MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

21 Mac 2009

Amerika Syarikat tekan Presiden Sudan

Amerika Syarikat memberi sokongan penuh kepada Hassan Turabi, Bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecat. Hassan Turabi diberi pelbagai keistimewaan di Amerika termasuk menjadi pensyarah pelawat di Georgetown University.

Sumber Sinar Harian

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) meningkatkan tekanan terhadap terhadap Presiden Sudan, Omar Hassan al-Bashir dengan menegaskan beliau perlu bertanggungjawab ke atas setiap kematian di Darfur selepas menghalau 13 pertubuhan bantuan keluar dari negara ini.

“Ini adalah situasi menakutkan yang menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan yang tidak dapat digambarkan ke atas penduduk di Darfur,” kata Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton.

“Persoalannya ialah apakah tekanan yang boleh membuatkan Presiden Omar dan kerajaan di Khartoum faham bahawa mereka akan bertanggungjawab di atas setiap kematian yang berlaku di kem-kem itu” katanya.

Seorang pegawai pentadbiran AS berkata, Presiden Barack Obama memilih rakan baiknya yang juga pesara Tentera Udara AS, Jeneral Scott Gration menjadi wakil khas ke Sudan berdasarkan pengetahuannya mengenai isu-isu di Afrika.

Pakar-pakar antarabangsa berpendapat sekurang-kurangnya 200,000 orang terbunuh di Darfur tetapi kerajaan pimpinan Omar mendakwa hanya 10,000 orang terbunuh.

Konflik yang menyebabkan lebih 2.7 juta penduduk menjadi perlarian itu tercetus apabila pemberontakan yang terdiri di kalangan etnik bukan Arab bertindak mengangkat senjata menentang kerajaan sejak 2003.

Baru-baru ini, Khartoum mengarahkan pertubuhan-pertubuhan bantuan keluar dari Sudan selepas Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague mengeluarkan waran tangkap ke atas Omar berhubung dakwaan jenayah perang di Darfur.



Tekanan Amerika, Sudan bebaskan Hassan Turabi

KHARTOUM: Pihak berkuasa Sudan hari ini membebaskan ketua pembangkang, Hassan al-Turabi, selepas dua bulan ditahan berikutan tindakannya mengarahkan Presiden Omar al-Beshir menyerah diri kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

"Bapa saya sudah dibebaskan dari penjara Port-Sudan. Mereka membawanya dengan menggunakan pesawat dan beliau kini berada di rumah di Manshia," kata anak perempuannya, Omama al-Turabi, yang berada di kawasan luar bandar Khartoum, hari ini. - AFP

sumber - Berita Harian



Tiada ulasan: