MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

16 Mac 2009

Kes Siti Fatimah diputuskan murtad




Mar 16, 09 12:40pm

Mahkamah Rayuan Syariah Pulau Pinang hari ini menolak rayuan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang mengisytiharkan Siti Fatimah Tan Abdullah, 39, bukan lagi seorang Islam pada 8 Mei tahun lalu.


Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Datuk Ibrahim Lembut setelah berpuas hati bahawa status pengislaman Siti Fatimah tidak sempurna.

MAIPP memfailkan rayuan tersebut Mei lalu terhadap keputusan mahkamah berkenaan membenarkan permohonan Siti Fatimah, atau nama sebenarnya Tan Ean Huang, keluar Islam setelah mendapati wanita itu tidak mengamalkan ajaran Islam sejak memeluk agama itu pada 25 Julai 1998.

Dalam pernyataan tuntutannya yang difailkan pada 10 Julai 2006, Tan berkata, dia tidak pernah yakin dengan ajaran Islam dan hanya memeluk agama itu sekadar untuk mencukupkan syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang lelaki warga negara Iran bernama Ferdoun Ashanian pada 16 September 2004.

Tan, yang pernah bekerja sebagai tukang masak, memfailkan permohonan itu selepas ditinggalkan suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab.

Dalam tuntutannya Tan menyatakan bahawa sepanjang memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala dan mengikut ajaran agama asalnya, Buddha, dan masih memakan daging babi.

sumber - Malaysiakini



Mahkamah Syariah Rayuan Pulau Pinang putus Siti Fatimah murtad


GEORGETOWN: Mahkamah Syariah Rayuan Pulau Pinang hari ini bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dalam mengisytiharkan Siti Fatimah Tan Abdullah bukan lagi seorang Islam.

Pada 4 Disember lalu Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) mengemukakan rayuan terhadap keputusan yang membenarkan Siti Fatimah keluar daripada Islam.


Pada 8 Mei tahun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah mengisytiharkan Siti Fatimah atau nama sebenarnya Tan Ean Huang sebagai bukan lagi orang Islam dan memerintahkan Majlis Agama Islam negeri supaya membatalkan Sijil Memeluk Islam milik plaintif.

sumber - Mstar.online

2 ulasan:

Tok Pambu berkata...

Bukit Gantang mempunyai penduduk melayu sebanyak 63%

Mungkin kah semua penduduk melayu ini 100% menyokong BN?
Jawapan nya TIDAK MUNGKIN.

Jika 25% SAHAJA penduduk melayu ini menyokong PR, maka BN akan TUMBANG.

Kami kaum india dan cina akan berdiri teguh dihadapan PAS bersama sama DAP dan PKR @ Pakatan Rakyat

NTanwar berkata...

Bagus..ini analisis mudah Erdogan..analisis ini dikira amat tepat sebab hanya DAP dan PKR sahaja mengundi di situ. MCA, MIC, Gerakan tiada seorang ahli pun di situ..