MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

26 Mac 2009

Kenapa Anwar terlalu takutkan Najib ?

Oleh: Tenda Biru

Nampaknya Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terdesak menjelang peralihan kuasa dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak hujung bulan ini.

Semakin dekat Perhimpunan Agung Umno, semakin banyak kempen untuk menjatuhkan Najib, semuanya berbau politik mainan Anwar. Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar turut menggunakan media asing dan blog-blog yang dikendalikan oleh ahli-ahlinya untuk membuat tuduhan-tuduhan yang tidak berasas terhadap Najib.

Tujuan mereka hanya satu - supaya Najib tidak menjadi Perdana Menteri.Dengan membuat tuduhan terhadap Najib walaupun setelah ianya diperjelaskan oleh pihak polis, Anwar dan kuncu-kuncunya mempersoalkan kewibawaan polis dan sistem keadilan di Malaysia. Mustahil semua pegawai dan anggota polis boleh bersekongkol dalam isu sebesar ini.

Anwar cuba untuk memberi maklumat-maklumat palsu kepada rakan-rakan media asingnya untuk mencemarkan nama baik Najib. Seorang penulis yang beretika selalunya akan mendapatkan penjelasan daripada pihak yang menuduh dan pihak yang tertuduh.

Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh pembangkang tidak berasas sama sekali. Semasa mengumumkan Kabinet barunya selepas Pilihanraya Umum yang ke 12 tahun lalu, Abdullah telah menegaskan bahawa semua ahli Jemaah Menteri telah diskrin dan diluluskan oleh Biro Pencegah Rasuah dan polis. Jelas isu pembabitan dalam rasuah atau kegiatan tidak bermoral sebelum tahun 2008 tidak berbangkit.

Apa yang jelas ialah Anwar dalam ketakutan. Anwar tahu Najib bukan sebarang pemimpin. Najib boleh mengembalikan Barisan Nasional ke era kegemilangannya. Bila ianya berlaku, PKR dan Pakatan Rakyat akan terkubur. Cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri akan turut terkubur. September 16 akan tinggal impian.

sumber - Sahabat Mantap

5 ulasan:

melayuangkat berkata...

Salam,

Takut Kerana Salah..Salah apa? Salah makan ke? Salah cakap ke? Salah laku ke? Hanya Allah swt yang tahu.

Kalau Seluruh Hindraf di India sekali pun yang sokong Anwar dan seluruh DAP di sini dan Singapore pun sokong dia dituruti yang Alim Malim dalam PAS pun sokong dia, TAPI kalau memang sudah Qada dan Qadarnya Najib yang jadi PM maka jadilah Najib.

InsyaAllah, saya pun turut doakan agar DS Najib akan jadi PM Malaysia yang baru. InsyaALlah.

Kalau Allah swt mahu Anwar jadi PM dah lama dah, dari dulu lagi. Mesti ada sebab sebab yang hanya dia tahu, mengapa sekor manusia nama Anwar ini tidak boleh jadi PM.

Hanya Allah swt yang Maha mengetahui.

WaAllahuAlam.

Unknown berkata...

Assalmualaikum...amat menarik terutamanya pada perenggan terakhir.
'Kalau sudah Qada' dan Qadar Allah nak buat macam mana...'

orang politik,baik BN atau PR,ingat sikit Kuasa Tuhan...

teringat krisis di negeri saya

Jumayatara berkata...

melayuangkat telah ditakdirkan menjadi penyokong kuat DS Najib.maka jadilah melayuanagkat penyokong DS Najib......macam tu ke.





Just ban yourself from oral sex

kaseh berkata...

Tuelah dia...betol tue..kalo Allah nak anwar jadi PM dah lama dah....tapi kini ermmmm kenapa dia masih menjadi pertualang orang melayu...sedih masih lagi ramai yang tak sedar dan memilih anwar sebagai ketua..pada saya dia takder apa-apa pon ciri kepimpinan....salah lakunya hanya ditutup oleh orang yang buta akal dan fikiran...Anwar the Stuppid Kapten...

ladybird berkata...

SAY NO TO ANWAR!