MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

2 Mac 2009

Derhaka, celupar, hina orang…atas nama demokrasi

“Saya tidak akan letak jawatan, saya masih MB, patik mohon sembah derhaka, keputusan saya sebagai Speaker adalah muktamad dan sidang tergempar DUN Perak tidak perlu perkenan Sultan, Pemuda UMNO celaka dan 'bumiputeraisme' atau pemikiran membantu golongan bumiputera yang diamalkan di negeri ini menyamai ideologi apartheid”.

Kalimat-kalimat di atas adalah antara ungkapan yang mewarnai suasana politik tanah air.

Walaupun ada yang menganggap ungkapan berkenaan keras dan tidak sewajarnya dizahirkan, namun inilah budaya keterbukaan dan kebebasan yang cuba dipelopori.

Segalanya berselindung di sebalik nama demokrasi dan “atas nama mandat rakyat”.

Maka tidak hairanlah atas nama ‘mandat rakyat’ maka sering kedengaran ungkapam atau kenyataan yang dibuat seperti tidak menghiraukan langsung asas atau semangat sesuatu perkara itu diwujudkan di negara ini.

Segalanya bermula apabila Sultan Perak menitahkan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan ekoran beliau telah kehilangansokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Perak setelah tiga ADUN kerajaan campuran ketika itu keluar parti masing-masing dan menyokong pembentukan kerajaan baru oleh Barisan Nasional (BN).

Sebagai tindak balas, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam blognya mengajak rakyat berhimpun atas nama ‘selamatkan kuasa rakyat’.

Jika dilihat dalam soal perlantikan Menteri Besar, BN khususnya UMNO telah melalui banyak insiden dengan pihak Istana. Ada kalanya nama yang dicalonkan oleh parti ditolak oleh Istana.

Atas nama ‘mandat rakyat’ atau ‘kami dipilih oleh rakyat’, UMNO boleh ‘mohon sembah derhaka’ macam yang dibuat oleh Nizar. Namun sepanjang sejarah negara, tidak pernah rakyat diajak untuk ‘menyelamatkan kuasa rakyat’ hanya kerana tidak mendapat perkenan Istana atau kerana Istana telah membuat keputusan yang tidak sama dengan harapan serta cadangan parti.

Namun kini senario politik sudah berubah. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan apabila dititah meletakkan jawatan menurut peruntukan undang-undang tubuh negeri, boleh mohon sembah derhaka.

Ekoran kemelut itu, menyanggah pihak Istana seolah-olah sudah menjadi satu yang lumrah di kalangan yang berselindung atas nama demokrasi dan mandat rakyat.

Terbaru, dalam soal memanggil sidang tergempar DUN Perak. Walaupun dalam undang-undang tubuh negeri itu menyebut dengan jelas sebarang sidang DUN yang hendak diadakan mestilah mendapat perkenan Sultan, Speaker DUN Perak meletakkan dirinya mengatasi segalanya apabila menyebut “sebarang tafsiran Speaker” mengenai Peraturan Tetap DUN adalah muktamad.

Inilah kehebatan kebebasan dan ketelusan yang dibawa oleh fahaman “menobatkan kuasa rakyat” dalam konteks negara yang diasas melalui persefahaman dan persetujuan meletakkan Institusi Raja sebagai ‘kuasa tertinggi’ yang perlu dirujuk dan dan dipatuhi.

Tanpa perlu merujuk tamadun pentadbiran negara yang telah wujud sejak Kesultanan Melaka 1411, persefahaman yang dibentuk sejak negara merdeka 62 tahun lalu kini seolah-olah diingkari.

Jika institusi tertinggi negara dan negeri kini dicabar, maka tidak hairanlah atas nama demokrasi dan kebebasan, celaan dan cacian dalam Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri juga sudah tidak menjadi satu sesuatu yang dihairankan.

Berselindung di sebalik kekebalan sebagai Ahli Parlimen atau ADUN, tuduhan dan kenyataan yang mengatasi undang-undang kini dijadikan ‘suara rakyat’.

Mengungkapkan perkataan ‘celaka’ atau menyamakan dasar untuk bumiputera dengan apartheid serta membuat tuduhan yang tidak dibuktikan, boleh diterima atas nama demokrasi dan mandat rakyat.

Namun apabila ada reaksi balas daripada pihak yang dituduh dan dihina, kumpulan yang menjunjung demokrasi ini, akan segera menyorok disebalik undang-undang minta diri mereka dilindungi.

Contohnya dalam isu Karpal Singh menuduh Pemuda UMNO celaka dan tanpa sebarang bukti menuduh Pemuda UMNO yang menghantar peluru kepadanya, apabila sekumpulan Pemuda UMNO bertindak balas, mereka dituduh melanggar undang-undang.

Menariknya, tindakan Pemuda UMNO ini dikatakan tindakan yang ganas dan perlu dihukum.

Semua pihak setuju jika melanggar undang-undang memang hukuman perlu dikenakan.

Namun, dalam prinsip keadilan, punca sesuatu kejadian juga tidak boleh diketepikan.

Akan tetapi, apa pun yang diperkatakan, kehebatan kumpulan yang berlindung atas nama demokrasi ini, mereka punya senjata yang paling ampuh iaitu menyalahkan orang lain.

Buktinya, apabila insiden Karpal Singh ebrlaku di Parlimen, Anwar dalam komennnya di dalam Dewan Rakyat menegaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk keganasan. Malah katanya, jika ada pihak dari partinya yang bertindak ganas, beliau tidak akan membela mereka.

Bagaimanapun semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh, apabila ada kumpulan penyokong PKR menyerang wartawan, Anwar dengan cepat mengatakan “ini adalah angkara provokasi BN”.

Makanya kesimpulan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mhamad Nazri Abdul Aziz bagi menggambarkan mereka yang berselindung di sebalik nama ‘demokrasi dan rakyat’ ini amat tepat sekali.

“Apakah ketuanan rakyat bermakna mereka mahu kepada sistem republik,” tanya Nazri yang boleh menyimpulkan bahawa derhaka, celupar, hina orang, semuanya dibolehkan atas nama demokrasi mengikut acuan mereka.

sumber - Agendadaily

1 ulasan:

Cheguman berkata...

Salam,
Disamping kita melihat realiti politik semasa yang dibentangkan oleh AIDC ini saya juga menyeru semua pengunjung dan bloggers terutama ahli BPN untuk sama-sama memberi sumbangan bagi menyokong usaha kerajaan mengatasi kemelut ekonomi yang semakin meruncing. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah:
1) Berbelanja seperti biasa bagi yang berpendapatan tetap. Hal ini akan mengaktifkan ekonomi dalam negara.
2) Mengutamakan produk tempatan serta mengelakkan pembelian barangan import.
3) Membantu pengusaha tempatan seperti pertanian dan perusahaan kecil dengan membuat pelaburan jangka panjang (contohnya berkongsi modal).
4) Melakukan aktiviti pertanian saradiri jika mempunyai kawasan.

Terima kasih.