MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Mac 2009

Cuti Fairus dilulus atas permintaan Anwar

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, beliau meluluskan permohonan cuti timbalannya, Mohamad Fairus Khairuddin atas permintaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya dimaklumkan oleh Anwar bahawa Fairus minta untuk bercuti dan atas permintaan Anwar saya luluskan cuti itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Lim, yang semalam menafikan desas desus kononnya timbalannya itu telah dipecat, hari ini menegaskan sekali lagi bahawa buat masa ini beliau tidak bercadang untuk menukar timbalannya.


Beliau yang enggan menjelaskan sebab Mohamad Fairus mengambil cuti secara tibatiba, berkata timbalannya itu dijangka kembali bertugas pada Isnin ini.


"Beliau bercuti sekurang-kurangnya untuk minggu ini.


"Beliau sepatutnya kembali bertugas pada hari Isnin melainkan beliau memohon untuk menyambung cutinya," katanya.


Semalam, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau telah mengarahkan Fairus meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri, Pulau Pinang dan Ahli Dewan Undagan Negeri (ADUN) kawasan Penanti.


Sebaliknya Anwar yang juga Penasihat PKR berkata Fairus telah menghubunginya dan memaklumkan bahawa beliau akan bercuti selama dua hari.



Dalam perkembangan lain, Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy berkata semua exco kerajaan negeri bersetuju tidak akan membenarkan akhbar New Straits Times membuat liputan acara dan sidang akhbar mereka mulai hari ini.


Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi berkata langkah itu berikutan akhbar berkenaan yang didakwa telah memfitnah kerajaan negeri dalam laporan beritanya baru-baru ini.


Akhbar itu juga sebelum ini turut dilarang membuat liputan sidang akhbar atau majlis yang dihadiri Ketua Menteri sebagai tindak balas terhadap artikelnya yang didakwa 'berbaur fitnah dan tidak benar'.

sumber - Mstar



1 ulasan:

nasdin berkata...

LGE, patut tau bezakan tugas kerajaan n parti, kata CAT..

TKM II ni nama je ex lecturer, bangang betul ni satu lagi CAT konon...