MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

21 Mac 2009

Kenapa Anwar pilih S Manikumar ?

Ramai berpendapat Anwar salah pilih calon. P Sritharan dikatakan calon paling layak berdasarkan aktiviti dan populariti di Bukit Selambau


email MolePKR

Sesetengah pihak berpendapat Anwar telah buat keputusan mengejut kerana membelakangkan aktivis PKR sendiri dan mengambil ahli setahun jagung PKR (baru dua tahun menyertai parti), S Manikumar sebagai calon Bukit Selambau.

Sebelum ini S Sritharan, AJK PKR Sungai Petani disebut-sebut sebagai calon yang paling layak. Dia sendiri mengakui dalam akhbar China Press dihubungi oleh ibu pejabat PKR Pusat supaya bersiap sedia kerana namanya bakal diumumkan.

Malah dia sendiri telah membuat persiapan rapi dan telah berkempen kepada penduduk Bukit Selambau, kerana yakin dirinya akan dipilih berdasarkan rekod cemerlang semasa menjadi Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Seorang lagi aktivis PKR yang mendakwa paling layak adalah K Masilamani, yang dikenali di kalangan masyarakat India di Bukit Selambau.

Penyokong-penyokong K Masilamani bertegas hanya Masilamani paling layak dipilih sebagai calon. Sebab itu apabila Anwar umumkan nama S Manikumar, penyokong Masilamani terkejut, mereka menjerit, "kami tidak kenal calon itu. Calon itu bukan anak tempatan" yang menyebabkan berlaku kekecohan hingga memaksa Anwar terpaksa menemui Masilamani untuk menenangkan para penyokongnya.

Seorang lagi aktivis PKR yang dipinggirkan adalah Dr R Krishnamoorthy. Dia dikatakan paling layak berasaskan kelulusan dan antara aktivis penting PKR Kedah. Dia adalah Ketua Penerangan PKR Sungai Petani dan Naib Ketua Angkatan Muda PKR Kedah.

Seminggu sebelum pengumuman calon, S Manikasavagam, Ahli Majlis Tertinggi PKR sudah dapat menghidu kemelut perebutan menjadi calon di Bukit Selambau itu. Dari sumber-sumber yang didapati akan berlaku pergelutan sesama sendiri dan kemungkinan calon-calon yang tidak dipilih akan melakukan sabotaj untuk mengalahkan calon PKR sendiri.

S Manikasavagam telah mengadakan perjumpaan dengan Dr Xavier Jayakumar dan mencalonkan RS Thanentiran, penyelaras HINDRAF.

Manikasavagam hantar proposal RS Thanentiran kepada Anwar Ibrahim sendiri. Hujah Manikasavagam mudah, jika sekiranya RS Thanentiran tidak dipilih sebagai calon PKR di Bukit Selambau bermakna PKR mengenepikan peranan dan sokongan HINDRAF dalam membantu PKR memenangi PRU 12 baru-baru ini.

Kata dua Manikasavagam itu walaupun bernada keras, tetapi memberi impak besar kepada pengundi India kerana menurutnya masyarakat India mengetahui sumbangan dan peranan HINDRAF dalam membantu PKR. Jika penyelaras HINDRAF sendiri tidak dipilih sebagai calon bermakna PKR terutamanya Anwar Ibrahim hanya berpura-pura menyokong HINDRAF tetapi hakikatnya menjadi alat yang boleh dipakai buang sahaja.

Hakikatnya walaupun masing-masing mendakwa dirinya paling layak dan paling berjasa kepada parti, tetapi keputusan pengumuman calon hari ini amat berbeza. Orang yang diumumkan sebagai calon bukan aktivis parti, malah bukan aktivis HINDRAF sebaliknya muka baru, berumur 35 tahun dan seorang peniaga yang bermatlamatkan keuntungan.

Persoalannya kenapa Anwar memilih S Manikumar dan mengenepikan semua calon PKR yang paling berkelayakan dan bekerja keras untuk parti?

Sebabnya mudah. S Manikumar adalah 'proksi perniagaan' kepada V Arumugam, calon PKR dan exco PKR yang meletak jawatan kerana skandal seks.

Manikumar menjadi 'runner bisness' kepada Arumugam semasa dia memegang jawatan sebagai exco kerajaan Kedah. Dia masuk PKR pun sebab Arumugam masuk PKR. Sebelum ini Arumugam sendiri calon bebas, kemudian masuk PKR apabila Anwar tawarkan jawatan exco Kedah.

Nama S Manikumar adalah termasuk dalam list last minute dan terletak dalam ranting paling bawah. Tetapi memandangkan Anwar sudah buat 'deal sulit' dengan Arumugam, Manikumar terpaksa dipilih sebagai calon kerana desakan Arumugam.

Khabarnya Arumugam telah beri kata dua kepada Anwar. Jika calon pilihannya (Manikumar) tidak dipilih sebagai calon, dia sendiri akan sabotaj dan akan berkempen untuk mengalahkan calon PKR.

Jadi dalam kes ini, kenapakah Manikumar dipilih sebagai calon ? Sebagai proksi Arumugam, supaya kepentingan bisnesnya masih dapat dilindungi?

Jika Arumugam rosak keperibadiannya terlibat dengan skandal seks hingga terpaksa meletak jawatan, apakah masalah ini akan selesai dengan mengangkat proksi Arumugam sebagai calon ?

Kita sama-sama saksikan episod sabotaj mensabotaj ini. Arumugam mungkin menang pusingan pertama, tetapi belum tentu menang dalam pengundian nanti..

2 ulasan:

Unknown berkata...

Baru nak letak calon...dah berlaku perebutan. Ni belum mengundi lagi.Masing2 nak sabotaj mensabotaj. Ni la masalahnya kalau letak calon India.

Nampak sangat PKR ni gila kuasa. Bukannya nak berkhidmat untuk rakyat. Tak tau la kalau pengundi2 kat Bukit Selambau ni masih nak beri undi kat depa ni lagi.

வே. இளஞ்செழியன் berkata...

Now, the thing is this: Why should DSAI give such importance to Arumugam's wishes? After all, even Arumugam is an unknown in Bkt. Selambau, and in the last year, has done next to nothing for the Indian community in the area. That DSAI chose Manikumar for winning Arumugam's support is as far flung a theory as one could imagine.

Still, PKR really needs to ask itself whether it really does have ethnic leaders within its ranks...