hudud dan Mahkamah Syariah.


Kumbang tak pertikaikan agama Nik Aziz.

Kumbang tak pertikaikan bagaimana Islamnya Haji Hadi.

Kumbang cuma pertikaikan bagaimana mereka tidak dapat melihat semua ini?


Adakah ini semua satira dan mainan kerajaan?


Mungkin ada yang sudah melihatnya seperti Mustafa Ali dan Haji Hadi sendiri.

Tetapi mereka tiada suara majoriti.

Mereka tiada baju kotak-kotak untuk membuat keputusan melangkaui kuasa Presiden.

Mereka hanya golongan Ulamak yang kolot bagi pandangan sesetengah orang dalam PAS.


Apa yang mereka suarakan tentang perpaduan, dicantas terus oleh mereka yang sayangkan Anwar Ibrahim dan DAP.

Persoalannya adakah mereka dan ahli PAS akan terus berdiam diri melihat Anwar yang diberi pengiktirafan sebagai antara 100 tokoh paling berpengaruh di dunia disebabkan memperjuangkan Islam Moderate.


Itu cerita PAS.


Bagaimana dengan kita yang mencari terbaik di kalangan terbaik. Di kala semuanya nampak elok di mulut Anwar Ibrahim tapi hakikatnya yang nyata dipaparkan di AnwarIbrahimDotCom.

Kita melihat Anwar di sebalik tabir perjuangan ketuanan rakyat beliau di sana.
Adakah anda masih terus mahu menerima Anwar?


Anda sendiri fikir kerana anda orang Islam.

Anda sendiri fikir kerana anda rakyat Malaysia.


Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?


sumber - analisisringan



Tiada ulasan: