Exco Selangor Elizabeth Wong yang tetap berkeras mahu melepaskan jawatannya itu dan juga sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan kini sedang dalam perjalanan pulang dari luar negeri, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Kami agak sibuk sekarang. Dewan (Undangan Negeri) sedang bersidang. Saya kena berikan masa yang cukup untuk bertemu (dengan exco) itu.
"(Pada mulanya Elizabeth) ingin datang bertemu (saya) hari ini, tetapi saya cadangkan kepadanya supaya pertemuan itu diadakan hujung minggu ini," kata Abdul Khalid.
Beliau mengulas perkembangan terkini exco itu dalam sidang media selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor rehat tengah hari ini.
Semalam, beliau dilaporkan berkata, cuti Elizabeth telah tamat, tetapi kerajaan Selangor belum memutuskan kedudukannya sebagai exco dan Adun Bukit Lanjan.
Abdul Khalid juga mendakwa masih menunggu laporan polis berhubung siasatan kes gambar intim exco perlancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar itu.
Ditanya sama ada bolehkah exco bercuti lebih sebulan, beliau berkata, Elizabeth telah mendapat kebenaran rasmi dari Speaker Teng Chang Kim, untuk tidak menghadiri sidang DUN kali ini.
sumber - malaysia-instinct.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan