MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

2 Mac 2009

Buktikan Bible guna nama Allah: Jakim

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, meminta pihak yang menyatakan nama Allah digunakan bagi merujuk Tuhan dalam kitab Bible supaya membuktikan dakwaan itu.

Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata setahu beliau tiada satu versi Bible pun di seluruh dunia yang menyebut Tuhan mereka adalah Allah.

"Saya nak tanya dalam kitab suci lain-lain agama, adakah disebut Tuhan mereka adalah Allah? Kalau boleh ditunjukkan ada yang merujuk bahawa Tuhan yang mempunyai anak Jesus itu adalah Allah, Tuhan dalam agama Islam ialah Allah yang tak ada anak dan tidak diperanakkan.

"Sebagai orang Islam kalau ada mana-mana penganut agama yang sudi mengiktiraf dan berikrar bahawa Tuhan mereka adalah Allah seperti yang diyakini penganut agama Islam yang yakin Allah tak ada anak dan tidak diperanakkan, saya orang Islam yang paling gembira," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

sumber - Berita Harian


Tiada ulasan: