Tidak ada pilihanraya kecil Bukit Lanjan, tetapi kerajaan Pakatan PKR,DAP & PAS Selangor akan melantik seorang EXCO yang baru…..
Menurut berita yang disampaikan oleh Informer Blogmaster malam tadi, pada hari Rabu nanti, MB Selangor akan mencadangkan kepada seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor [EXCO] agar meluluskan keputusan untuk mengekalkan Yb Elizabeth Wong sebagai ADUN Bukit Lanjan TETAPI menerima perletakan jawatannya sebagai EXCO negeri dibawah pentadbiran Khalid LEMBU LEXUS.
Bersungguh-sungguh nampaknya Informer tersebut menyampaikan maklumat ini sebab beliau sendiri tidak bersetuju langsung dengan pendirian Khalid Ibrahim. Seperti yang Blog ini pernah laporkan sebelum ini, Informer yang selalu menghubungi Blogmaster merupakan salah seorang Ketua AMK PKR Bahagian dan berstatus Ahli Majlis.
“sayangnya si Khalid kat Eli nie, cuma terima perletakan jawatan Exco sahaja sebagai syarat kerajaan negeri, kononnya dah ada ambil tindakan lah…, tapi masih nak Yb Eli kekalkan kerusi ADUN…” beliau memulakan ceritanya.
Satu lagi keputusan yang bakal dicapai pada mesyuarat EXCO itu nanti ialah memutuskan siapakah pengganti Elizabeth Wong sebagai EXCO yang baru.
“dengar cerita Tan Sri Khalid nak gantikan dengan seorang lagi anak didik Tien Chua.., budak muda pulak tu..” sambung Informer itu lagi.
Wah! Hebatnya pengaruh Tien Chua terhadap Khalid Ibrahim, siapakah pula gerangan Yb yang bertuah itu. Bakal pengganti Elizabeth itu akan mempengerusikan tiga [3] portfolio iaitu; Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar.
“ Khalid nak gantikan Eli dengan Yb Rawang, Gan Pei Nei” jelas Informer itu sambil menjamah Sizzling Black Pepper Lamb kegemarannya dalam pertemuan kami di salah sebuah restoran terkemuka di Bukit Tinggi Klang malam tadi.
Yb Gan Pei Nei, baru berusia 28 tahun, merupakan lulusan Universiti Sains Malaysia dibidang Mass Communication. Beliau hanya menyertai PKR pada tahun 2004, dan terus diberikan kepercayaan untuk mengetuai Pusat Khidmat PKR Bahagian Batu dimana Ketua Bahagiannya adalah Tien Chua.
“ Ramai pimpinan PKR negeri Selangor meramalkan Cikgu Lee [YB Lee Kim Sin ADUN Kajang] akan menggantikan Yb Eli, tapi nampak gaya Khalid masih mahukan seseorang yang ada kaitan dan kena mengena dengan Eli – Tien Chua….” kata Informer tersebut seperti menggambarkan kehampaannya.
“Yb Rawang tu bukannya ada rekod perjuangan, dia masuk parti pun baru lagi…., patutnya Khalid kenalah lantik orang orang lama macam Cikgu Lee, barulah adil “ beliau terus bercerita.
Bila ditanya tujuan Informer tersebut mahukan cerita ini disiarkan terlebih dahulu sebelum pengumuman rasmi dibuat, beliau mengharapkan Khalid serta Exco yang lain akan mengubah keputusan ini apabila lebih awal diketahui umum. Beliau yakin ada dikalangan pimpinan PKR Selangor akan membantah dan merumitkan lagi pergolakan dalaman parti mereka. Untuk menerima keputusan Yb Eli kekal sebagai ADUN pun sudah ada terdengar suara suara yang tidak bersetuju dengan keputusan Khalid yang sememangnya dilihat tersangat menyayangi wakil rakyat Bukit Lanjannya itu….
Oleh itu, keputusan memilih pengganti Elizabeth sebagai wakil rakyat bertaraf EXCO semestinyalah diberikan kepada wakil rakyat yang mempunyai rekod senioriti dikalangan mereka.
Apa yang jelas disini ialah Khalid seakan akan melepaskan batuk ditangga. Apakah mungkin Yb Gan hanya akan menjadi Exco diatas kertas sahaja sedangkan yang akan menjalankan peranan penting adalah Yb Eli sendiri, mereka semua didalam satu team yang telah dibentuk oleh Tien Chua.
Masih ingat lagi reaksi awal Khalid sewaktu timbul kekecohan kes wakil rakyat Bukit Lanjan waktu itu ialah “Eli adalah wakil rakyat contoh, beliau sangat kuat bekerja dan sangat disegani dikalangan pengundi-pengundinya. Tak ada sebab untuk saya memecat beliau…”
Khalid Ibrahim juga tidak akan gentar mendepani sebarang bantahan dari wakil rakyat PAS [sekiranya ada] untuk mengekalkan Elizabeth Wong sebagai ADUN sebab Nakhoda kepada parti Islam, iaitu Nik Aziz dah mengeluarkan “fatwa”nya menyebut, TAK salah untuk tidur berbogel….., sudah tentulah nanti Hassan Ali, Dr Halimah dan lain lain pimpinan PAS Selangor akan akur dengan fatwa Tok Garu mereka ini!
sumber - medan info kita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan