Hanya bendera, logo dan kain rentang parti yang bertanding sahaja yang boleh digantung ataupun dikibar ketika kempen pilihan raya kecil kali ini, kata pihak SPR kepada media baru-baru ini.
Namun melihat kepada kumpulan penyokong PKR pagi ini jelas sekali mereka tidak faham dengan arahan pihak SPR itu sehingga memaksa pasukan polis untuk mengarahkan penyokongnya untuk menurunkan bendera beberapa parti seperti DAP, PAS DAN SNAP.
“Tak cukup bendera” kata seorang pemerhati yang turut sibuk mengambil gambar penyokong PKR dan BN.
Sengaja cari pasal begitulah sikap penyokong PKR dan kuncu-kuncunya hari ini ketika ghairah untuk menghantar calon mereka ke Dewan Kompleks Sukan Lubok Antu pagi ini.
Kehadiran kira-kira 1,000 penyokong PKR sebelum jam 8 pagi lagi di pusat penamaan calon yang pada mulanya nampak begitu besar, tiba-tiba menjadi begitu kecil setelah kumpulan BN seramai 5,000 yang membawa calon Malcolm Mussen Lamoh ke gelanggang penamaan calon yang turut diiringi oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Seragam! Begitulah penyokong BN yang hanya membawa bendera berlambang dacing iaitu bendera keramat BN berwarna biru gelap.
Suasana menjadi lebih hangat apabila Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof memberi kata semangat kepada penyokong BN.
Sesekali kedengaran pekikan “reformasi” namun ia disambung dengan pekikan “Hidup Barisan” daripada penyokong BN yang nampak lebih berdisiplin.
Turut menyerikan upacara hari ini ialah kehadiran unit anti rusuhan polis yang menjadi pagar antara penyokong BN dan PKR.
Walaupun pengundian hanya akan berlangsung 7 April ini namun pihak PKR sudah awal-awal lagi mengantung keputusan “3-0″ yang bererti Pakatan Rakyat akan menang di semua tiga kawasan pilihan raya kecil manakala BN akan kalah semuanya.
Nampak gaya PKR terlalu yakin kepada kemenangan mereka sedangkan mereka tidak sedar BN mempunyai strateginya yang tersendiri untuk meyakinkan pengundi dan bukannya dengan menarik calon bebas yang tidak ada keyakinan diri seperti yang berlaku di Lubok Antu pagi ini.
“Lawan tetap lawan, saya ada cukup duit untuk bertanding” kata Johnny Chuat seorang penulis blog sebelum melangkah masuk ke dewan pencalonan.
Namun selepas tempoh penamaan calon berakhir jam 10 pagi selepas dibuka jam 9 pagi, Johnny melangkah keluar dari dewan tanpa menghantar borang pencalonan.
Sebaliknya kelihatan dengan megah dan bangganya Johnny menjadikan bendera PKR sebagai selendang dan begitu juga dua pengikutnya yang berlagak seperti pencadang dan penyokong.
Namun yang pasti Batang Ai akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu yang bakal menyaksikan pertarungan sengit antara BN dan PKR.
sumber - sarawakupdate
1 ulasan:
SAY NO TO ANUWAR!
Catat Ulasan