MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

23 Mac 2009

Kes Liwat Hantui Anwar

Oleh Gelagat Anwar

Walaupun masih sibuk dengan usaha ‘fire-fighting’ di dalam PKR (baik di Bukit Selambau, Pulau Pinang, Selangor dan lain-lain tempat), apa yang paling Anwar khuatir dan risau adalah kes ‘liwat’nya yang akan didengari di mahkamah tidak beberapa lama lagi. Yang Anwar risaukan bukannya tentang prosedur dan perjalanan mahkamah; tetapi bukti ‘prima facie’ lain yang akan timbul selepas ini.

Kita tidak payah ungkit teori ‘trojan horse’ dan sebagainya. Saiful adalah pemuda biasa yang mencari peluang pekerjaan. Untuk ditawarkan kerja dengan salah seorang yang kononnya ‘freedom fighter’ dan pejuang hak asasi adalah impian yang jadi kenyataan. Siapa yang tidak mahu berada di dalam ‘inner circle’ Anwar Ibrahim. Ini adalah dream job sebenarnya.

Dengan kepercayaan yang diberikan, Saiful adalah seorang yang sangat disenangi dan ‘disayangi’ oleh Anwar. Sayang seorang majikan kepada pekerjanya. Sayang seorang teman tapi mesra - kepada temannya.

Anwar cukup risau, kerana dikatakan banyak bukti yang boleh memberikan keperluan ‘prima facie’ kepada penuduh. Ini dikatakan oleh orang luar dan dalam. Akses Saiful kepada segalanya tentang perjalanan politik Anwar sepanjang Mac yang lalu adalah luar biasa. Ruang yang diberikan oleh Anwar kepada seorang ‘drop out’ seperti Saiful adalah cukup berbeza dengan Anwar yang sangat teliti dahulu. Bukan calang orang yang boleh duduk di dalam circle Anwar; baik di IKD mahupun di MOF (ketika beliau menjadi Menteri Kewangan).

Saiful dikatakan mempunyai dokumen perjalanan, catatan diari setiap perjalanan (mestilah termasuk apa yang berlaku sebelum, ketika dan selepas sesuatu event). Sebagai seorang yang teliti juga - tidak banyak yang terlepas daripada catatan Saiful. Siap dengan ‘masa’ dan details yang lain.

Anwar cukup tidak gemar dengan ’surprise’ begini. Anwar sesekali tidak mahu reputasinya sebagai Ketua Pembangkang rosak teruk dengan keadaan ini. Dengan keadaan PAS sedang beria-ia dengan Kerajaan Campuran - Anwar sudah hilang keyakinan diri. Dia tahu dan maklum - risiko ini terlalu tinggi untuk dihadapi. Keadaan sudah tidak memihak kepadanya.

Kes liwat ini akan menjadi ‘mother of all battle’ kepada perjuangan politik Anwar. Jika didapati bersalah, Anwar akan kehilangan segalanya. Kehilangan maruah diri. Kehilangan integriti sebagai seorang individu - mahupun sebagai pemimpin parti. PKR hampir pasti runtuh. Rumahtangga Anwar - jahanam menyembah bumi. Saiful yang tidak sabar membuka segala ‘details’ dan perincian episod luar tabii akan membuka segalanya - tanpa dilapik lagi dengan kenyataan yang bersifat spekulatif.

Jika Anwar didapati bersalah - PR akan hilang maruah politik. Kerajaan beberapa Negeri akan turut runtuh. Anwar tahu dan maklum dengan implikasi politik kepada perbicaraan kali ini. Anwar tahu dan maklum bahawa ini adalah persimpangan politik paling genting kepada dirinya.

sumber - gelagat anwar


Tiada ulasan: