MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

29 Mac 2009

Di sebalik tabir calon PKR Bukit Selambau..



1. Seperti diulas sebelum ini, Anwar tetap menurunkan calon India mewakili PKR di Bukit Selambau. S. Manikumar telah diumum anwar sebagai calon PKR di sana. Yang menariknya, Anwar masih memainkan watak yang sama sebagai ketua PKR iaitu “Pecah dan Perintah”, atau divide and rule yang tetap menjadi amalannya sekian lama.

2. Kehendak akar umbi di Bukit Selambau mahukan seorang calon anak tempatan-seorang peguam dari HINDRAF. Pelbagai rundingan dengan Anwar telah diadakan. Anwar tetap bermain politik dengan mengiyakan semua permintaan kumpulan ini. Bila masa mengumumkan calon, nama Manikumar yang terpilih.

3. Apabila kumpulan ini bersemuka melahirkan ketidakpuasan hati mereka, Anwar dengan selamba menjawab ini keputusan PKR Kedah dan beliau hanya mengumumkannya. Kononnya inilah kehendak akar umbi di Bukit Selambau. Bila ditanya PKR Kedah, PKR Kedah menyatakan Manikumar adalah calon Anwar. Ini lah Anwar, sering bermain drama dalam setiap tindakannya.

4. Manikumar adalah calon pilihan Datuk Ravi Dharan, antara pembiaya kewangan PKR sekarang. Datuk Ravi ini juga yang telah membawa lari bekas ADUN Bukit Selambau V. Arumugam ke Mumbai atas arahan Anwar. Beliau menjaga segala hal-ehwal Arumugam di sana. Dalam masa yang sama Anwar menuduh BN yang bertanggunjawab atas kehilangan Arumugam. Betapa jijik taktik Anwar yang teramat hipokrit ini.

5. Bagi Anwar, baik PAS, PKR, DAP, HINDRAF atau NGO-NGO lain, mereka hanyalah alat kepada percaturan politik Anwar. Anwar tidak pernah ada semangat setiakawan yang sebenar. Bila-bila masa pun dia akan menelan kawannya setelah habis memerah tenaga dan keringat mereka. Segala tindakan Anwar hanya bermotifkan politik yang akan menguntungkan beliau.

6. “Brotherhood spirit” atau “Semangat Persaudaraan” Anwar hanyalah slogan kosong. Yang ada pada diri beliau hanyalah ‘Aku spirit’ atau semangat individualistik yang tinggi. Anwar bukan saja memijak lawan, malahan sanggup memijak kawan untuk naik ke atas (memenuhi matlamat dan cita-cita beliau ). Bukan sedikit kawa-kawannya yang telah dipijak.

7. Beliau pernah meninggalkan ABIM semata-mata mahu mendaki puncak kuasa dalam kerajaan. Semasa proses mendaki (dalam UMNO), bukan sedikit juga rakan-rakannya yang telah dikuis, ditendang dan dimatikan karier politik mereka. Kini Anwar dalam proses memijak beberapa orang dalam PAS kerana tidak mahu menyokong beliau. Begitu juga DAP, sedangkan mereka ini amat setia dengan dasar perjuangan parti masing-masing. Bukannya setia dengan Anwar yang ‘opportunist’.

8. Manusia seperti Anwar tidak wajar diangkat sebagai pemimpin. Biarpun berlainan fahaman politik, nilai persahabatan haruslah dipelihara kerana sifat mulia ini mengangkat darjat kita sebagai MANUSIA….

sumber - x-pkr.com


6 ulasan:

sapien berkata...

Satu pembohongan yang nyata.

Pertama tiada laman blog AIDC.

Kedua V. Arumugam tidak lari ke India.

Ketiga Calon yang disebut sebagai seorang anggota Hindraf seorang peguam bukanlah calon pilihan.

Dari segi logik akal adakah kamu mahu sebuah pertubuhan yang dilabelkan sebuah pertubuhan haram oleh kerajaan terlibat dalam politik bersih kerajaan PAS Kedah. Penyelesaian telah dibuat melalui perbincangan dan persefahaman telah diperolehi. Lain kali dapatkan sumber yang sahih. Harap maklum

PAPA GOMO berkata...

SALAM..
TERUSKAN MENYERANG BNM DENGAN SEGALA HUJAH DAN FAKTA YANG ADA BAGI MEMBANTU KERAJAAN
SEMEMANGNYA BNM TELAH MELAKUKAN PEKARA BANGSAT DAN BACHOL

http://gomo-no1.blogspot.com/2009/03/serang-bnm-habis-habisan.html

Unknown berkata...

Rileks ler brader Sapien>>>

kenapa nak marah-marah ni. mungkin betul apa yang disampaikan oleh sumber di atas.Habis tu kenapa kecoh semasa anwar umumkan nama calon.kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang.

Apa maksud brader 'Tiada laman blog AIDC'????

Ni bukan laman AIDC ke laman apa? Atau brader dah rabun jauh/dekat? Baik pergi jumpa doktor mata jangan tersalah jumpa doktor pakar psikoterapi pula...

S.Gobi Krishnan berkata...

Memang betul Anwar menyuruh Dato Ravi Dharan membawa lari Arumugam ke India. Arumugam sekarang ini memang berada di India. Sebenarnya Arumugam telah muak dengan politik main belakang Anwar dan ingin masuk BN, tetapi telah diugut dan dibawa lari.

Keduanya, calon PKR Manikumar ini adalah saudara Dato Ravi Dharan. Penyokong Hindraf tertipu sebab bila ANwar memerlukan orang untuk berdemonstrasi dan berlari bagai anjing kurap di jalanan, maka dicarinya Hindraf. Tetapi bila hendak memilih wakil rakyat, Anwar tolak Hindraf. Bagi Anwar, Hindraf ini hanya sesuai jadi anjing kurap di jalanan.

nasdin berkata...

pengumuman kalai menjawab segala persoalan krisis dalaman PKR. AnWar lepas tangan, kalai yg selama ni masuk keluar balai dibuat seperti sampah oleh PKR......

nak cakap apa lagi, lps ni AnWar kata kalai ada masalah moral la, mcm , kalai byk hutang lagila. skrip ni dah disedia AnWar nak jawab soalan dari masyarakat...

AnWar HIPOKRTI LIDAH BERCABANG!!!!!

t/kasih buat AIDC krn link kan x-pkr. salam hormat.

x-pkr
http://x-pkr.com

ladybird berkata...

Wah...wah...wah....bagus sungguh permainan Anwar...
Tapi sepandai-pandai tupai melompat, ke tanah juga akhirnya...

Selamat Tinggal Anwar!